Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Undang-undang murtad dan penyalahgunaan agama atau ajaran sesat

Sila lawat :
Hackerz Paradize

Editor Notes:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Berita semalam menyatakan pihak berwajib sedang merangka undang-undang murtad dan penyalahgunaan agama atau ajaran sesat. Pihak kami amat mengalu-alukan tindakan berkenaan walaupun ianya sudah amat terlewat untuk dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mengaku Islam setelah lebih 43 tahun memerintah. Biarpun kami tidak mengetahui keseluruhan rang undang-undang berkenaan, sekadar mendengar tajuknya sahaja, kami berharap ia akan mencerminkan sebuah undang-undang Islam yang sebenar berkenaan hukum murtad tersebut.

Memandangkan kesalahan murtad di sisi Islam amat besar dan hukumannya pula keras, janganlah pula undang-undang murtad ala Malaysia ini direka sesuka hati dengan denda 2-3 ribu seperti kesalahan zina yang telah mereka perkenalkan dulu.

Kami amat tertunggu-tunggu untuk mengetahui bagaimana bentuknya undang-undang murtad yang bakal dihasilkan oleh sebuah kerajaan 'Islam' Malaysia yang sebelum ini pernah menyingkirkan seorang mufti yang membela maruah wanita Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik.

Namun di sebalik 'kegembiraan' mendengar berita ini, kami tiba-tiba menjadi takut apabila mengenangkan kembali bertapa 'Islamik'nya undang-undang syariah kita sedia ada dan bagaimana mudahnya Jabatan Agama diperbudak-budak dan ditunjuk ajar oleh pemerintah sekular untuk kepentingan politik dan nafsu mereka. Kami menjadi bimbang sekiranya undang-undang murtad yang sewajibnya dalam nafas Islam di sivilkan melalui hukuman denda beberapa ringgit atau penjara direka oleh puak-puak sekular ini.

Undang-undang murtad yang seharusnya menjadi benteng membendung gejala murtad akan menjadi penggalak kepada golongan murtad ini untuk mengisytiharkan kemurtadan mereka di mahkamah. Mereka menjadi lebih berani dan yakin untuk mengakui kemurtadan mereka kerana hukuman denda yang tidak langsung memberatkan bagi golongan murtad ini yang seringkali mempunyai sponsor di kalangan kuffar untuk keluar dan menghina Islam.

Kami juga sangsi akan ketelusan dan kekuasaan Jabatan Agama Islam untuk menguatkuasakan undang-undang baru ini. Undang-undang lama yang telah sedia ada itu pun masih tidak mampu dikuatkuasa malah diganggu dan dicampurtangan oleh pihak pemerintah seperti kes JAIS dulu, inikan pula undang-undang baru murtad yang lebih keras hukuman (sepatutnya) itu.

Dari perspektif lain pula, kami mengandaikan tindakan menggubal undang-undang murtad ini lebih bermotif politik berbanding kesedaran pemerintah untuk menegakkan Islam. Kebenaran andaian ini akan terbukti apabila kita semua mengetahui bentuk undang-undang murtad yang sedang digubal mereka nanti. Sekiranya undang-undang berkenaan tidak sepertimana yang sewajibnya menurut hukuman Islam sebenar, nyatalah tindakan menggubalnya tidak lebih daripada meraih sokongan politik. Bagaimanapun untuk mendapat jawapan sebaliknya, kami amat optimis ia hanyalah fantasi belaka.

Puak-puak sekular ini maklum bahawa kebanyakkan rakyat Islam di negara ini telah mula sedar akan kepesongan laluan Islam yang dibawa pemerintah selama ini dan mula menolak mereka. Keputusan pilihanraya lalu membuktikan kaum Melayu tidak lagi menyokong UMNO dan beralih kepada PAS dan lain-lain parti alternatif.

Mereka juga sedar umat Islam negara ini amat prihatin terhadap gejala murtad dan mendesak pemerintah mengambil tindakan segera untuk membendungnya. Malangnya suara mereka tidak dihiraukan oleh pemerintah sekular tersebut yang menyebabkan berlakunya peralihan sokongan kepada PAS.

Memandangkan isu ini amat penting untuk ditangani bagi mengelakkan mereka terperosok di kerusi pembangkang pada pilihanraya akan datang, mereka mula mengambil tindakan mengambil hati golongan Islam dengan menggubal undang-undang murtad. Jika mereka ikhlas untuk menangani masalah murtad, mereka tidak perlu menunggu keputusan pilihanraya lalu untuk menggubal undang-undang berkenaan. Apatah lagi mereka telah berkuasa hampir 43 tahun lamanya dan seringkali mendabik dada mengaku mengamalkan pemerintahan Islam di negara ini. Apakah gejala murtad itu bukan isu serius untuk ditangani dalam Islam hinggakan setelah 43 tahun lamanya berkuasa baru undang-undang murtad hendak digubal?

Berdasarkan alasan-alasan di atas, motif penggubalan serta track record perlaksanaan hukum Islam di negara, kami lebih pasti undang-undang murtad yang bakal digubal ini hanyalah sekeping kertas yang tidak bernilai apa-apa samada dari sudut hukum Islam mahupun penguatkuasaannya. Masakan seorang PM dan TPM yang sering menyokong dan berbangga umat Islam seagamanya 'bertelanjang' di atas pentas, meminum arak, berjudi dan berzina akan meluluskan undang-undang yang bakal menghukum bunuh golongan murtad ini? Masakan PM yang sering menghina sunnah Nabi dan menginginkan Al-Quran ditafsir semula kerana tidak mengikut peredaran zaman itu hendak melaksanakan hukum Islam seperti Hudud dan Qisas?

Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!

170900


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]