AJAR MAHATHIR BAGAIMANA WANG EHSAN PETRONAS PATUT DIGUNAKAN
( Respon Catatan Mamat Dahlia )
Assalamualaikum……..
Daripada perkembangan semasa, ternyata Si Jahanam Mahajahanam dan pimpinan BN Terengganu sudah gelabah, terdesak, tersepit dan sesak akibat pukulan teruk selepas Pilihan Raya 1999. Pimpinan dan barua UMNOmore Terengganu ternyata menanggung musibah yang amat berat dan hebat.
Bayangkan…..jika mereka yang;
1. Selama ini mewah dengan wang KERAjaan menerusi kontrak-kontrak telah kehilangan semuanya.
2. Mewah dan megah selama ini dengan hutang dan mampu membayar dengan ikhsan KERAjaan sudah sengsara dikejar hutang. Nak bayar dengan apa?
3. Biasa hidup mewah dan megah selama ini dengan kedudukan dan harta yang tak habis pakai, kini tidak selesa lagi kerana semuanya sudah serba kurang.
4. Berkuasa dan tunjuk kuasa sudah tiada taring lagi.
5. Dulunya guna wang, harta dan kuasa untuk dampingi dan pengaruhi rakyat kini semuanya sudah habis dan tiada.
6. Dulu boleh guna kemudahan KERAjaan tapi kini…………….?
Oleh yang demikian, maka hanya wang ehsan itulah sahaja yang dapat menyelesaikan atau menurangkan beban dan penderitaan yang mereka tanggung sekarang. Semuanya mesti dilaksanakan walau apa cara sekalipun. Yang penting mereka boleh lari daripada hutang, kebuluran dan kehinaan yang tidak tertanggung.
Kononnya wang berkenaan akan disalurkan terus kepada rakyat adalah Sandiwara Wang Ehsan yang bakal diterbit dan diarahkan agar dengan harapan kerajaan Terengganu mengalami kesukaran mentadbir negeri. Kerajaan PAS akan disalahkan kerana gagal memenuhi manefistonya. Kerana hampir kesemua wang berkenaan akan digunakan sepenuhnya untuk memenuhi kantung Si Jahanam dan baruanya agar dapatlah mereka lari dari diistiharkan bangkraf dan bolehlah terus hidup mewah.
MAKA PENYU PUN MENANGISLAH LAGI…………….
Jika Si Jahanam Mahajaham dan KERAjaannya berkeras untuk tidak membayar royalti atau wang ehsan itu kepada/menerusi Kerajaan Negeri Terengganu maka perlulah Si Jahanam Mahajahanam itu diajar bagaimana wang berkenaan dibelanjakan dengan sebaiknya agar rakyat dapat manfaat dari wang berkenaan.
1. Pastikan Wang Ehsan yang dicadangkan itu digunakan oleh KERAjaan Persekutuan untuk membayar cukai tanah, pintu dan bangunan untuk semua bangunan dan pasarana persekutuan yang ada di Terengganu. Taksirkan….supaya nilainya boleh “cover” bayaran cukai tanah, pintu dan tol jambatan yang telah dihapuskan.
2. Pastikan petronas supaya membayar cukai tanah, pintu dan bangunan untuk semua bangunan dan pasarana petronas yang ada di Terengganu nilainya boleh “cover” bayaran royalti 5% yang telah ditamatkan.
Jika Si Jahanam Mahajahanam dan KERAjaannya serta petronas gagal melaksanakannya juga, perkara drastik berikut mungkin berhasil;
1. Tamatkan lesen stesen menjual minyak petronas
2. Potong saluran paip dari laut supaya tidak naik ke darat. Jika naik, kena cukai tinggi.
3. Kalau boleh halang atau halau petronas dari menjalankan operasi di Terengganu
YANG PENTING……..Bongkar dan dedahkan semua penyelewengan yang telah dilakukan oleh KERAjaan BN terhadap wang royalti sebelum ini.Pastikan rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya tahu bahawa mereka tidak pandai mengendali wang yang banyak malah gelap mata jadinya.
Wahai Pimpinan PAS dan Rakyat Terengganu,
Fikirkanlah………..agar Si Penyu Tidak Menangis Lagi……………..
Wassalam.
Catatan kenari2000