Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Mahathir sengaja biarkan JJ berMAHArajaGILA!

Saya menyorot tulisan beberapa rakan penulis di laman-laman reformasi berkenaan dengan perlantikan JJ sebagai orang paling berkuasa di TNB menggantikan Tajuddin. Terutama sekali tulisan M.G Pillai yang ditulis dendan penuh ketertiban fakta dan kebenaran.

Orang Pahang pasti kenal JJ, apatah lagi orang Pekan!!

Petang Sabtu lepas saya ke Ipoh sekali lagi - ketika balik ke KL, sempat singgah di perhentian PLUS di Hulu Bernam. Terserempak dengan seorang "Pemuda" umno bersama isterinya dari Pahang yang katanya baru balik dari bercuti di Cameron Highlands (?). ehm.. patutlah banyak bunga di dalam kereta.

Huh, apa lagi..!! buat "fitnahlah" .... ( term yang digunakan oleh umno/BN kepada pendokong [email protected] Kunun nak attack para penyibar fitnah di internet... pooorahh!! Sendiri fitnah tak sedar ke??).

Once upon the time....

Yang paling seronok sekarang ini dengan perlantikan JJ di TNB ialah juak-juaknya. AL-kisah, juak-juaknya kini bukan lagi sombong dan angkoh, tapi dah mula rasa merekalah Pengerusi Eksekutif TNB di Pahang (hahaha..) , siap beri warning kepada kakitangan TNB lagi! Kalau dulu mereka cukup mendabik dada mengatakan bahawa hanya JJ yang layak jadi MB di Pahang kerana PhDnya itu (heh- ingat orang heran sangat dengan PhD dia!!), malah menyangka bahawa JJlah yang akan menggantikan Khalil Yaakob, dan bukan Denan Brutal.

Dalam satu mesyuarat (yang dirahsiakan tempat dan tarikhnya), JJ dengan nyaring dan sombongnya memberitahu para juak-juaknya:

"Sesiapa (pegawai/staff TNB) yang dulu sokong BA dalam pilihanraya, taulah aku ajar dia kali ni!"

Sambil menumbuk meja beliau berkata,

"Beritahu mereka (staff TNB), siapa Ex-chairman baru TNB!)"
(masa itu belum rasmi lagi yang beliau akan memegang jawatan tersebut).

Inilah dia tokoh umno yang dibangga-banggakan oleh Mahdey yang diletakkan menjaga satu antara organisasi [email protected]$$ di negara kita selain PETRONAS , Telekom, dll.

M.G Pillai ada menyebut yang JJ merupakan tokoh korporat yang memang diberi laluan mudah oleh kerajaan atas kepentingan umno/BN. Maka jadilah dia jutawan "sombong" , kalaupun belum lagi bergelar jutawan keparat!

Bagaimana dengan Teras DARA di Muadzam Shah? Mungkin ada orang yang boleh selongkar kisah bagaimana beliau memiliki pegangan dalam syarikat ini dengan begitu murah sekali, walaupun beberapa tender lain yang jauh lebih mahal dibuat untuk mengambil-alih DARA, tetapi akhirnya DARA diserahkan kepada JJ. Maka, berMAHArajaGILAlah pandir-pandir JJ di Rompin, malah beberapa pegawai kanan dibuang kerja dan digantikan dengan orang-orang suruhannya tanpa mengambil kira pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pegawai-pegawai berkenaan. Bagaimana dengan penglibtan Sultan Pahang? Huh!! Hebat betul silat JJ! Agaknya , belum ketemu dengan silat anak cucuk Dato' Bahaman.. (hahhaa..!!)!!

Bagaimana para pegawai/staff TNB mampu untuk menghormati beliau sedangkan beliau merupakan seorang perantara yang sering membekalkan wanita-wanita cantik kepada para Menteri, termasuk kepada Najib semasa Najib menjadi MB Pahang? Inilah dia tokoh umno yang hendak diketengahkan oleh Mahadey semata-mata kerana manusia bernama JJ ini sanggup membuat apa saja kerana sebuah KUASA!!

Kata kawan ini lagi, JJ sendiri mengakui di depan juak-juaknya sebelum ini yang beliau menggunakan politik untuk mengaut kekayaan, seperti yang dibuat oleh Daim. Kerana itu beliau sanggup buat apa saja demi kuasa dan kekayaan! Itulah Jamaludin anak Jarjis (?). Malah beliau turut berjanji akan mengagihkan beberapa projek besar kepada mereka sementara beliau berkuasa di TNB.

"Selamat-LAH TNB!"
(kata teman itu, "mereka yang rapat dengan JJ adalah mereka yang tak guna kepala hotak, kerana JJ menggunakan mereka untuk kepentingan peribadinya semata-mata, apabila dia berjaya , dia akan tinggalkan mereka seperti anjing kurap!).

Kerana mu Malaysia!!

Dahlia/KL


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]