Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Pengawal tidak bertanya kata 'jodoh'

Petikan Berita :
Harakah Daily

Kuala Lumpur, (Hrkh) - Saksi perbicaraan kes Al-Ma'unah, Prebet Mohd Rozi Noh memberitahu mahkamah, beliau tidak bertanya kata kunci rahsia yang digunakan kepada setiap orang yang mahu masuk ke kem 304, Grik ketika kumpulan berpakaian celorang datang ke kem itu pada 2 September lalu datang.

Ketika menjawab soalan peguambela Chales Hactor, Prebet Rozi memberitahu bahawa ketika kenderaan (pajero) 'anggota berpakaian celoreng' menghampiri Pos Pengawal, beliau telah membuka pagar pintu kem tersebut tanpa menanyakan 'kata kunci rahsia' atau kata jodoh tersebut sebagaimana biasa.

Menurut Rozi, pada malam tersebut, kata jodoh kem itu adalah "suka" untuk pengawal yang bertugas dan perlu dijawab oleh orang kedua "duka- lilitan merah".

Bagaimanapun, ia telah tidak ditanyakan oleh Prebet tersebut pada malam kejadian itu.

Saksi juga berkata, beliau cuba memberitahu Ketua Pengawal, Kopral Anwar tentang kejadian tersebut sebaik sahaja 'anggota berpakaian celoreng' meninggalkan kem 304, sebaliknya beliau telah dimarahi oleh Kopral Anwar.

Ketika kejadian itu berlaku, dua orang pengawal yang bertugas manakala yang lain tidur termasuklah Ketua Pengawal, Kopral Anwar.

Sedangkan, kata Rozi, sepatutnya semua anggota tentera di Kem 304 bertugas bergilir-gilir dari pukul 6.30 petang sehingga 6.30 pagi.

Sebelum memulakan perbicaraan hari ini, Mahkamah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bertafakur selama satu minit bagi memperingati bekas Peguam Negara Tun Sufian yang telah meninggal semalam.

Selepas itu, mahkamah telah ditangguhkan kira-kira dua jam sebelum bersambung semula selepas jam 11 pagi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]