Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


[email protected] ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA (1)

Salam Sejahtera.

1) Kenapa Mahathir sanggup menuduh SHUQUI ( yang mewakili 2000 persatuan Cina ) pada ucapan menyambut kemerdekaan ke 43 sebagai EXTREMIS DAN KOMUNIS, sedangkan Memorendum yang dihantar kepada Kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya umum ke 10 lalu telah diterima dan di endos oleh Mahathir dan Menteri Kabinetnya…kini SHUQUI pula telah dipersalahkan dan dihina oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai petualang negara. Dengan membangkitkan isu KETUANAN MELAYU melalui David Chua, UMNO secara terang-terang menjadikan SHUQUI sebagai bola untuk disepak terajang >mengikut rentak mereka dalam mengalihkan pandangan rakyat mengenai isu pokok kepincangan kepimpinan Mahathir dan Barisan Nasioanal.

* Kini telah terbukti Mahathir dan Barisan Nasional hanya mempergunakan orang CINA sebagai penyelamat politik mereka, kerana Mahathir telah melihat orang Melayu telah menolak secara total Barisan Nasional dan UMNO sebagai pemerintah yang adil.

2) Orang CINA boleh jadi PM ? Ucapan Mahathir dalam perasmian Mesyuarat Agung MCA 2000, apakah sandiwara Mahathir untuk memujuk orang CINA…tetapi pada 31hb.Ogos.2000 Mahathir telah menuduh SHUQUI sebagai EXTREMIS DAN KOMUNIS, dimanakah janji-janji beliau untuk menjadikan orang CINA sebagai Perdana Menteri.

* Orang Melayu lebih sedar tentang sandiwara Mahathir dan kuncu-kuncunya….kini dengan mengunakan orang CINA, Mahathir berharap dapat menyelamatkan diri dan kroni-kroninya dari dibawa kemuka pengadilan, Mahathir mungkin terlupa, walau apapun dinyatakan kepada rakyat kini, rakyat pasti akan mengatakan " Biar-biarkan, biarkan dengan Sandiwara Mahathir itu ", kini rakyat secara totalnya sedar isu perkauman adalah permainan politik kotor Barisan Nasional, dan bertujuan memerangkap Barisan Alternatif….kini usaha tersebut telah menampakkan pekung didada Barisan Nasional.

3) Mahathir mengunakan Samy Vellu untuk berkata " Itu Al-Quran Boleh Buat Itu Lebuh Raya Ke ?" secara terang-terang lagi nyata Mahathir amat bangga Agama Islam diperlekehkan oleh orang bukan Islam….dia amat berharap orang Islam akan bangkit secara Militan menentang beliau…tetapi usaha ini telah gagal, kerana " Biar-biarkan, biarkan dengan Sandiwara Mahathir itu ".

* Secara terang dan nyata Agama Islam di Malaysia kini boleh di pijak-pijak oleh orang bukan Islam, asalkan mereka dari kroni Mahathir.

4) Al-Maunah sebagai mangsa…kenapa perlu pihak UMNO dan Barisan Nasional hendak memaksa rakyat dan bangsa Malaysia mempercayai kes Al-Maunah ini sebagai perkara benar-benar berlaku serta di dalangi oleh amat YAB Hj.Hadi Awang ( 20 tahun dahulu ), apakah keuntungan Barisan Nasional berhajat benar nak mematikan 20 orang Islam dalam kumpulan Al-Maunah ini ( Hukuman Kes ini Gantung Sampai Mati ), sedangkan fakta kes telah dilakonkan semula oleh Kementerian Pertahanan dalam usaha mempengaruhi rakyat agar percaya lakonan semula tersebut adalah benar lagi membenarkan lakonan tragedi SAUK ( Selagi Ada UMNO Kacau ).

* Apakah dengan memaksa rakyat mempercayai ke SAUK, Barisan Nasional dan UMNO akan pulih dari sakit teruknya sekarang….mustahil kini…kerana Bangsa Malaysia yang ada sekarang benar-benar meluat dan merasa jijik dengan perbuatan keji Mahathir dan rejimnya.

5) Letupan di Kedutaan Malaysia di Jakarta dan serangan Pejabat Konsul di Pontianak, Indonesia….apakah akan berlaku satu lagi sandiwara politik Mahathir…apakah selama ini kerajaan Malaysia mempunyai musuh politik di luar negara….adakah Indonesia memang seteru politik antarabangsa Malaysia…kita lihat dan tanya diri kita sendiri….dimanakah relevennya kes serangan terhadap kedutaan Malaysia ini.

* Berbagai usaha dilakukan oleh Mahathir dan kroninya untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional…namun begitu lagi diprovok lagi benci rakyat dan bangsa Malaysia kepada kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO.

6) Mahathir menangis di Putra Jaya ?? apakah orang Melayu turut sedih melihat lakonan Mahathir tersebut…piraah malah bertambah benci kerana isu perkauman telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri sendiri…sedangkan rakyat bersama Barisan Alternatif berganding bahu melahirkan bangsa Malaysia yang sejati serta berwawasan sebagai ummah kearah masyarakat Madani…tetapi UMNO dan Mahathir berusaha memperbesarkan isu perkauman ini melalui media elektronik dan cetak sehingga ucapan kemerdekaan pun masih berbau perkauman yang teruk….dengan melebelkan orang Melayu tidak bersyukur kepada Mahathir dan SHUQUI sebagai EXTREMIS dan KOMUNIS.

* Apakah hajat sebenarnya Mahathir…??? Kita boleh melihat Mahathir, UMNO, Barisan Nasional adalah pemusnah @ petualang Bangsa Malaysia yang bersatu…kini rakyat tidak perlu kepada sandiwara @ lakonan Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk menolak terus Barisan Nasional dalam pemerintahan demokrasi di Malaysia ini…senja bagi mereka semakin hampir…..bukan tahun 2004, malahan dalam waktu terdekat ini Mahathir dan kuncu-kuncunya akan tersungkur rebah di bumi bertuah Malaysia ini.

A) Tak perlu kita mengangkat senjata menentang Mahathir…kerana ia semakin lemah sekarang.

B) Tak perlu rusuhan kaum, kerana Mahathir kini telah memusuhi semua rakyat dan bangsa Malaysia.

C) Tak perlu kita percaya kepada Sistem Kehakiman sekarang kerana Mahathir itu hakim dan undang-undang Malaysia kini.

D) Tak perlu kita korbankan nyawa untuk menjatuhkan Mahathir…kerana Mahathir sendiri dan kuncu-kuncunya akan terkorban oleh perangkap samar yang dipasang oleh mereka sendiri.

E) Tak perlu kita menangisi perjuangan Mahathir dan kuncu-kuncunya…..kerena Mahathir dan kuncu-kuncunya telah lama menangis dan meratapi diri kerana kesilapan mereka kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia.

F) Tak perlu kita percaya kepada Polis Mahathir….kerana Mahathir dan rejim polisnya telah lama memperbodohkan kita rakyat dan bangsa Malaysia.

G) Tak perlu kita percaya kepada perjuangan UMNO (Baru)…kerana UMNO (Baru) itu adalah Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Akhir kata kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia dan rakan-rakan didalam UMNO, MCA, MIC, dan kompenan Barisan Nasional…kembalilah kepangkal jalan….kini pintu BARISAN ALTERNATIF terbuka luas untuk anda semua berjuang bersama kami dalam menegakkan " Malaysia Yang Adil ".

Tinggalkan perjuangan sia-sia dalam Barisan Nasional…kerana Barisan Nasional adalah kumpulan terakhir Mahathir dan kuncu-kuncunya menghuni bumi bertuah Malaysia ini….kerana selepas ini Barisan alternatif dan kepimpinan Ulama' akan memastikan Rakyat dan Bangsa Malaysia serta negara yang Adil dapat di tegakkan dengan berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis dengan penuh gemilang.

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO "


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]