Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Munafik menganjur program Islam

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Hari ini di akhbar Malaysia melapurkan ucapan perasmi musabaqah Al Quran dengan antara lain katanya:

1. Salah faham Islam mesti dibetulkan.

2. ulamak harus mengajar umat Islam dengan ajaran Islam yang betul.

Mari kita semua mengambil iktibar dan pengajaran , supaya dapat kita memperbaiki peribadi kita , mengikut ajaran Islam, dan tidak berperangai seperti orang munafik.

Antara sifat-sifat orang munafik.

1. Bila bertemu dengan orang beriman , merekapun mengaku beriman.

2. Mereka akan berbuat apa yang di buat oleh oarang mukmin.

3. Orang mukmin sembahyang, mereka pun sembahyang.

4. Orang mukmin buat kebajikan, mereka pun buat kebajikan.

5. Tetapi bila mereka pergi kepada puak mereka, dia akan bertukar dan mengikut perangai mereka pula.

6. Jika orang kafir berjudi, minum arak, mendedah aurat dan melakukan maksiat, dia pun ikut juga.

7. Orang bersifat munafik ini mengajak orang buat maksiat .

8. Orang bersifat munafik ini mencegah orang untuk taat & beriman kepada Allah dan mengamalkan Islam.

9. Menjadi agen melakukan maksiat.

10. Penganjur program maksiat.

11. Lain dengan sifat orang fasik, walaupun tidak mampu berbuat baik, tetapi mereka akan menghalang orang dari berbuat jahat.

12. dan tidak menghalang orang berbuat baik.

13. Orang munafik tadi, sifatnya mereka lupa Allah, dan Allah lupakan mereka.

14. Munafik itu sifatnya - melahirkan suasana Islam tetapi menyembunyikan kekufuran.

15. Hakikatnya orang munafik itu adalah kafir.

16. Contoh, merekalah penganjur Forum Islam, berarak maulidur Rasul, penganjur musabaqah Al Quran, berucap Islam di masjid atau surau... tetapi selepas itu menjadi penganjur maksiat, seperti tarian mendedah aurat, acara musik haram, majlis bercampur lelaki perempuan tanpa aturan khas , anti sunnah Rasul dlln.

BAGAIMANA MELAWAN MUNAFIK

1. Boikot program maksiat mereka.

2. Lawan program maksiat, mungkar dan thoghut mereka dengan mempromosikan program Islam.

3. Firman Allah SWT bermaksud : " Hendaklah kamu memerangi mereka, jika mereka memerangi kamu"

Sekian, Wassalam.

Muawiah


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com