Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Bukti UMNO terpinggir dan MENGACAU

Salam hormat pembaca budiman.

Pada 15 September 2000 (Jumaat) saya ke stadium Kuala Kubu Baru. Tujuan saya untuk berjumpa rakan saya seorang AJK UMNO Bahagian. Disamping itu ada sambutan kemerdekaan peringkat daerah.Tentu saya banyak mendengar cerita dari Hulu Selangor.

1) Semasa perbarisan akan bermula terdengar olih saya pengumuman olih saudari pengacara menyatakan Kontijen UMNO masih tidak ada di padang perbarisan.Keanggotaan seramai seratus orang. Pada pandangan saya hebat juga UMNo Hulu Selangor ini.Agak terkejut saya bila menyaksikan keangotaan perbarisan UMNO jauh dari pengumuman yang di buat.Lebih malang lagi jika di bandingkan dengan penyertaan dari MCA , MIC dan GERAKAN.Kemana pergi ahli UMNO Hulu Selangor yang begitu ramai.Mungkin merika segan untuk berbaris atas nama UMNO sekarang ini.Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian juga tidak ada pada hari tersebut.Dengar khabar pergi makan angin ke AUSTRALIA.Ketua-ketua MCA , MIC dan GERAKAN ada pula.Mungkin ini satu sebab ahli tak berbaris kerana ketua merika tidak ada untuk menerima tabik hormat.

2) Berita kedua yang saya dengar , seorang ketua cawangan juga merupakan ketua kontijen UMNO pada hari tersebut telah membuat perubahan di tempat beliau.Ketua UMNO Cawangan ini telah berjaya merombak Jawatan Kuasa Surau di cawangan beliau.Yang paling geli hati saya adalah senarai AJK Surau di kemukakan olih beliau sendiri.Ada yang tidak ke surau pun di jadikan AJK.Imam lama dan pengerusi di katakan mirip pembangkang. Yang aneh pula pemuda cawangan beliau terbiar begitu saja. Walau pun masih muda ,menjadi ketua cawangan kerana ahli-ahli tidak hadir mesyuarat tempuh hari.Cawangan ini tidak membuat mesyuarat WANITA dan PEMUDA dulu , cuma teus mesyuarat CAWANGAN. AJK cawangan pula sampai kini masih berterabur.

beginilah corak UMNO waktu kini .....

Melayu Lama


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com