Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR DAN ISLAM KOSMETIKNYA

Mahandeh hari ini meniupkan lagi seruling ISLAMnya. Sekali lagi dia dengan angkuhnya berkata Kerajaan UMNO/BN telah menubuhkan Bank Islam, Pajak Gadai Islam, Universiti Islam dan berbagai-bagai ISLAM lagi bagi membuktikan bahawa UMNO/BN adalah ISLAMIK. Saya sebenarnya malas nak mengulas isu ini. Cuma 'geram' kerana dah tua-tua masih tak faham-faham pengertian ISLAM yang sebenar. Mahandeh amat jahil akan pengertian ISLAM. ISLAM UMNO/BN adalah bersifat KOSMETIK semata. Sedangkan rukun ISLAMnya entah kemana. Kalau mengikut Fahaman Jahiliyyah UMNO ni, maka akan wujudlah suatu hari sebuah Kasino Islam (Haniff UMNO pasti setuju), Disko Islam, Dangdut Islam, FITNAH cara Islam, Proses daging babi secara ISLAM.

Mahandeh bangga kerana UMNO telah banyak 'menegakkan' Islam dan menempelak PAS kerana tiada apa PAS buat. Inilah menunjukkan betapa jahilnya PM kerana tiada ambil tahu apa yang berlaku di dalam negara. Mahandeh tidak tahu bahwa PAS belum memerintah Negara tetapi PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu. Dan Mahandeh ini tidak tahu bahawa PAS Kelantanlah yang mula-mula memperkenalkan pajak gadai secara syariah, PASlah yang menghapuskan riba, PASlah yang mengharamkan Arak dan Judi, PAS lah yang mengharamkan Makyong, PASlah yang menghapuskan rasuah.

Cuma Mahandeh lupa nak bagitahu bahwa UMNOlah yang memperkenalkan SUMBANG MAHRAM, ZINA, ROGOL, MABUK. Mungkin itupun akan dilabel sebagai 'cara' ISLAM. Mahandeh seolah-olah berkata UMNO adalah sebuah PARTI ISLAM sebenar...kami tidak mencuri. tidak berzina, tidak berjudi, tidak SOLAT, tidak PUASA. Mahandeh lupa bahawa dalam mempertahankan ISLAM KOSMETIK mereka juga terus mempertahankan Kristian dan Yahudi. Cuma Mahandeh 'segan' nak bagitahu bahawa Kerajaan telah membenarkan Pembinaan Gereja dan Pusat latihan Kristian terbesar Asia, perhimpunan Umat Kristian terbesar di Bukit Jalil telah selamat diadakan, Umat Islam pun sudah berpuluh ribu selamat di Kristiankan. Umat Islam pun kata Tiada Ayat melarang Judi dalam Al-Quran. Umat Islam juga sudah berkata Zina tidak salah kalau niat Murni. Ini semua ajaran UMNO (DULU sesat, KINI sesat, SELAMANYA sesat) nauzubillah.

Sekian.

HADI M


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]