Assalammulaikum
Buat renungan semua pembaca..selamilah apa yang tersurat dan tersirat semoga
dapatiktibar Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk, IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI
TURKI
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan
topi (sesuaidengan kehendakbarat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menaridengan seorangwanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidakcenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuangunsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya merekadiarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh
bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannyamengatakan bahawaagama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan
dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang
diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehinggabeliau rasa terseksadan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruhbadan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepadabomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak
hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9
hari 9malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi(kalau tak silap dengar)
Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahunmayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Renung dan fikirkanlah!