Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Perubahan Lokasi Program HIMPIT 2000

Dipetik daripada :
Badan Perhubungan Pas Terengganu

Lokasi Program HIMPIT 2000 yang bakal diadakan di Pantai Peranginan Chendering telah bertukar ke Taman Rekreasi Kuala Ibai. Tarikh dan masa tidak berubah.

Lokasi tersebut adalah bersebelahan dengan tapak Festival Terengganu 2000 yang sedang berlangsung mulai 24 Ogos - 14 September ini.

Jika festival tersebut tidak dilanjutkan tarikhnya (seperti tahun-tahun lepas), ini bermakna sebaik sahaja festival berkahir, kawasan tersebut akan dimeriahkan oleh peserta program HIMPIT 2000 yang datang dari seluruh pelusuk negeri Terengganu.

Program kali ini dijangka menarik dan penuh makna memandangkan ia adalah julung kali diadakan dalam era kemenangan PAS memerintah Terengganu dan sesi terakhir Ketua Pemuda Negeri sekarang iaitu Sdra Zakaria Dagang.

Program sukan pula ditumpukan kepada sukan air seperti pertandingan kayak dan memancing (terbuka) kerana terdapatnya Sungai Ibai yang bersambung dengan Laut China Selatan.

Hadiah-hadiah menarik dan lumayan disediakan bagi setiap acara yang dipertandingkan.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com