Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Perjanjian Royalti Petroleum 2

Barangkali kebanyakan rakyat Terengganu merasa sangsi dengan kenyataan akhbar Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Muhammad mengenai royalti minyak sebanyak 5 peratus ianya hanya dengan ihsan kerajaan pusat sahaja.

Kerajaan negeri Terengganu walau dengan apa cara sekalipun memang masih berhak mendapat royalti lima peratus setahun hasil perolehan petroleum yang dikeluarkan dari dasar laut negeri ini.

Jaminan ini terkandung dalam surat perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan petronas yang termaktub pada 22 Mac 1975.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagi pihak petronas dan Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad bagi pihak kerajaan Negeri Terengganu.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com