Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Ghani Ditimpa Kemalangan

Oleh Ummu Natasya

BUKAN tujuan bertepuk sorak bila mendengar orang ditimpa musibah, tetapi cuba perhatikan apa yang terjadi kepada mereka yang beria-ia menghina, memfitnah dan menuding jari menyalahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tetapi ini sekadar ingatan kepada mereka yang masih terus memfitnah, menghina dan menginjak-injak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Terbaru, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman yang pernah mendakwa Dato' Seri Anwar cuba memperalatkan 'orang Johor' untuk kepentingan politiknya, sekali lagi cedera di pergelangan kaki kirinya ketika bermain badminton pada Pesta Sukan Umno Johor (Sujor), di Stadium Keluang, Ahad, 24 September 2000 lalu.

Pakar Perubatan Perunding Hospital Sultanah Aminah (HAS) Dato' Dr. M Singaraveloo berkata Abdul Ghani dirawat kerana kecederaan achilles tendon.

Di kalangan Exco Pergerakan Pemuda Umno, mereka yang menghina Dato' Seri Anwar ialah Azizan Yaakob (Pahang) tidak terpilih bertanding dalam pilihan raya walaupun dia adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut dan baru sepenggal menjadi Adun di Pulau Tawar.

Abdul Wahab Din pula tewas bila terpilih bertanding di Dun Kupang dalam pilihan raya yang lalu. Zayadi Awang Noh (Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bachok) langsung tidak disenaraikan dan berkira-kira mahu menyertai keADILan di saat-saat akhir tetapi tidak mendapat respon dari Barisan Alternatif (BA).

Di kalangan anggota MT, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh gagal mempertahankan kerusi MT dan tidak dilantik semula.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad gagal dalam percubaan merebut salah satu kerusi Naib Presiden dan tidak dilantik menjadi anggota MT walaupun dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan.

Dato' Ibrahim Ali tewas dalam pilihan raya di Parlimen Pasir Mas dan gagal memenangi salah satu kerusi MT dan tidak dilantik semula.

Tan Sri Sanusi Junid pula tidak bertanding MT, tidak dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah dan kini menghadapi dakwaan mencederakan dua pekerja KLIA.

Sementara Azizan Abu Bakar yang mengaku diliwat Dato' Seri Anwar kematian isteri dan dipenjarakan kerana mengaku berzina ketika ditangkap berkhalwat.

Dato' Aziz Shamsuddin kematian isteri dan berkahwin juga dengan bekas kekasihnya yang merupakan isteri orang. Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Mohamed Rahmat digugurkan dari kabinet. Abu Hassan tersungkur dengan isu moral dan skandal.

Dato' Hamzah Zainuddin sedang menghadapi tuntutan nafkah dan mutaah dari bekas isteri. Khalid Jefri tidak habis-habis menghadapi saman mahkamah dan hidupnya yang dikatakan mewah tidak begitu tenteram sekarang kerana pelbagai masalah pelbagai kes sedang menanti.

Dato' Fuad Hassan yang didakwa kawan baik Dato' Seri Anwar selepas tewas di Dun Hulu Kelang sibuk ke sana ke mari sekarang dengan kamera untuk menarik perhatian orang ramai kononnya dia tidak ada apa-apa masalah tetapi cukup kecewa kerana tidak dapat jadi Menteri Besar Selangor selepas Dato' Seri Abu Hassan Omar berundur. Fuad juga turut memfitnah Dato' Seri Anwar kononnya dia dapat maklumat dari abangnya Dato' Musa Hassan yang menjadi 'tukang pinda tarikh' dalam pengakuan Azizan.

Dato' Annuar Musa dan Dato' Mustapa Mohamed tewas dalam pilihan raya. Kedua-duanya turut menokok tambah tuduhan terhadap Anwar dalam percakapannya dengan kawan-kawan mereka.

Ini sebahagian dari ingatan Allah kepada manusia supaya tidak berlaku zalim dan menganiaya sesama manusia. Kita tunggu apa akan jadi kepada Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Dato' Dr. Yusof Nor yang turut mempunyai saham memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

habis


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]