Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Madey semakin panas ... Fahamlah ia bahawa dialah liabiliti

Kempen mengemaskini keahlian UMNO yang dikatakan mempunyai keanggotaan lebih kurang 2.8 juta orang Melayu, telah gagal sama sekali. Tarikh tutup pengemaskinian keahlian tiada had tempoh. Tidak berani Setiausaha Agung UMNO mengumumkan tarikh tutup penghantaran borang tersebut. Pos Malaysia beruntung kerana jualan setemnya mencecah ke angka RM1.68 juta (2.8 juta X RM0.30 X 2). Mana tak untung, pos sahaja RM840 ribu, di campur pula dengan setem RM0.30 yang disertakan bersama sampul jawapan. Bertuahnya Pos Malaysia kerana UMNO telah membeli setem-setemnya dengan begitu lahap sekali.

Penulis juga telah menerima borang keahlian UMNO untuk dikemaskinikan. Pelik bin Ajaib kerana penulis tidak pernah mengisi atau menandatangani sebarang borang untuk menjadi ahli UMNO Baru. Kalau UMNO Dato' Onn, penulis memang pernah memohon menjadi ahli, tetapi tidak pernah menerima sebarang jawapan sama ada permohonan penulis itu berjaya atau tidak. Agaknya permohonan tersebut ditimbang dan diluluskan pada zaman UMNO Baru.

Borang pengemaskinian semula keahlian UMNO yang dikirim kepada penulis tiga bulan yang lalu masih elok dalam sampulnya. Masih terletak di hujung meja buat pelapik bekas air suam ... Penulis tidak pernah berhasrat mahu mengeposkannya kembali, apatah lagi untuk mengisinya. Pernah seorang rakan mencadangkan agar diposkan kembali dengan menggunakan nama ANWAR B. IBRAHIM dan beralamat di SG. BULUH. Penulis menjawab, "Mahu mati ke? Ko tengak kat belakang borang tu, terpantak nama aku ... senangle deme kesan aku nanti". "Ala, fotostat le dulu". "Tak sior aku, buat buang masa aku aje".

Ada juga kawan-kawan di kampung yang bertanya sama ada perlu atau tidak mereka mengeposkan kembali borang tersebut. Penulis mencadangkan agar mereka poskan kembali. Tujuannya adalah untuk mengelabui UMNO ... untuk mereka menerima habuan yang mungkin diberi oleh UMNO. Maklumlah mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Penulis tidak mahu mereka hilang habuan semata-mata kerana mereka bukan ahli UMNO. Tetapi mereka tetap bertegas tidak mahu mengeposkannya. Syabas kengkawanku di kampung...

Semalam, aku menerima maklumat dari sumber yang boleh diakui kebenarannya, yang Pejabat UMNO hanya menerima tidak sampai 20 peratus jawapan dari 2.8 juta surat yang diposkan. Bermakna hanya 560 ribu sahaja yang memberikan tindak balas. Difahamkan lebih tiga perempat daripada 560 ribu itu, menulis jawapan yang bukan-bukan. Mencaci dan mengutuk UMNO serta Madey .....

Madey sedar bahawa dia adalah liabiliti atau sampah kepada UMNO. Madey sedar bahawa UMNO tidak boleh diselamatkan lagi selagi adanya beliau di pucuk pimpinan UMNO. Bahkan Madey juga sedar bahawa UMNO akan mati sebaik sahaja beliau tiada di puncak kuasa. Madey mahu berundur tetapi tindakan mahkamah memenjarakannya nanti amat menakutkan. Tetapi Madey tiada pilihan ... Madey amat takutkan tarikh 20 September ... Tarikh ini menjelang lagi ... dan bersama tarikh ini, Madey mungkin sedang mempertimbangkan hasrat untuk membawa diri ....

.... silakan Madey .....

Wallahualam.

Mat Deghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]