Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


AWASI BAHAN PENYEBAB KANSER DI SISI ANDA

Petikan :
Tranung Kite eGroups


Terjemahan penulisan di internet oleh Michelle Hailey, setiausaha eksekutif Sistem Kesihatan University of Pennsylvania, USA

Cuba periksa senarai bahan kimia yang terdapat di botol shampoo anda. Mungkin anda akan terjumpa bahan yang dinamakan Sodium Laureth Sulfate ataupun SLS. Bahan ini memang digunakan oleh kebanyakan pembuat shampoo kerana ia mengeluarkan banyak buih dan juga sangat murah. Sekiranya dikaji dengan mendalam, bahan ini merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci lantai bengkel kereta dan ia merupakan bahan yang sangat aktif. Ia juga telah terbukti boleh menyebabkan kanser dalam jangka panjang. Ini bukan gurauan! Saya pulang ke rumah dan memeriksa shampoo saya (jenama X), ia tidak mengandungi bahan ini. Bagaimanapun, shampoo lain seperti VO5, Palmolive, Paul Mitchell, Hemp dll. turut mengandungi bahan merbahaya ini. Lantas saya pun menghubungi salah satu syarikat pengeluar shampoo tersebut dan memberitahu mereka bahawa produk buatan mereka mengandungi bahan yang boleh menyebabkan pengguna mendapat kanser. Mereka menjawab, "ya, kami tahu tentang bahan tersebut tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan kerana kami memerlukannya untuk menghasilkan banyak buih". Disamping itu ubat gigi Colgate juga mengandungi bahan yang sama untuk menghasilkan buih.

Hasil penyelidikan mendapati bahawa pada tahun 1980'an risiko untuk mendapat kanser ialah 1 dalam 8000 penduduk. Tetapi pada tahun 1990'an risikonya telah menjadi begitu serius kepada 1 dalam 3 penduduk. Jadi, saya berharap anda semua akan berikan perhatian serius dalam masalah ini dan sebarkan sebanyak mungkin maklumat ini kepada tiap-tiap orang yang anda kenali. Saya juga berharap kita semua berusaha seboleh mungkin mengelakkan diri daripada menggunakan produk yang sebenarnya menyuntikkan virus kanser ke dalam tubuh kita. Perkara ini sangat serius. Jadi, setelah anda membaca tulisan ini sebarkanlah kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenali. Ini bukanlah satu surat berantai, tetapi ia suatu yang penting untuk kesihatan kita.

SSSA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com