Assalamualaikum semua...
Memang org yg sesat tak akan mengaku sesat, org yg jahat tak akan mengaku jahat. saya tak tahu apa masalah dan motif si Kahar yg mengaku nabi ni. Tapi pengakuannya itu boleh membatalkan akidah dan jadi murtad kerana telah bertentangan dgn perintah Allah dalam surah al-Ahzab ayat 40 yg menyatakan Muhammad s.a.w adalah penutup kepada segala nabi, begitu juga dgn hadis2 yg sahih drp baginda, tapi org spt Kahar ni langsung tak percaya hadis, demikianlah, drp anti-hadis kpd mengaku jadi nabi, esok ngaku jadi tuhan pulak, org macam ni patut dihapuskan dr muka bumi ini, sebab boleh mendatangkan fitnah kpd org awam yg jahil.
Di bawah ini saya copykan satu rencana yg ditulis oleh seorg pakai nama Along utk menjawab kesesatan Kahar. Kahar jgn nak berpura-pura ikhlas w/pun awak tak nak apa2,memang org2 yg ngaku jadi nabi baru seblm ini pun macam itu jugalah cakapnya. kalau pun nak berdakwah tak ngaku jadi nabi pun boleh berdakwah juga. Kenapa awak sendiri tak pakai ayat 40 surah al-Ahzab tu, kalau betul nak ikut al-Quran dan nak ajak org ikut al-Quran?
Awas gerakan sulit Kahar ini, beliau telah menggunakan laman melayu.com utk menyebarkan dakyahnya dan dalam satu rencana di laman tersebut kahar telah mengisytiharkan dirinya sebagai nabi yg dituskan Allah untuk umat Melayu di Malaysia! Beliau pernah cuba menggunakan laman mindarakyat untuk menyebarkan dakyahnya. Awas ajaran sesat di sebalik kata2 yg lunak! Sudah ada netter yg percaya dgnnya, salah seorg drp.nya netter dr Sabah, dan ada yg lain lagi. Org Islam yg jahil jadi mangsa di sebalik keindahan bahasa yg digunakan Kahar.
wassalam
'Utusan Tuhan' Nabi Palsu - oleh Along
Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib Al-Quraisyi
telah dinyatakan oleh Allah
sebagai Nabi dan Rasul terakhir, Allah sekali-kali tidak mengangkat Nabi
lagi sesudahnya. Hal ini telah dijelaskan oleh
Allah di dalam Al-Quran yang ertinya:
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari salah seorang lelaki di
antara kamu, tapi dia adalah Rasul Allah dan
penutup para Nabi. Dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
(Al-Ahzab, ayat 40)
Akan tetapi sejarah mencatatkan ramai individu yang mengaku sebagai
Nabi sejak Nabi Muhammad masih hidup,
sehingga ke abad dua puluh ini. Bermacam-macam dalil yang mereka
kemukakan untuk memperkuat dakwaannya, tapi
orang-orang berakal menolak dengan tegas dan menganggapnya
sebagai perkara yang melucukan. Semua Nabi-Nabi
yang diangkat Allah dapat dilihat sejarahnya bahawa mereka tidak ada
maksud apa-apa selain hanya menjalankan
perintah Allah.
Sedang para pendakwa Nabi atau Nabi-Nabi palsu itu masing-masing
mempunyai kepentingan individu tersendiri,
sama ada ditaja oleh pihak lain atau atas daya usahanya sendiri.
Sebahagian besar mereka yang mengaku menjadi Nabi
itu dikenakan berbagai hukuman, ada yang digantung sampai mati,
dibakar, dirotan dan ada pula yang dipulihkan dari
penyakit jiwanya.
Sejarah pun mencatat nama-nama individu yang pernah mengaku
menjadi Nabi dari zaman ke zaman, di antaranya
ialah Musailamatul Kazzab, Aswad Al-Insi, Tulaihah Al-Asadi, Sajjah binti
Al-Harith, Ahmad bin Husain, Laqit, Mirza
Ghulam Ahmad, Mirza Ali Muhammad, Bahaullah, Al-Mukhtar bin
Ubaidillah, Ibnu Sam’an, Amir bin Harb, Abu
Mansur Al-Ijli, Ibnu Said As-Sajli, Abu Khattab Al-Asadi, Ibnu Bahram
Al-Juba’i, Hasan bin Hamdan, Abul Qasim
An-Najar, Al-Muni’ul Qashar, Ibnu Kharba Al-Kindi, Abu Muslim As-Siraj
dan lain-lain. Turut mengaku sebagai Nabi
juga adalah:
Harith bin Saad; dia mendakwa menjadi Nabi di masa Khalifah Abdul
Malik bin Marwan dari Daulat Bani Umaiyah.
Ramai orang yang dapat dipengaruhi dan menjadi pengikut-nya. Tapi
kesudahannya dia dibunuh bersama
pengikut-pengikutnya.
Isa Al-Asfahan; dia mendakwa dirinya diangkat menjadi Nabi di masa
Khalifah Al-Mansur dari Daulat Bani Abbasiah .
Akhirnya dia dihukum bunuh.
Faris bin Yahya, dia mendakwa dirinya menjadi Nabi di masa
pemerintahan Khalifah Al-Muktaz di Mesir. Faris
mengaku sebagai Nabi Isa dan mendakwa dapat menyembuhkan
penyakit sopak, orang buta, penyakit kusta dan
menghidupkan orang mati.
Ishak Al-Akhras, dia mengaku sebagai Nabi di Asfahan (Iran). Dia pandai
membaca kitab Taurat, Injil dan pandai
mentafsirkan Al-Quran sesuka hatinya. Di antara ajarannya ialah
barangsiapa yang beriman kepada Allah, beriman
kepada Nabi Muhammad dan beriman kepadanya, dialah orang-orang
yang mendapat kemenangan. Kerana
kepandaiannya bertutur kata, ramai orang yang dapat dipengaruhinya
dan menjadi pengikutnya. Ishak pada akhirnya
dapat dihukum bunuh.
Aswad Al-Insi
Namanya sebenar adalah Ailat bin Kaab bin Auff Al-Insi keturunan bangsa
hitam Habasyah yang tinggal di Jazirah
Arabia. Oleh kerana itulah dia dipanggil Aswad yang bermakna Si Hitam
Pekat, dan terkenallah namanya sebagai Aswad
Al-Insi. Dia mengaku dirinya sebagai nabi pada saat-saat menjelang
Rasulullah SAW jatuh sakit dan segera mendapat
pengikut yang ramai di kalangan kaumnya. Akan tetapi nabi palsu ini
dapat dibunuh pada tahun 11 H/632M iaitu di
saat-saat menjelang kewafatan Rasulullah SAW.
Si Hitam Yang Bercadar
Aswad Al-Insi sentiasa menutup mukanya dengan cadar (purdah) seperti
yang biasa dipakai oleh kaum wanita
sehingga dia dipanggil juga dengan nama Zul Khimar yang bermakna
orang yang memakai cadar. Dia sendiri rela dirinya
diberi gelar Si Hitam atau Aswad. Sebelum mengisytiharkan dirinya
sebagai nabi, Aswad Al-Insi memang terkenal
sebagai seorang yang mempunyai ilmu-ilmu hitam dan sihir (black
magic) yang mampu memperlihatkan hal-hal yang aneh,
ajaib dan menakutkan. Kerana kebolehannya itu, dia ditakuti dan
dikagumi di kalangan kaumnya dan pengaruhnya besar.
Ditambah lagi dia sebagai seorang orator yang tutur katanya manis dan
menarik. Orang-orang awam dari suku besar
Mazhaj segera mempercayainya bahawa dia sebagai nabi.
Ajaran utama Aswad adalah membebaskan manusia dari kewajipan solat
dan membayar zakat serta membenarkan
perzinaan. Kewajipan solat dan zakat inilah yang dirasakan berat oleh
sesetengah kabilah Arab selama ini. Apabila
mendengar ajaran yang dibawa oleh “nabi” baru itu sangat sesuai
dengan nafsunya, mereka berpusu-pusu datang
menyatakan sokongan dan sedia mati membela Aswad Al-Insi. Mereka
bersedia bergadai nyawa jika Aswad
mengarahkannya menyerang Madinatul Munawwarah tempat Nabi
Muhammad menyampaikan ajarannya.
Setelah memperolehi pengikut yang ramai, Aswad maju menyerang kota
Najran yang ketika itu dibawah pengawasan
penguasa Islam Amru bin Hazmi dan Khalid bin Saad.
Aswad berhasil menduduki kota itu dan wilayah sekitarnya, sementara
kedua-dua penguasa Islam di situ terpaksa
berundur ke kota San’a. Maka berlangsunglah keluar agama (murtad)
secara besar-besaran di kawasan-kawasan yang
dikuasai oleh Aswad.
Dalam masa yang singkat, pengikut Aswad telah bertambah besar dan
dia bertambah sombong dan bermaharajalela.
Kekuatan tenteranya semakin besar kerana para pengikutnya rela
berperang bersamanya. Langkah seterusnya dia
membentuk 700 pasukan berkuda yang dipimpin oleh Kais bin Abdi
Yaguts Al-Muradi sebagai panglima perang
besarnya. Sedang zon-zon pasukannya dipimpin Maawiyah bin Kais
Al-Janabi, Yazid bin Maharram, Yazid bin Hushain
Al-Harithi dan Yazid bin Afkal Al-Yazidi.
Pasukan berkuda Aswad bergerak menyerang kota San’a yang ketika itu
diperintah oleh penguasa Islam bernama
Emir Syahr bin Bazan yang dikukuhkan oleh Rasulullah SAW sendiri.
Syahr bin Bazan keluar dengan pasukannya
menyambut kedatangan pasukan Aswad. Maka terjadilah pertempuran
sengit di antara kedua-dua pasukan itu yang
berakhir dengan kekalahan di pihak Syahr bin Bazan yang menemui
syahid di dalam pertempuran bersama sejumlah
besar tentera Islam lainnya.
Aswad menduduki San’a dengan sombong dan mengambil janda Syahr
bin Bazan yang bernama Azaz yang sangat
terkenal cantik jelita itu menjadi salah seorang isterinya secara paksa.
Walaubagaimanapun Azaz tetap menjadi seorang
muslimah yang solehah, taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekalipun
jasmaninya berada dalam genggaman Aswad secara
paksa. Aswad juga telah mengangkat Fairuz Ad-Dailami bersama Emir
Dazwih untuk mengetuai seluruh kaum peranakan
(al-Abnak).
Merancang Pembunuhan
Dengan kejayaan Aswad menakluki San‘a, umat Islam di seluruh wilayah
Hadramaut menjadi cemas dan khuatir
kalau-kalau nabi palsu itu mengarahkan pasukannya menyerbu wilayah
Hadramaut pula. Mereka berada dalam keadaan
berjaga-jaga untuk menghadapi segala kemungkinan. Rasulullah SAW di
Madinah telah mengetahui perkara yang terjadi.
Baginda telah menghantar Wabar bin Yuhannis Al-Asadi sebagai utusan
ke Yaman untuk memberikan arahan agar
kaum Muslimin di sana tetap bertenang dan menyusun kekuatan semula
untuk menghadapi Aswad. Muaz bin Jabal yang
ketika itu sedang bertugas di Yaman, telah berkeliling menghubungi
orang-orang yang masih kuat imannya.
Kedatangan utusan dan khabar dari Rasulullah itu telah membuat kaum
Muslimin terhibur dan semangatnya naik
semula untuk menghadapi Aswad.
Sementara Aswad sendiri semakin sombong akan kejayaannya. Dia
merasa kejayaan yang dicapainya dalam waktu
singkat itu adalah berkat kekuatannya sendiri dengan menggerakkan
ilmu-ilmu hitamnya. Sehingga dia sering mencemuh
Qais bin Abdi Yaguts panglima perang yang telah berjasa dalam
memimpin tenteranya.
Tidak ketinggalan Fairuz Ad-Dailimi dan Emir Dazwah juga sering
dicemuh dan dihina oleh Aswad di hadapan orang
ramai. Akibatnya, sama ada panglima Qais, penguasa Fairuz dan
Dazwah menjadi benci terhadap Aswad.
Lebih-lebih lagi perempuan janda Syahr yang dijadikan isteri secara
paksa oleh Aswad sangat dendam dan membenci
nabi palsu itu. Tapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana Aswad
sangat terkenal, ramai pengawalnya dan sering
menggunakan khidmat syaitan-syaitan / jin-jinnya untuk mencelakakan
seseorang.
Muaz bin Jabal melihat situasi ini sangat menguntungkan untuk
mengambil kesempatan. Secara senyap-senyap dia
melakukan pendekatan kepada Fairuz Ad-Dailimi dan Dazwah sambil
memperlihatkan surat Rasulullah SAW.
Kedua-dua Emir itu sangat gembira, bagaikan kejatuhan emas dari langit
ketika menerima khabar dari Rasulullah SAW.
Mereka pun melakukan pendekatan pula terhadap panglima perang Qais
bin Abdi Yaguts dan berhasil. Kini ketiga-tiga
orang penting Aswad itu telah sepakat untuk memusnahkan tuan
besarnya yang bongkak.
Walau bagaimanapun, mereka bertiga mesti melaksanakan maksudnya
dengan terancang dan tipu helah. Sebab
disekitar Aswad sangat ramai tentera, pengampu dan pengawal yang
menjaganya setiap masa. Apabila mereka yang
menyimpan dendam itu telah sebulat suara untuk membunuh Aswad,
syaitan-syaitan nabi palsu itu dapat mengesannya
lalu memberitahukan kepada Aswad.
Syaitan-syaitan itu memberitahukan kepada Aswad bahawa ada
komplot yang ingin membunuhnya yang dianggotai
oleh panglima perang dan orang-orang penting lainnya. Aswad segera
memanggil Qais dan memberitahukan wahyu yang
dibisikkan oleh syaitan itu.
“Wahai Qais! Aku menerima wahyu yang tidak sedap tentang kamu.”
kata Aswad.
“Apa katanya?” tanya Qais.
“Engkau memuliakan Qais, menaruh kepercayaan dan bermurah hati
kepadanya. Awas, kelak bila dia sudah sangat
akrab dengan kau dan mempunyai kedudukan yang kuat seperti engkau,
dia akan menjadi lawanmu, merampas
kekuasaanmu dan melakukan pengkhianatan. Wahai Aswad! Kasihan
engkau.” kata Aswad memberitahukan bisikan
syaitannya.
Qais pura-pura menafikan perkara itu sambil berkata dan berkata palsu:
“Wahai Zul Khimar! Itu semua bohong.
Tuanku sungguh agung dan mulia di sisiku, sehingga tidak pernah
terlintas dihatiku ada cita-cita seperti yang tuanku
khuatirkan itu.”
“Engkau sungguh biadab wahai Qais! Engkau telah menganggap seorang
raja berbohong. Raja bercakap benar, dan
sekarang aku tahu bahawa engkau mesti menyesal atas semua yang
pernah engkau lakukan.” kata Aswad dengan marah
sambil melihat Qais dari kepala hingga ke kakinya.
Qais dibebaskan dan segera keluar menjumpai teman-teman
sehaluannya untuk membincangkan apa yang telah terjadi.
“Kalau begitu, mulai sekarang kena berwaspada.” kata mereka.
Tiba-tiba mereka punya idea untuk mendekati Azaz yang menjadi isteri
paksa Aswad dan sangat membencinya.
Kebetulan pula perempuan cantik jelita itu masih saudara sepupu kepada
Fairuz.
Mula-mula Qais menjumpai Azaz secara senyap-senyap dan
mencuri-curi, sebab kalau diketahui Aswad, padahnya
sangat besar.
“Wahai sepupuku! Engkau telah tahu musibah yang menimpa kaummu
gara-gara kekejaman lelaki itu (Aswad). Dia telah
membunuh suamimu, memalukan kamu dan memaksa perempuan
menjadi miliknya. Adakah engkau tidak dapat
bertindak sesuatu keatasnya?” tanya Qais kepada Azaz.
“Bertindak bagaimana?” tanya Azaz.
“Menghalaunya keluar.”
“Bagaimana kalau dia dibunuh saja?” tanya Azaz.
“Dibunuhpun boleh.” kata Qais.
“Memang, demi Allah. Allah tidak menciptakan seseorangpun yang paling
aku benci selain si Aswad itu. Jika kamu sudah
berazam untuk membunuhnya, beritahu aku. Aku akan memberimu
tunjuk ajar tentang perkara ini.” kata Azaz.
Kepala Aswad Dicampakkan Ke Tanah
Setelah berhasil menghubungi Azaz, Qais segera keluar dan berunding
dengan kawan-kawannya mengenai jalan
terbaik untuk membinasakan Aswad. Sementara Aswad sendiri semakin
terasa bahawa ada komplotan yang ingin
memudaratkan dirinya. Dia mendapat tahu perkara ini dari
syaitan-syaitan yang menjadi temannya. Dia mencurigai Fairuz
dan selalu memanggilnya untuk disoal siasat, tapi Fairuz menafikan
bahawa dirinya sedang memendam rasa benci.
Suatu hari Aswad mengadakan sembelihan haiwan secara besar-besaran
yang terdiri dari seratus ekor lembu dan unta
di hadapan orang ramai. Tiba-tiba Aswad berkata kepada Fairuz: “Wahai
Fairuz! Aku telah menerima wahyu bahawa
engkau benar-benar ingin memusnahkan aku. Aku benar-benar
bercadang akan menyembelih engkau seperti
haiwan-haiwan ini.”
Sekali lagi Fairuz menafikan tuduhan itu dengan mengeluarkan
perkataan-perkataan yang membanggakan Aswad.
Fairuz mengingatkan Aswad bahawa dirinya telah diberi pangkat sebagai
pengetua kaum peranakan dan juga masih
iparnya, mana mungkin akan menaruh dendam?
“Aku menyukai tuan, sebagaimana tuan menyukai aku.” kata Fairuz.
“Betul itu. Baiklah sila agih-agihkan danging haiwan ini kepada orang
ramai.” kata Aswad Al-Insi.
Akan tetapi apabila Fairuz selesai membagi-bagikan daging dan ingin
berjumpa dengan Aswad, dia mendengar berita
bahawa nabi palsu itu betul-betul ingin membunuhnya. Fairuz segera
pergi kepada teman-teman sehaluannya untuk
berunding. Masa telah suntuk. Kalau nabi palsu itu tidak segera dibunuh,
nasib mereka yang diketahui belot pasti sangat
berbahaya. Ketiga-tiga orang penting itu telah nekad untuk bekerja sama
dengan isteri paksa Aswad untuk
membunuhnya. Fairuz dipilih untuk berjumpa terus dengan Azaz, kerana
dia masih sepupunya.
“Bilik-bilik kediaman Aswad dipagar dan dipenuhi dengan
pengawal-pengawal, kecuali bilik yang ini yang tidak begitu
ketat kawalannya.” kata Azaz kepada Fairuz.
Walau bagaimanapun Azaz yang sangat menaruh dendam terhadap
Aswad memberikan cara rahsia untuk sampai ke
bilik tidur orang yang dibencinya itu. Dia mengarahkan agar membuat
suatu lubang sulit yang boleh mencapai bilik
Aswad, dan dia sendiri akan membantunya secara sulit pula. Setelah
berbincang banyak, Fairuz segera berpaling akan
keluar dari rumah Azaz. Akan tetapi tiba-tiba Aswad datang dan melihat
Fairuz baru keluar dari Azaz.
“Kurang ajar. Hai Fairuz! Mengapa engkau berani masuk ke tempat
isteriku?” kata Aswad dengan marahnya.
Tidak ampun lagi, Aswad menangkap batang leher Fairuz dan akan
membunuhnya ketika itu juga. Nasib baik Azaz
segera datang dan berteriak: “Jangan apa-apakan! Dia adalah saudara
sepupuku datang menziarahiku. Apa salahnya.”
“Engkau diam!” kata Aswad menengking Azaz.
Kerana masih merasa sangat sayang kepada Azaz yang sangat cantik
jelita itu, Aswad tidak jadi membunuh Fairuz.
Dia melepaskan cengkamannya dengan kasar sambil berkata:
“Berambuslah engkau dari sini!”
“Selamat, selamat......” kata Fairuz yang masih ketakutan itu ketika
berjumpa dengan kawan-kawannya dan
menceritakan apa yang telah terjadi.
Mereka terus berbincang langkah seterusnya. Azaz pula mengirim pesan
agar azam mereka diteruskan dan
menyatakan sokongannya. Ketika Aswad tidak ada, Fairuz masuk lagi ke
rumah Azaz dan segera menggali lobang sulit.
Tiada berapa lama Aswad pun datang, dan Azaz sudah bersedia dengan
sikap seperti seorang yang sedang berziarah.
“Siapa lagi ini?” tengking Aswad.
“Dia saudara sesusuanku dan juga sepupuku. Mengapa engkau selalu
curiga?” jawab Azaz.
Fairuz pun dihalau keluar dan berjumpa dengan teman-temannya.
Pada sebelah malam, mereka pun masuk ke rumah Aswad melalui
lubang sulit yang telah dibuatnya. Azaz pula sudah
siap sedia memberikan laluan kepada mereka untuk membunuh
suaminya. Malam itu Aswad sedang berada dalam
keadaan separuh sedar kerana mabuk arak dan tertidur pulas di atas
tilam sutera. Ketika Fairuz masuk, syaitan-syaitan
Aswad mengejutkannya lalu didudukkannya dalam keadaan separuh
sedar.
“Ada apa dengan engkau hai Fairuz?” kata Aswad yang sedang tertidur
mabuk itu.
Fairuz khuatir Aswad akan sedar. Oleh kerana itu dia cepat-cepat
menangkap kepalanya, menekan lehernya dari
belakang, dipijak lalu dihantuk-hantukkannya kepala nabi palsu itu
sehingga mati. Kemudian Fairuz keluar
memberitahukan teman-temannya yang sedang mengepung di luar
bahawa nabi palsu itu sudah mati. Gegap gempitalah
takbir di sekitar itu. Akan tetapi syaitan-syaitan Aswad selalu
menggerak-gerakkan tubuhnya sehingga kelihatan seperti
masih hidup.
Mereka pun tidak dapat memastikan bahawa dia telah mati. Azaz segera
menarik rambut Aswad kuat-kuat, sehingga
syaitan Aswad tak tentu hala. Sedang orang yang lain terus memotong
lehernya, sehingga terpisahlah kepala nabi palsu itu
dari badannya. Orang-orang yang berkawal di sekitar rumah kediaman
Aswad merasa curiga apabila mendengar suara
yang mencurigakan.
“Suara apa itu?” tanya mereka.
“Tidak ada apa-apa, hanya nabi sedang menerima wahyu.” jawab Azaz.
Fairuz, Qais dan Dazwiyah berunding cara yang paling berkesan untuk
menunjukkan kepada orang ramai bahawa nabi
palsu itu sudah dibunuh. Mereka sepakat untuk mengumpulkan orang
ramai di sekitar istana menjelang Subuh. Menjelang
Subuh, orang ramai pun berkumpul berpusu-pusu di sekitar istana
kerana mengikut arahan. Mungkin dikatakan kepada
mereka bahawa nabi Aswad memintanya mereka agar berkumpul.
Mereka yang berkumpul bukan saja dari pengikut
setia Aswad, tapi juga dari kalangan orang-orang beriman dan yang
masih menyimpan iman di hatinya.
Waktu Subuh pun masuk, Qais naik ke bumbung istana lalu melaungkan
azan. Apabila sampai pada lafaz Asyhadu
anna Muhammadarrasulullah.....tiba-tiba ditambah dengan Wa anna
Abhalah (Aswad) pendusta”. Serentak dengan
perkataan Abhalah, si tukang azan tiba-tiba melemparkan kepala nabi
palsu Aswad ke tanah.
Maka tahulah mereka bahawa Aswad yang angkuh itu sudah dibunuh.
Maka gemuruhlah takbir, kepala Aswad lalu
disepak-sepaknya ke sana ke sini. Orang ramai bertaubat dan kembali
kepada agama Islam yang sebenar dan
mengucapkan taat setia kepada Rasulullah SAW. Tamatlah riwayat nabi
palsu Aswad Al-Insi setelah berkuasa selama
lebih kurang empat bulan sahaja. Sementara di Madinah Rasulullah SAW
telah mengetahui peristiwa tersebut dari Allah
pada malam itu juga.
“Al-Insi telah dibunuh malam tadi oleh lelaki yang diberkati dari keluarga
yang diberkati.” kata Rasulullah.
“Siapa itu wahai Rasululllah?” tanya sahabat.
“Fairuz Fairuz.” jawab Rasulullah SAW. Wallahu a’lam.
Banyak pihak merasa lega dengan kematian Aswad, tapi ramai yang
masih bimbang akan kemunculan
konco-konconya yang mungkin boleh menggugat keamanan kaum
Muslimin. Fairuz sendiri berkata: “Setelah Aswad
kami bunuh, keadaan kita kembali seperti sedia kala dengan usaha Mu’az
bin Jabal, dan dia yang menjadi imam solat
kami. Akan tetapi walaupun Aswad sudah tidak ada, pasukan berkuda
teman-teman Aswad masih ada. Kemudian
setelah tersiar berita kewafatan Rasulullah, timbullah kegelisahan di
merata tempat.”
Kebimbangan Fairuz itu menjadi kenyataan apabila dikemudian hari
banyak lagi Nabi palsu dan pembelot agama
membuat kekacauan. Bahkan Qais bin Abdi Yaguth juga tiba-tiba murtad
dan ingin berkuasa sepenuhnya, tapi dapat
dipadamkan akhirnya.