Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Pemuda PAS setuju debat Pemuda Umno

Sumber Berita :
Harakah Daily

Kuala Lumpur, 11 September (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) menyahut cabaran Pemuda Umno untuk mengadakan debat terbuka dan siaran secara langsung pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha DPP, Ustaz Idris Ahmad berkata, keputusan untuk menerima pelawaan debat Pemuda Umno itu dicapai dalam mesyuarat Pemuda PAS Pusat yang diadakan pada 9 September lalu.

Menurut Ustaz Idris, Pemuda PAS Pusat dalam satu salinan surat kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Saudara Zulkifli Mohd Alwi itu turut mencadangkan supaya Profesor Diraja Ungku Aziz dilantik bagi mempengerusikan debat tersebut dan salah seorang panel pihak pemuda Umno ialah Dato' Hishamuddin Hussien Onn sendiri.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]