Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ALI RUSTAM DENGAN BEBUDAK BASIKAL.

Pada 2 Sept, Ali Rustam telah berkenan untuk melancarkan pertunjukan STUNT VAGANZA iaitu acara stunt yang melibatkan kereta Proton Waja.

Dalam ucapannya beliau sempat membuat ulasan tentang pergaduhan yang berlaku antara bebudak basikal pada hari sebelumnya.

Katanya, terdapat dalang disebalik peristiwa tersebut. Tak tahulah siapa dalang yang dimaksudkannya. Ungkapan ini dilafazkan beberapa kali oleh beliau.

Last-last, hadirin yang datang semata-mata untuk menyaksikan acara stunt mulalah boring dan mengeluh. Apalagi, dengan tak semena-mena, kedengaran tepukan bergemuruh (tanda suruh berhentilah tu). Sang Wira pun tergamam seketika dan dengan pantas mengakhiri ucapannya.

Satu lagi...adakah patut beliau menyamakan kereta Proton Waja dengan Janda Berhias? Kalau anak dara takpelah.

Sekian -
HANG SU'UD.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com