Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Kisah dua ekor katak

Ada dua ekor katak di letakkan di dalam sebuah periuk yang berisi air. periuk itu kemudiannya di jeran di atas dapur. kedua-dua ekor katak tersebut, A dan B merasa haba yang di bekalkan. katak A berkata : aku tidak akan keluar dari periuk ini kerana katak memang lazimnya tinggal di dalam air dan tidak pernah pula kejadian katak mati di dalam air. Kata katak B : suasana air telah menjadi berbeza dari sepatutnya dan aku akan melompat keluar. maka katak B melompat keluar dari periuk dan katak A terus tinggal di dalam periuk. lama kelamaan air di dalam periuk itu mendidih dan katak A yang tidak mahu keluar dari keadaan yang tidak selesa itu mati kerana kebodohan dirinya.

Keadaan kita pada hari ini adalah sebagaimana keadaan katak-katak tadi. Ada yang merasa 'keadaan' sekarang menyebabkan mereka menentang parti yang selama ini menerajui pemerintahan kerana telah merasa bahawa suasana itu tidak sepatutnya berlaku seperti hari ini. dan ada yang membabi buta berfikiran sempit seperti katak A.

Katak A akan sentiasa mencari alasan untuk menyokong fikirannya tetapi katak B memikir secara logik dan ilmiah di atas tindakannya.

Tanggunjawab kita untuk menyedarkan katak A bahawa jika mereka tidak segera berfikir, mereka akan mati di atas kebodohan dan kesombongan mereka.

Cikgu Matematik


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com