Assalamualaikum semua,
Maafkan saya kerana agak terlewat memberi respon terhadap sikap kahar yg talam dua muka ini, kerana saya bercuti l/kurang 2 minggu. Kat dalam e-mel terakhir ni Kahar kata dia tak mengaku jadi nabi tapi ngaku jadi utusan tuhan saja, tapi yg peliknya kenapa Kahar mendakwa dia terima wahyu drp Allah dlm e-melnya yg hanya dihantarkan khas kpd saya seorg? Kenapa Kahar masih nak berselindung? Apa bezanya dgn mengaku jadi nabi dgn mendakwa terima wahyu wahai Kahar yg sesat? (Saya tak akan tarik balik tuduhan ini selagi Kahar tak bertaubat kembali ke jalan yg benar, supaya jelas yg sesat itu dikatakan sesat!)
Sebagai bukti Kahar mendakwa terima wahyu, di sini saya copykan e-melnya yg dikhaskan kpd saya. Kahar rasa terancam dgn argument saya terhadap pemikiran anti-hadis beliau dan rakan2nya, serta dakwaan sesatnya menjadi Utusan Tuhan.
Berkenaan tulisan Abuya dlm laman Mindarakyat yg menuduh saya (Suhaimi Harun) sama saja dgn Kahar, saya rasa Abuya tak ikuti perkembangan debat saya dgn Kahar dan rakan2nya, Abuya ingat saya ni jahil sangat ttg hukum dakwaan jadi nabi baru, batal akidah atau tidak. Kalau nak penjelasan, Abuya bacalah balik dua siri rencana yg baik membongkar niat serong Kahar di laman mindarakyat pd 2/9/00, yg sebenarnya diforwardkan oleh saya kpd webmaster mindarakyat tempoh hari.
Sesiapa yg nak tengok bukti Kahar mengisytiharkan dirinya sebg Rasul sila lihat http://melayu.com/karya/esei/604.htm, salinan surat pengisytiharan rasul itu juga dikirimkan oleh Kahar kpd saya seorg sebg bukti dia jadi rasul kononnya, peliknya dia tak buat copy pulak kpd org lain spt biasa.
Di bawah ini salinan e-mel Kahar yg mendakwa terima wahyu:
************************************************************************
From: ka ah Save Address - Block Sender
To: suhaimi harun Save Address
Subject: Re: Fwd: apabila Al-Quran dipijak-pijak
Date: Mon, 4 Sep 2000 03:57:17 -0700 (PDT)
saudaraku... salam kesejahteraan...
adakah saya menyetakan sedemikian... cubalah saudara
fahami article saya itu... jika saudara tidak mahu
terima saya tak paksa... terpulang kepada individu itu
sendiri.. dan bersesuaianlah dengan firman allah
bahawa : aku akan memberi petunjuk kepada siapa yang
aku kehendaki...
dan allah sendiri tidak ada menyatakan/ menyuruh alim
ulamak menjadi wakilnya. cubalah saudara kaji semula
kisah-kisah nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdapat
didalam al quran bukan dari kitab karangan manusia.
pernahkah nabi dan rasul dahulu belajar disekolah atau
dari tok-tok guru atau alim ulamak... untuk mencari
kebenaran ilahi kerena mereka menyedari bahawa hanya
allah yang akan memberi petunjuk.
apa yang saya jelaskan adalah wahyu yang diwahyukan
oleh allah kepada saya... dan terpulanglah keapda
individu itu samada untuk menerima atau tidak... dan
bukanlah tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa
orang ramai mesti menerimanya...
hanya orang yang menggunakan akal sahaja akan
membezakan antara yang hak dengan yang bathil dan
mestilah berpandukan al quran semata-mata.
ingin saya bertanya keapda diri saudara... adakah alim
ulamak atau tok guru atau menteri keugamaan telah
mengarahkan saudara menjadi panglima mereka untuk
menyerang orang-orang yang diketegorikan sesat atau
murtad?... dan bagaimanakah dengan firman allah yang
menyatakan jika mereka hendak sesat biarkanlah mereka
sesat...
sekian...
*********************************************************************
Di bawah ini pula e-mel Kahar menjawab e-mel saya yg terdahulu.
******************
Subject: Re: Rencana baik membongkar kepalsuan Kahar
Date: Mon, 4 Sep 2000 03:44:35 -0700 (PDT)
salam sejahtera saudaraku ...
bila pula saya mengaku menjadi nabi? pengistiharan
saya kepada pihak yang berkenaan hanyalah sebagai
utusan tuhan / rasul tuhan?
saudara... janganlah terlalu fanatik dengan fahaman
saudara itu... jika saudara benar... manakah ayat yang
mengatakan bahawa orang seperti saya ini mesti
dihapuskan dari bumi ini...
bukankah ayat qul ya itu sudah memadai dengan fahaman
kita...
sekian...
--- suhaimi harun wrote:
> Assalamualaikum semua...
> Memang org yg sesat tak akan mengaku sesat, org yg
> jahat tak akan mengaku
> jahat. saya tak tahu apa masalah dan motif si Kahar
> yg mengaku nabi ni. Tapi
> pengakuannya itu boleh membatalkan akidah dan jadi
> murtad kerana telah
> bertentangan dgn perintah Allah dalam surah al-Ahzab
> ayat 40 yg menyatakan
> Muhammad s.a.w adalah penutup kepada segala nabi,
> begitu juga dgn hadis2 yg
> sahih drp baginda, tapi org spt Kahar ni langsung
> tak percaya hadis,
> demikianlah, drp anti-hadis kpd mengaku jadi nabi,
> esok ngaku jadi tuhan
> pulak, org macam ni patut dihapuskan dr muka bumi
> ini, sebab boleh
> mendatangkan fitnah kpd org awam yg jahil.
> Di bawah ini saya copykan satu rencana yg ditulis
> oleh seorg pakai nama
> Along utk menjawab kesesatan Kahar. Kahar jgn nak
> berpura-pura ikhlas w/pun
> awak tak nak apa2,memang org2 yg ngaku jadi nabi
> baru seblm ini pun macam
> itu jugalah cakapnya. kalau pun nak berdakwah tak
> ngaku jadi nabi pun boleh
> berdakwah juga. Kenapa awak sendiri tak pakai ayat
> 40 surah al-Ahzab tu,
> kalau betul nak ikut al-Quran dan nak ajak org ikut
> al-Quran?
> Awas gerakan sulit Kahar ini, beliau telah
> menggunakan laman melayu.com utk
> menyebarkan dakyahnya dan dalam satu rencana di
> laman tersebut kahar telah
> mengisytiharkan dirinya sebagai nabi yg dituskan
> Allah untuk umat Melayu di
> Malaysia! Beliau pernah cuba menggunakan laman
> mindarakyat untuk menyebarkan
> dakyahnya. Awas ajaran sesat di sebalik kata2 yg
> lunak! Sudah ada netter yg
> percaya dgnnya, salah seorg drp.nya netter dr Sabah,
> dan ada yg lain lagi.
> Org Islam yg jahil jadi mangsa di sebalik keindahan
> bahasa yg digunakan
> Kahar.
> wassalam
>
=====