Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


USIR PETRONAS DARI BUMI TERENGGANU!!!

Petronas sekali lagi membuktikan bahawa organisasi yang memegang amanah seluruh rakyat dalam hal-ehwal hasil bumi petroleum negara ini hanyalah sebuah syarikat yang boleh diperkotak-katikkan oleh Mahathir Mamak. Ini terbukti dalam beberapa siri “bail-out” untuk menyelamatkan anak-anak dan kroni Mahathir sahaja. Isu Konsortium Perkapalan milik Mirzan dan pembelian Proton dari HICOM adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi. Bukti terbaru pencabulan hak-hak hasil bumi negara adalah dalam bentuk perampasan royalti minyak berjumlah RM810 setahun daripada rakyat negeri Terengganu yang akan dibolot sepenuhnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncu bangsat UMNO Terengganu. Sesungguhnya tindakan ini adalah satu bentuk pengkhianatan dan kezaliman yang jelas dan nyata terhadap rakyat Terengganu yang telah menghumban dan menajiskan UMNO dan BN dari bumi Terengganu dalam pilihanraya 1999 lalu.

Tidak cukup melapah dan meratah hasil pendapatan negara di peringkat pusat dan negeri, Mahathir dan UMNO keparat nampaknya masih tidak puas memunggah hasil kekayaan negara kurniaan Allah. Hasil bumi dalam bentuk 5% royalti yang secara nyata milik penuh rakyat Terengganu yang dahagakan pembangunan setelah ditipu dan dianiayai oleh UMNO selama 42 tahun hendak ditarik balik. Kurniaan Allah kepada rakyat Terengganu ini nampaknya akan diseleweng dan dilahap secukup-cukupnya oleh pemimpin-pemimpin najis UMNO pimpinan Mahathir Mahazalim dengan dibantu oleh perompak harta rakyat picisan seperti Wan Mokhtar, Yusof Nor, Idris Jusoh dan lain-lain seumpama mereka.

Sekiranya niat jahat Mahathir dan UMNO betul-betul dilakukan, kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS/BA perlulah melakukan tindak-balas yang bersesuaian untuk mempertahankan hak-hak rakyat Terengganu yang sudah lama merana ditindas UMNO bangsat selama ini. Antara saranan-saranan yang ingin diusulkan meliputi perkara-perkara berikut:

1) Menjalankan perbincangan dengan Petronas supaya bayaran royalti itu disalurkan terus kepada kerajaan negeri PAS pilihan rakyat, tanpa perlu menghiraukan arahan Mahathir

2) Membawa kes rampasan royalti minyak ke peringkat Majlis Raja-Raja kerana ia melibatkan kedaulatan dan maruah sebuah negeri yang dipimpin oleh Timbalan Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan

3) Meminta United Nation supaya mendesak Mahathir untuk menghormati prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang

4) Menimbang kemungkinan membawa kes rampasan royalti ini ke mahkamah termasuklah mahkamah antarabangsa di Geneva

5) Melobi negara-negara OIC supaya menekan Mahathir dan kuncu-kuncunya supaya membayar royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri Terengganu bukan macai dan pencacai UMNO pilihan Mahathir

6) Melobi negara pengeluar minyak OPEC yang dikuasai oleh negara Islam supaya menyekat penjualan minyak Petronas di peringkat antarabangsa

7) Melobi syarikat-syarikat minyak anatrabangsa untuk mengkaji atau membatalkan segala perjanjian yang diadakan dengan Petronas atas perbuatan rampasan kejam Mahathir ini.

8) Melaporkan perbutan merampas hasil royalti minyak Terengganu kepada pihak Polis kerana ianya bersifat jenayah terhadap rakyat Terengganu

Sekiranya langkah diatas masih gagal dan menemui jalan buntu, langkah-langkah seterusnya termasuklah melakukan kempen memboikot barangan petroleum Petronas secara besar-besaran di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan menaikkan cukai tanah yang diduduki oleh Petronas di bumi Terengganu setimpal dengan kadar royalti yang berhak dimiliki oleh rakyat Terengganu iaitu sebanyak RM800 juta setahun sesuai dengan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Jika konfrontasi yang mereka minta, konfrontasi jugalah balasannya. Jika Petronas enggan mebayar cukai yang dikenakan itu, maka wajarlah mereka diusir secara keseluruhannya dari bumi Terengganu bertuah ini. Tidak layaklah mereka untuk memiliki atau menduduki bumi Terengganu walau seincipun akibat pengkhianatan anjuran Mahathir ini. Nyah Mahathir dan UMNO dari dunia ini dan nyahlah Petronas dari bumi Darul Iman merdeka.

GanuKite


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com