Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR@MAHAFIRAUN ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA (19)

Part 19.

STADIUM BUKIT JALIL HANYA UNTUKMU KRONI UMNO@BN .

Pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil menolak permohonan dan memulangkan wang cagaran RM 21,000.00 kepada Jawatankuasa Sambutan Bulan Reformasi buat kali ke 2…..???

Apa yang nak diherankan dan dipertikaikan lagi….pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil mempunyai alasan kukuh untuk menolak permohonan kali ke 2 ini….walaupun didalam borang permohonan tersebut telah menyebut…tiada alasan perlu diberi jika pihak pengurusan menolak sebarang permohonan menyewa Stadium.

Namun begitu alasan utamanya adalah :-

1) Mahathir@Mahafiraun tidak dijemput sebagai perasmi majlis REFORMASI tersebut.

2) Mahathir@Mahafiraun tidak dijemput memberikan ucapan dalam majlis REFORMASI tersebut.

3) Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya tidak diberikan tender mengurus dan menganjurkan majlis REFORMASI tersebut.

4) Mahathir@Mahafiraun tidak mahu dan tak rela Pasukan Polis DR Mahathir (PDRM) dijadikan jaga kepada peserta REFORMASI di Stadium Bukit Jalil. Seperti yang telah berlaku di Dataran Merdeka 20hb.Sept.2000…. Mahathir@Mahafiraun mengamuk sakan kat Pak Lah Badawi kerana membiarkan Polis DR Mahathir (PDRM) menjadi jaga pada malam Jamuan Ulang Tahun Ke 2 REFORMASI . (REKOD DUNIA kerana Polis paling ramai menjadi jaga untuk Majlis Jamuan Makan Malam – Tahniah kepada Pendokong REFORMASI kerana berjaya mencatitkan satu REKOD DUNIA )

5) Mahathir@Mahafiraun tak rela satu lagi rekod dunia dicatitkan di Stadium Bukit Jalil….kerana Pendokong REFORMASI berjaya mengumpulkan ratusan ribu rakyat dan bangsa Malaysia disana….sedangkan program ini bukan ditaja olehnya….jadi malulah dia.

6) Mahathir@Mahafiraun memang takut dimalukan pada mata dunia…kerana dalam mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO@BN memang tak de sambutan…nak ramaikan orang terpaksa bayar penonton upahan….kat Taman Melewar kena derma pulak tu mampu kumpulan puluhan ribu orang…inikan pulak di Stadium Bukit Jalil tak dapat Mahathir@Mahafiraun nak bayangkan berapa ramai yang akan hadir….!!!!

7) Pada 20hb.Sept.1998….SB dan FRU telah kecut perut dan menyorok dalam trak di Dataran Merdeka….kalaulah seluruh anggota Polis DR Mahathir (PDRM) diletakkan di Stadium Bukit Jalil pada 7hb.Oktober.2000 ini pun tak mampu nak pukul serta lanyak rakyat dan bangsa Malaysia yang hadir menyambut Ulang Tahun Ke 2 REFORMASI. ( 1 Polis lawan 100 rakyat dan bangsa Malaysia )

8) Pihak POLIS akan meluluskan permit..???? jika pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil bersetuju menyewakan Stadium kepada pejuang REFORMASI….secara tidak lansung pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu akur arahan rejim Mahathir@Mahafiraun bahawa tiada permit akan dikeluarkan walau apapun terjadi….maka dengan jalan mudah menolak sehaja permohonan tersebut.

Apa yang diharap kepada pihak Pengurusan Stadium Bukit Jalil….apakah kita sudah lupa siapakah pemilik Stadium tersebut…..adakah Stadium tersebut milik rakyat dan bangsa Malaysia atau Mahathir@Mahafiraun dan jauk-juaknya…..???

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN “
– 27hb.Sept.2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com