Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MENJANA KEMENANGAN BA 2004 ( Khususnya PAS )

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-43 kepada semua rakyat Malaysia kecuali penderhaka dan pengkhianat negara yang dikepalai oleh Si Jahanam PieM Mahajahanam itu.

Daripada analisa Pilihan Raya 1999 dan musim-musim yang lalu, telah dibuktikan bahawa PAS masih gagal meraih lebih sepertiga undi bukan melayu di sesuatu DUN/Perlimen. Malah sesuku pun masih sukar.

DAN salah satu yang jadi punca dan penghalangnya ialah BN telah berjaya mengeksploitasikan dan menyelewengkan fakta sahih/hak tentang ISLAM sebagai ADDIN. Banyak perkara telah ditimbulkan dan dikelirukan oleh BN ( Khususnya UMNOmore ).

Antara yang disensasikan ialah;

1. Soal hudud,

2. Soal keadilan,

3. Soal kemanusiaan & kehidupan,

4. Soal peluang perniagaan,

5. Soal halangan ( haram ) dalam sesuatu hal

6. Soal kebebasan peribadi, berpakaian, amalan adat dan agama

7. Soal ekstrem, pelampau, ganas, fitnah dan bunuh telah ‘lebelkan’ kepada para ulama, ustaz, oranisai dan individu tertentu yang cuba menonjolkan Islam itu sebagai ADDIN.

8. Soal keraguan Islam sebagai ADDIN kerana banyak perkara yang haram telah di’halal’kan dan perkara yang halal telah di’haram’kan oleh kumpulan dan individu Islam

9. Soal jika Islam diamalkan akan menyebabkan perpecahan masyarakat dan permusuhan antara agama dan kaum.

10. Soal jika pilih Islam sebagai ADDIN akan menyebabkan kemunduran dan menghalang kemajuan

11. DAN BANYAK LAGI…………………..

Saya percaya banyak perancangan dan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh para pemimpin BA ( dan khususnya PAS ) untuk menangkis tohmahan dan penyelewengan tersebut. Setakat ini hasilnya kurang memberi kesan kerana masalah berikut;

1. Kebanyakan malah hampir kesemua majlis penerangan dan maklumat yang disampaikan adalah terhad kepada orang islam dan penyokong BA ( PAS ) sahaja.

2. Kegagalan PAS menerangkan dan meyakinkan pemimpin DAP dan pemimpin bukan melayu/islam tentang manisnya Islam sebagai ADDIN. Inilah penghalang utama mengapa kurang tarikan untuk mereka menyokong BA ( PAS ).

3. BN khususnya UMNOmore telah berjaya memaksa dan menekan pemimpin bukan melayu/islam bahawa mereka akan menerima akibat yang tidak menguntungkan dan menyebelahi mereka lagi jika Islam dijadikan sebagai ADDIN. Keputusan mesti diambil….tolak PAS/BA dan pilih UMNO/BN.

4. KeADILan juga gagal memainkan peranan untuk menyebarkan dan menjadi pengantara kepada bukan melayu/islam tentang Islam sebagai ADDIN kerana majlis penerangan mereka tertumpu kepada soal keADILan, kekejaman, rasuah dan penyelewengan.

5. Media komunikasi BA ( PAS ) hanyalah majlis di masjid, ceramah, kaset dan Harakah ( itupun 2x sebulan dan jualan terhad ) dan Laman Pro-Reformasi di internet. TAPI…. Sasaran dan penerima maklumat adalah terhad dan masih juga orang melayu/islam.

6. Perkara pokok yang menjadi batu penghalang kepada bukan melayu/Islam enggan menyokong atau tidak berani menyokong Islam sebagai ADDIN ialah kurang MAKLUMAT SAHIH DAN MASALAH MEDIA KOMUNIKASI.

Kepada Pemimpin BA khususnya PAS cubalah untuk mengambil perhatian dan pertimbangkan cadangan-cadangan dan syor-syor berikut;

1. Rancang dan laksanakan majlis dialog dan penerangan yang berterusan khusus untuk bukan melayu/islam. Mulakan dengan Pemimpin DAP, NGO’s, pemimpin agama, pemimpin pelajar, pemimpin kesatuan, pemimpin persatuan dan ahli-ahli korporat.

2. Terbitkan risalah dan makalah dalam pelbagai bahasa yang menjelaskan tentang Islam adalah ADDIN. Edarkan secara menyeluruh, sistematik dan berterusan.

3. Mendidik dan melatih kaum bukan melayu yang masuk Islam sebagai pengantara dan penyebar maklumat.

4. Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu hendaklah menonjolkan ( bukan menunjuk-riak ) tentang Islam adalah ADDIN dalam pentadbiran dan urusan negeri dan kehidupan. Anjurkan banyak seminar/simposium yang ada klas terbuka kepada semua dan bukan melayu/Islam. Peringkat Antarabangsa lagi baik.

5. DAN semuanya hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Wahai Pemimpin BA/PAS, dengarlah kata hatiku…..

JANGAN LUPAKAN KAMI…..dekati dan ‘berbisik’lah dengan ketua-ketua jabatan kerajaan, swasta, korporat, NGO’s dan kesatuan melayu/Islam, bahawa sokongan mereka adalah kunci utama kemengan BA dan sumbangan mereka sangat diperlukan untuk mempastikan BA akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara menjelang 2004.

“ MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!! AYOH…..MARI KITA MERDEKA DARI KEZALIMAN “

Wassalam

Catatan Kenari2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]