Part 8.
MAHATHIR@MAHAFIRAUN ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA
1) Mahathir@Mahafiraun kini tak ubah seperti ibu ayam kehilangan
telur…..terpaksa terlalak kesana kesini untuk menyakinkan rakyat dan bangsa
Malaysia yang dia masih mendapat sokongan serta pujaan dari orang ramai.
· Kita telah melihat Mahathir@Mahafiraun kini sudah tidak dipedulikan oleh
masyarakat antarabangsa…kini kata-katanya sebagai Wira Dunia Ke 3 (gelaran yang
diberi oleh Ibrahim kataki) lansung tak mahu didengar dan diperlekeh oleh semua
pihak….kini maruah Mahathir@Mahafiraun terus merudum bagaikan bertih
digoreng….kini Mahathir@Mahafiraun sanggup menerima anugerah "LARIBA" yakni
anugerah kelas ke 3 (layak untuk pegawai kewangan sehaja) dalam usahanya untuk
mempopularkan diri ke peringkat antarabangsa. Kesian rakyat dan bangsa Malaysia
yang mempunyai PM@….**** yang tak punya maruah diri….
· Mahathir@Mahafiraun bagaikan ayam jantan kehilangan taji….ayam jantan yang
mampu berkokok tapi tak mampu bertarung digelangang sabung….dalam waktu senja
yang mengamitnya Mahathir@Mahafiraun terus membawa juak-juak UMNO@BN kelembah
kehinaan serta kemusnahan….dimana nak dicari RM 200 billion hutang kerajaan
kepada negara luar….sedangkan saham makin hari makin merudum….pelabur lari ke
negara jiran….pelabur yang ingin melabur di Malaysia merasa takut…kerana
perjanjian demi perjanjian senang-senang dicabuli oleh Mahathir@Mahafiraun
bersama kroninya.
· Dengan pembatalan wang Royalti Minyak Kerajaan Terengganu kepada wang
Ehsan….kini kita dapat menilai Mahathir@Mahafiraun memang telah lama menjadikan
wang negara milik kerajaan pusat sebagai wang Ehsan kepada kroni dan
anak-anaknya…..itulah gambaran sebenar sikap dan cara pemerintahan
Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN (Baru)….kita boleh melihat wang Ehsan kerajaan
pusat digunakan secara rakus oleh kroni UMNO@BN untuk projek dibawah :-
a) Mahligai Air Mata
b) Kapal Terbang Global Express
c) Kompleks Air Mata Putra Jaya
d) KLIA
e) Litar F1 Sepang
f) KLCC
g) Empangan Bakun (Milik Mohzani)
h) Keretapi Monorail (milik Vincent Tan)
i) LRT dan Keretapi Elektrik
j) Perwaja Steel (Milik Eric Chia)
k) TNB - Pengswastaan penjana Elektrik
l) Projek Di Pulau Langkawi
m) Projek Di Labuan
n) Pengswastaan Keretapi Tanah Melayu
o) Pengswastaan Telekom Malaysia Berhad
p) Projek DRB-HIKOM
q) Projek Proton City
r) Projek KL-Central
s) Penubuhan Danaharta dan Danamodal
Ini adalah sebahagian projek yang difaraitkan oleh Mahathir@Mahafiraun kepada
kroni dan anak-anaknya dengan mengunakan wang Ehsan Kerajaan Persekutuan.
· Dengan memporak-perandakan hubungan kaum di Malaysia Mahathir@Mahafiraun amat
berharap dia mampu mengalihkan tumpuan rakyat dan bangsa Malaysia dengan isu
pokok pemerintahanya sekarang….kita boleh melihat skrip sandiwara dan drama
UMNO@BN dalam isu menyelematkan kroni dan juak-juaknya.
a) Pemecatan Tan Sri Musa Hitam (kata letak jawatan)
b) Pemecatan Tun Ghafar Baba (kata letak jawatan)
c) Pengharaman UMNO (lama) dan Penubuhan UMBO@Mahathir (baru)
d) Pembubaran Parti Semangat 46 ( Ku Li telah ditipu oleh Mahathir )
e) Pencabulan keatas kuasa raja-raja Melayu
f) Pemecatan Tun Salleh Abas sebagai ketua hakim
g) Kemalangan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad
h) Pemecatan Datuk Ishak Baharom- Mufti Diraja Selangor (kata tamat tempoh)
i) Pemecatan Datuk Khalid (Pengerusi PNB)
j) Pemecatan Pengarang Akbar Utusan Meloyakan dan Berita Hairan
k) Pemecatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara (kata letak jawatan)
l) Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kebinet dan UMNO
m) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilebamkan oleh Tan Sri Rahim No More
n) Perlantikan Tan Sri Ali Abul Hassan sebagai Gabenor Bank Negara
o) Pemecatan Datuk Khalid Ahmad (Pengerusi MRCB)
p) Pemecatan Datuk Sabaruddin Chik (kata letak jawatan)
q) Pemecatan Datuk Muhamad Rahmat (kata letak jawatan)
r) Penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quran
s) Pertuduhan dan penghukuman Datuk Seri Anwar Ibrahim
t) Pengswastaan IPTA kepada IPTS
u) Penguguran beberapa orang Ketua Perhubungan UMNO negeri.
v) Kecurian Senjata Oleh Al-Maunah di Grik
w) Pengabungan Bank-bank ( sehingga anak Melayu Tan Sri Azman Hashim terkorban
perniagaanya ) ….anak ikan makan ikan besar.????
x) Pengabungan Syarikat Insuran ( sehingga En.Johari Ghani - CEO Talasco
terpaksa mengundurkan diri dari Talasco )
y) Pencolekan Oleh Kumpulan Abu Sayyaf ( 2 kali )
z) Pemecatan Abu Hassan Omar (kata letak jawatan)
aa) Pemecatan Tan Sri Ahmad Tajuddin (Pengerusi TNB-sapa nak terima balik jika
dah dipecat)
bb) Pemecatan Pengerusi Telekom
cc) Perlantikan Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Pengerusi TNB
dd) Melebel SUQUI dan Al-Maunah sebagai berfahaman Komunis
ee) Isu Amanat Hj.Hadi
ff) Isu royalti minyak Petronas kepada Kerajaan Terengganu menjadi wang Ehsan
Dan banyak lagi rentetan cerita serta skrip UMNO@BN dalam usaha mereka untuk
menyelamatkan kroni dan mengalihkan pandangan rakyat dan bangsa Malaysia dari
masalah sebenar bumi Malaysia yang tercinta ini.
2) Apakah rakyat dan bangsa Malaysia masih mampu bersabar serta bertenang dengan
sikap dan kerenah Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya. Apakah kita masih nak
berpeluk tubuh dan berdiam diri membiarkan Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN
terus-terusan memfaraitkan harta dan khazanah negara serta memusnahkan perpaduan
rakyat dan bangsa Malaysia. Apakah kita seronok dan bangga melihat keturunan dan
zuriat kita diperlekeh dan diperkotak-katekan oleh UMNO@BN bersama juak-juaknya.
Apakah rakyat dan bangsa Malaysia sudah tidak mampu untuk menentang rejim
Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN yang sentiasa rakus dan lapas mencipta
kemusnahan serta kehancuran negara.
3) Dimana letaknya semangat juang rakyat dan bangsa Malaysia yang berpaksikan
Al-Quran dan perlembagaan persekutuan dalam menjana kearah Malaysia Yang Adil….
Kini kuasa dan hak terletak pada suara rakyat - suara keramat……dengan 22 juta
rakyat dan bangsa Malaysia….kita mampu menghancurkan dan melenyapkan
Mahathir@Mahafiraun dan kroni-kroninya dari terus berkuasa di negara kita yang
tercinta ini…tak perlu kita meraih simpati dari pada orang lain….yang pentingnya
kita wajip bersimpati keatas diri kita sendiri.
*** JANGAN DI TUNGGU SEHINGGA SENJA MENJELMA….KERANA SENJA ITU MENJANA KEARAH
KEMUSNAHAN…..JANGAN DI BIAR LOBANG BERTAMBAH BANYAK NANTI TAK MAMPU RAKYAT 22
JUTA NAK MENUTUPINYA…..????
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO "
14hb.Sept.2000