Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Perjanjian Royalti Petroleum

Suatu perjanjian dibuat pada 22 haribulan Mac 1975 antara kerajaan negeri Terengganu (kemudian daripada ini disebut kerajaan) sebagai satu pihak dengan petroleum (petroleum) Nasional Berhad, suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta syarikat, 1965 dan yang pejabat berdaftarnya terletak di No.21, Jalan Melaka, Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut (PETRONAS) ) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA menurut Akta kemajuan petroleum, 1974 seluruh pemunyaan mengenai petroleum dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan eksklusif untuk mencari, mengeksport, mendapatkan dan memperolehi petroleum yang berada sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia adalah diletakhakkan pada PETRONAS.

DAN BAHAWASANYA peletakhakkan pemunyaan, hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang disebut di atas telah berkuatkuasa berikutan dengan penyempurnaan suratcara bagi maksud itu; dan bahawasanya kerajaan dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran yang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti di atas mengenai petroleum.

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN sebagai balasan bagi penyuaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan mengenai petroleum yang diletakhakkan oleh Kerajaan pada PETRONAS, ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:

1. (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b. purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.

(3) Apa-apa petroleum yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya bagi maksud meneruskan kendalian-kendalian pengorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran

wang tunai di bawah Fasal ini.

2. Pembayaran wang tunai yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini hendaklah dibayar pada tiap-tiap setengah tahun. Pembayaran bagi petroleum yang didapati, diperolehi dan dijual dalam tempoh setengah tahun yang kedua hendaklah dibuat pada atau sebelum satu haribulan Mac dalam tahun yang berikutnya.

3. Adalah dipersetujui dan ditetapkan bahawa pembayaran wang tunai yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini hendaklah kena dibayar sedemikian jika petroleum tidak lagi diperolehi oleh kerana apa-apa sebab

jua pun dan dalam hal ini yang demikian tiada apa-apa pembayaran sebagai pampasan akan kena dibayar kerana terhentinya pembayaran wang tunai yang jika tidak kerana demikian akan kena dibayar di bawah Perjanjian ini.

4. Dalam Perjanjian ini, perkataan "petroleum" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Kemajuan Petroleum, 1974.

5. Nota bidai adalah hanya untuk kesenangan rujukan sahaja dan tidaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

6. Perjanjian ini hendaklah dibuat dalam Bahasa Malaysia dan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat apa-apa keraguan maka teksnya dalam Bahasa Inggeris itu hendaklah dipakai.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah mengarahkan supaya Perjanjian ini disempurnakan dengan sewajarnya.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]