Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Merompak Harta Benda Rakyat Terengganu

KENYATAAN MEDIA FAC

Oleh : Dr Abdul Rahim Ghouse

Dr Mahathir merasa bangga dengan dirinya yang membawa Malaysia ke alaf baru millinium . Visi Mahathir keatas sebuah negara kecil dengan jumlah penduduknya 22 juta orang ialah memuliakan program "Vision 2020" , dimana Malaysia seharusnya menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 , sama tarafnya dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Mahathir memperkenalkan misi "Memandang ke Timur" untuk menerapkan semua nilai dan cara bekerja yang membawa kejayaan dalam bidang industrialisasi sama seperti Jepun , Korea dan Taiwan dan Mahathir menonjol dengan bangganya dan digelar` sebagai "harimau".

Mahathir mempropagandakan impiannya "Nilai-nilai Asian" dan melaksanakannya dan menjelaskan bahawa apa yang baik bagi Barat tidak semestinya baik untuk Timur , dan menyatakan juga bahawa di Timur , kami menjalankannya dengan "cara kami yang tersendiri".

Dibawah pimpinan Mahathir , Malaysia sebenarnya berada jauh dari tahap yang memperakui hak-hak kebebasan masyarakat. Sebagai sebahagian dari rencah politik rakyat Malaysia , ianya turut ketinggalan jauh terkebelakang dalam soal konsep berpolitik dimana "siapa yang menang akan mengambil kesemuanya dan yang kalah akan dihukum".

Ketakutan Mahathir sebenarnya ialah dimana sebuah negeri di timur iaitu Terengganu berkemungkinan akan terlepas dari cengkamannya.. Ini disebabkan sama seperti negeri Kelantan , negeri ini telah di tawan pembangkang sejak 1990, malahan Terengganu merupakan sebuah negara yang kedua terkaya di Malaysia dan hasil petroleumnya membolehkan ianya berdikari jika sesuatu yang dilakukan untuk melemahkan pembanggunan seperti yang dilakukan keatas Kelantan oleh Kerajaan Pusat.

Kebimbangan Mahathir menjadi nyata apabila parti pembangkang menyapu bersih "kerusi" parlimen Terangganu disamping mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan. Bagaimanapun kehilangan Terengganu dan berkemungkinan ianya mungkin akan ditadbir dengan baik dibawah pembangkang , Mahathir melihat akan hal ini sebagai sesuatu yang mengancamnya dan tidak membenarkannya membangun, malahan beliau mula mengambil langkah dengan melihat betapa royalti minyak boleh disekat dan cuba pula membawa Terengganu di bawah cengkamannya. Ia tidak memperdulikan sama ada Terengganu maju atau tidak dan membiarkanya sama seperti yang dilakukannya keatas Kelantan.

Kerajaan negeri Terengganu sebenarnya menerima 5% royalti minyak sejak 25 tahun dahulu .. Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah ditandatangani pada tahun 1975, dimana dengan terang dan jelas dinyatakan dalam perjanjian tersebut , dimana ianya bermula dengan RM 50 juta dan kini melonjak ke angka RM 1 Billion . Kini kerajaan Persekutuan telah cuba menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerangkan betapa sudah ada kesepakatan dalam soal royalti minyak dan sedang menunggu kajian terperinci mengenainya. Menjelang 2 hari kemudian sebelum dijalankan mesyuarat dan kelulusan kabinet, kerajaan telah menjelaskan dengan "memejamkan mata" dan menolak hak yang ditermeterai dalam perjanjian yang dilaksanakan sejak 25 tahun dahulu.

Langkah ini sebenarnya ialah untuk menghukum rakyat Terengganu kerana mengundi parti pembangkang( Barisan Alternative - WRLR) pada pilihanraya lepas.Ianya merupakan satu langkah drastik yang diambil Kerajaan Pusat , malahan langsung tidak membincangkannya bersama Kerajaan Negeri Terengganu dalam soal royalti ini.

Pada tarikh 29 Jun 2000, Presiden Petronas dan Ketua Pengarah Esekutifnya , Tan Sri Mohammad Hassan Merican, menjelaskan bahawa Petronas akan meneruskan pembayaran 5% hasil royalti kepada Terengganu disebabkan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1975. Tan Sri Hassan menganggarkan jumlah keseluruhannya pembayaran pada tahun ini ialah RM810 juta. Pembayaran pertama telah dilakukan sebanyak RM 432 juta dibayar pada bulan Ferbruari tahun ini.

Selepas pulang dari Amerika baru-baru ini , Mahathir menyatakan bahawa pembayaran royalti yang akan diterima Terengganu ialah sebanyak RM 1 Billion. Ini bermakna bahawa Kerajaan Pusat telah menahan pembayaran sebanyak RM570 juta . Menjelang 4 tahun akan datang dimana diadakan Pilihanraya Kali Ke 11 , Terengganu dijangka akan kehilangan pendapatan sebanyak RM 4. 5 Billion atau sebanyak 1 Billion USD.

Tindakan ini sebenarnya menunjukkan betapa kerajaan Pusat memperlekehkan rakyat Terengganu. Kerajaan Pusat sebenarnya telah menghantar satu isyarat yang salah kepada pelabur luar. Petonas merupakan sebuah syarikat besar dan menjalankan operniagaan secara Internasional. Jika Kerajaan Pusat tidak menepati perjanjian diantara kerajaan negeri Terengganu , bagaimanakah pula pelabur asing akan mempercayai akan keselamatan perniagaan mereka bila menjalankan pelaburan di Malaysia.

Tindakan kerajaan Malaysia dalam pengawalan matawang telah menyebabkan rakyat menjadi terkejut dan mewujudkan krisis keyakinan bagi pelabur asing . Bermula dari 23 September 2000 , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengetuai rombongan perniagaan ke Amerika Syarikat bagi "menjual " Malaysia kepada para pelabur di Amerika sebagai satu pusat pelaburan yang ideal . Bagaimanakah agaknya menteri berkenaan akan menerangkan kepada para pelabur Amerika betapa Malaysia tidak memenuhi perjanjian yang dimerterai ?

Kita menjangkakan bahawa Menteri Perdagangan Amerika akan menerangkan kepada pelabur negera berkenaan yang akan melabur di Malaysia pada hujung bulan ini bahawa mereka haruslah mengkaji kedudukan sesebuah negara yang ingin dilaburkan agar tidak mengalami kegagalan kerana sesuah negara yang gagal menunaikan perjanjian merupakan sebuah negara yang akan menghadapi kerugian besar jika melabur .

Malaysia haruslah menyokong segala tindakannya bagi membuktikan betapa kejatuhan ekonominya dimasa -masa akan datang . Mahathir bukan sahaja menghukum rakyat Terengganu , malahan keseluruhan rakyat Malaysia , apabila pelabur asing mula menarik dan menjauhi pelaburan mereka dimana dalam masa yang sama ekonomi serantau mula menunjukkan kemakmurannya. Hanya Mahathir sahaja yang akan menyalahkan dirinya sendiri.

Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com