Fobia adalah ketakutan yang bersangatan dan berterusan
terhadap sesuatu objek, situasi atau pun aktiviti.
Ketakutan yang bersangatan dan berterusan ini
menyebabkan pengidapnya akan mengalami ketegangan
hidup. Ahli psikologi mengesan tiga jenis fobia yang
utama. eSimple phobiasf [fobia kecil] ialah
ketakutan terhadap sesuatu objek atau situasi seperti
haiwan, ruang tertutup dan ketinggian. Jenis fobia
yang kedua ialah eagoraphobiaf, iaitu, ketakutan
tempat yang terbuka, publik dan situasi [seperti
kenderaan awam dan pusat membeli-belah yang sibuk].
Manakala, fobia yang ketiga adalah esocial phobiasf,
iaitu, ketakutan terhadap perbuatan bodoh dan
memalukan dalam situasi sosial.
Saya mengambil definisi ini daripada Microsoft Encarta
Reference Suite 2001. Barangkali penterjemahan saya
ini masih ada kekurangannya tetapi saya kira sudah
cukup baik untuk memulakan perbicaraan dalam realiti
yang menimpa Malaysia hari ini. Saya kira ahli
psikologi masih belum ketemu dengan kes yang
melibatkan kesemua fobia ini dalam suatu masa atau
suatu objek. Namun, hari ini, mereka boleh menemui kes
yang terbaru yang saya simpulkan sebagai parti
serbafobia.
UMNO hari ini sudah bertukar menjadi parti serbafobia
sejak Dr. Mahathir mengambil alih pemerintahan dalam
parti itu. Kes yang terbaru ialah ketakutan terhadap
Kerajaan PAS Terengganu dalam penyelewengan royalti
minyak yang sepatutnya diterima. Oleh itu, Dr.
Mahathir cuba memutarbelitkan kenyataan sehingga
memberikan definisi baru terhadap royalti. Hari ini
royalti sudah menjadi ehsan, tidak lagi sebagaimana
yang sepatutnya difahami oleh ahli bahasa dan
undang-undang.
Jenis fobia pertama, iaitu, esimple phobiasf sudah
lama dialami oleh UMNO. Fobia ini pada mulanya
hanyalah tertuju pada PAS sehingga parti itu
menimbulkan ketakutan terhadap Dr. Mahathir dan UMNO.
Tidak hairanlah andainya kita melihat perhimpunan
agung UMNO dipenuhi oleh kutukan terhadap PAS
seolah-olah agenda utama dalam perhimpunan tersebut
adalah PAS, bukannya hala tuju UMNO. Apatah lagi
apabila Anwar Ibrahim dizalimi, maka fobia ini
bertambah kepada Anwar, Azizah dan Keadilan. Begitu
juga, dalam masa yang sama fobia UMNO terhadap badan
kehakiman, institusi pendidikan tinggi, institusi
Islam dan ulamaf serta para akademik. Jadilah
esimple phobiasf ini sebagai ecomplex phobiasf
kerana UMNO sudah berubah menjadi parti yang
serbafobia terhadap setiap perkara.
Jenis phobias kedua juga sedang meresap dalam tubuh
UMNO sekarang ini. Apa jua keterbukaan menjadi
ketakutan yang keterlaluan terhadap parti itu. Orang
ramai yang berkumpul dan berhimpun di dataran adalah
fobia kepada UMNO sehingga 14 Gelita belum lagi gelap,
tetapi Dr. Mahathir sudah terketar-ketar untuk
berhadapan dengan tarikh itu. Hari ini, sebarang
perhimpunan yang terbuka sudah menjadi eharamf di
sisi UMNO melainkan yang dianjurkan oleh parti
serbafobia itu sendiri. Malah, perhimpunan hari Jumaat
juga sudah menjadi ketakutan kepada UMNO apabila usaha
untuk menakluk institusi masjid giat dilaksanakan.
Antaranya adalah penyelarasan khutbah Jumaat supaya
perbicaraan pada perhimpunan Jumaat dapat diarah
kepada suatu topik yang etidak berbahayaf kepada
negara [baca: Dr. Mahathir dan UMNO].
Manakala fobia ketiga iaitu, esocial phobiasf juga
sedang melanda kepada pemimpin UMNO. Fobia ini
sebenarnya tidak terasa tetapi zahir berdasarkan
kenyataan-kenyataan bodoh dan melucukan daripada
pemimpin UMNO. Amanat Hj Hadi adalah antara simptom
fobia ini ada pada UMNO. Begitu juga Tragedi Grik dan
Sauk, walaupun masih dalam perbicaraan mahkamah tetapi
tanpa sebarang arahan, rakyat seolah-olah sedang
bergelak-ketawa hari ini. Begitu juga ucapan-ucapan
dangkal daripada pemimpin UMNO tidak memperlihatkan
kematangan dan kewibawaan mereka, bahkan
merendah-rendahkan mentaliti pemikiran mereka sendiri.
Justeru, saya menyimpulkan UMNO sudah dilanda penyakit
serbafobia. Ahli psikologi alaf baru ini amat
beruntung kerana dapat bertemu dengan kes yang amat
jarang berlaku ini. Sepatutnya, usaha untuk mengkaji
penyakit ini harus giat dilakukan sebelum ia bertukar
menjadi masalah yang tidak dapat diubati lagi. UMNO
sebagai parti serbafobia harus ditangani bersama
kerana ketakutan ini akan membabitkan rakyat jelata.
Saya kira segala tindakan-tindakan UMNO hari ini
berpunca daripada penyakit psikologi yang tidak
ditangani dengan baik ini.
Barangkali, Annuar Musa melihat penyakit ini sehingga
cuba melahirkan penentangan dari dalam, melalui
artikelnya, Mencipta Semula UMNO. Malangnya, penyakit
serbafobia ini tidak dapat sembuh hanya melalui
artikel. Jalan penyembuhan yang sepatutnya diambil
dalam pemilihan baru-baru ini telah dilepaskan begitu
sahaja oleh para perwakilan. Apa yang berlaku,
perwakilan hanya membiarkan serbafobia ini terus
melanda dalam parti itu.
Serbafobia ini akan mewujudkan ketegangan dalam UMNO.
Akhirnya, UMNO akan mengambil tindakan yang silap
sehingga meruntuhkan kekuatan parti itu sendiri.
Masanya sudah hampir tiba untuk menyaksikan UMNO
mencapai tahap kemuncak dalam serbafobia itu. Pada
waktu itu, Mencipta Semula UMNO hanyalah artikel yang
mengisi arkib negara kerana UMNO sudah tidak boleh
lagi diselamatkan!
Hj Mohnas
=====