Pemberita Nestea.
Selagi Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN serta jongosannya dalam pentadbiran negara tidak diketepikan,langkah susulan berikut untuk tiap tiap parti dalam BA(PAS,KeAdilan,DAP dan PRM)menapak maju untuk mencapai hasrat dan cita cita perjuangan masing masing (jika mereka mahu terus mentafsirkan matlamat perjuangan mereka secara sempit dan tersendiri),tidak bolih, malahan mustahil, dilakukan.Demokrasi tempang serta peraturannya yang diselenggarakan olih Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN tidak mengizinkan pertarungan yang saksama, jauh sekali adil, bagi membolihkan langkah langkah susulan yang terperinci diambil olih parti parti BA dalam mengejar matlamat masing masing.Meruntuhkan kekuasaan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN samestinya menjadi "prakondisi" yang mutlak bagi parti parti BA untuk meneruskan perjuangan mereka dengan berkesan dan positif.
Harapan dan hasrat rakyat, yang mahukan keadilan dan kebenaran ditegakkan,yang terus memberi sokongan yang jitu kapada BA untuk menumpaskan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN pada pemilu ke-11 2004,janganlah dihampakan olih ketidak sediaan kepimpinan dan organisasi jentera BA.Bukan sahaja kelemahan kelemahan yang telah dikenalpasti dari penggalaman dipemilu yang ke-10 mesti diatasi, akan tetapi susunan strategi dan taktik pertempuran yang lebih rapi dan mantap terhadap aspek pembahagian kerusi,persedian calon calon BA,fokus dayausaha dan daya-kerja kapada kawasan kawasan pilihanraya dan negeri negeri tertentu,penyebaran maklumat dan fakta fakta keadaan politik secara meluaskan untuk meraih dan mengekalkan sokongan,dan yang akhir dan yang terpenting, mempastikan perolihan undi sabenar dari sokongan (jangan lagi diberi ruang penipuan olih UMNOB/BN dan SPR)pada hari pemilu kenalah dilakukan dari sekarang jua.Kita mempunyai masa antara 3-4 tahun untuk bertindak untuk merapi dan memantapkan kesediaan pertempuran.Kita mestilah memanafaatkan masa ini sapenuhnya agar kejayaan dicapai.Janganlah kita mensiasiakan peluang yang ada dengan pertelingkahan dan berpolimik politik sesama kita.Dikalangan BA guna-pakailah kebijaksanaan prinsip T.G.Nik Aziz "jangan ada yang terlalu tamak dan jangan pula ada yang terlalu kedekut".Perjuangan kita ini memerlukan banyak pengorbanan dan iltizam yang mantap antara kita.
Kita tidak bolih lagi gagal mengenepikan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN dari tampok pemerintahan Malaysia pada pemilu yang ke-11 KERANA harga yang harus ditanggung, jika gagal, adalah terlalu tinggi untuk ditampung olih kita,anak kita,cucu kita dan berkemungkinan berberapa generasi saterusnya.Jika dikirakan segala perbuatan zalim,boros,rasuah,rakus,dusta,jijik,hina yang telah dan sedang dilakukan olih Mahadead dan regimnya,kegagalan kita terpaksa ditebus bukan sahaja dengan wang riggit dan penderitaan jasmani dan rohani rakyat, akan tetapi bersamanya maruah dan kehormatan diri dan bangsa,nilai sejagat kemanusiaan, dan martabat dan kedaulatan negara serta darah rakyat yang tidak berdosa.Sanggupkah seluroh rakyat Malaysia memiliki "muka tebal" (saperti yang diakui sendiri dimiliki olih Mahadead)apabila dicemoh dan dipinggikan masyarakat dunia?Sanggupkah rakyat diperbodoh dan diadu-dumba untuk berprasangka dan bermusohan kaum yang sengaja ditimbulkan? Bagi orang orang Melayu/Islam sanggupkah kita melihat agama Islam terus diperlecehkan dan aqidah kita dan keturunan kita diselewengkan?Bagi rakyat yang bukan-Melayu pula sanggupkah kita terus diugut dengan 'sandiwara sandiwara' keganasan perkauman dan terus diperbodohkan (lihat ucapan Hari Merdeka Mahadead yang menyamakan Sequi sabagai pengkhianat negara,iaitu KOMUNIS,walhal sebelum pemilu ke-10 tuntutan Sequi diterima untuk mendapatkan undi Cina.Bila menang disanggah pula malahan ditohmah Komunis.Mana MCA,Gerakan dan SUPP yang konunnya pembela Cina?) untuk menyokong regim rakus dan zalim?Rakyat Malaysia dari semua kaum perlu membulatkan tekad agar tidak terperangkap dengan ugutan dan pembohongan Mahadead lagi (kaum Cina juga harus sedar betapa "tuntutan 17" Sequi diterima BN sabelum pemilu ke-10 kini dijadikan isu untuk meraih sokongan Malayu pula olih UMNOB/BN dengan menakutkan orang Melayu agar mencurigai orang Cina).
Rakyat dan negara Malaysia, dibawah pemerintahan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN, telah diletakkan, dan sedang berada, dilembah yang hina lagi mengaibkan ketika ini.Betapa tidaknya???, kerana pucuk pimpinan kita telah ditolak olih masyarakat dunia (tak kira Islam atau Barat) sabagai tidak mempunyai kewiwabaan dan kebolihpercayaan.Barisan pimpinan pemerintahan negara pula terdiri dari mereka mereka yang dayus dan yang tidak mempunyai prinsip hidup,tidak bermoral,pendusta dan pengamal atau pelingdung rasuah.Pasokan keselamatan dan polis negara dianggotai olih manusia manusia yang bersifat binatang buas, (kes-kes penderaan pendatang Bangla,DSAI,penyiksaan OKT reformasi dalam tahanan, pembunohan yang dilakukan berasaskan syak,dan sbg.)sadist, serta berlaku kejam yang diluar dugaan kemanusiaan.Bidang kehakiman dan pentadbiran keadilan negara pula dipenuhi olih pelacur undang undang yang bertindak dan membuat keputusan bukan dengan kewarasan akal dan prinsip asas keadilan tetapi desakan nafsu ego, gelaran,pangkat dan kekayaan harta dunia.Rakyat dan negara Malaysia tidak mungkin turun lebih rendah atau dalam dilembah kehinaan ini yang diseret olih Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN.Soalannya adakah kita mahu kekal dipenghinaan demikian (teruskanlah pemerintahan Mahadead dan UMNOB/BN)atau memanjat keluar darinya kehinaan ini(mestilah disingkirkan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN)?
Kita yakin kesedaran rakyat semua kaum terhadap PENGKHIANATAN yang telah dilakukan olih Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN makin meningkat, khususnya, dikalangan pemuda dan remaja yang berpendidikan.Pada pemilu 2004 adalah dijangka sabanyak 1.5 hingga 2 juta dari golongan ini akan mengundi buat pertama kalinya.Adalah diyakini juga golongan ini akan memihak kepada menumbangkan kezaliman dan menegakkan kebenaran berasaskan perkembangan perkembang semasa.Sunggohpun demikian BA tidak harus mengambil sikap leka terhadap andaian yang diyakini ini, terutamanya, dalam keadaan yang terdesak, Mahadead dan regim zalimnya samestinya berusaha dengan segala tipu helah dan permainan jijik yang tiada batasan lagi untuk meraih sokongan mereka.Tindakkan sedemikian adalah tambahan diatas apa juga praktis kebiasaan tipu muslihat mereka dalam tiap tiap pemilu.
Dalam artikal penulis yang pertama bertarikh 23hb.Ogos,diatas tajuk yang sama,telah dicadangkan empat pekara yang mesti disegerakan tindakan olih pimpinan BA.Cadangan cadangan tersebut adalah:-
1)Ujudkan satu logo/panji untuk BA (agar dari sekarang dihayati olih rakyat sabagai simbol menentang KEZLIMAN).
2)Tubohkan Forum/Badan Resmi BA diperingkat Nasional,Negeri dan Parlimen (agar kata sepakat dapat dicanai antara parti dan ahli BA).
3)Tubohkan Jawatankuasa Peti Undi Kekal BA diperingkat Parlimen,DUN dan Tempat Mengundi (agar memantau perkembangan pengundi dan menyempitkan ruang penipuan undi).
4)Ujudkan Kumpulan "Think Tank" BA diperingkat Nasional,Negeri dan Parlimen (agar dapat digaris pandu tindakan bersama,menjana bahan serta usaha perang saraf,dan menkaji masaalah dan isu isu disemua peringkat dan khususnya diperingkat negeri dan daerah secara ilmiah olih mereka yang berpengalaman serta tidak berminat kapada jawatan politik parti,tetapi mahu turut menyumbang kapada perjuangan).
Penulis juga telah membuat huraian ringkas terhadap fungsi fungsi cadangan diatas dan betapa mustahaknya peranan mereka kapada menjana dan menggemelingkan dayausaha untuk kejayaan kapada BA dipemilu 2004.Alhamdulillah,adalah sangat mengembirakan apabila didapati langkah awal terhadap pekara (2) diatas telah direalisasikan dengan tersebar berita BA (PAS dan DAP serta dihadiri wakil KeAdilan dan PRM)telah mengadakan muzakarah bagi mencapai kesefahaman terhadap tindakan dan peraturan yang hendak dikenalkan olih Kerajaan PAS/BA Kelantan dan Trengganu supaya tidak menimbulkan salahfaham terbuka antara parti parti pendukong BA.Saharusnyalah Forum ini dijadikan satu badan yang kekal dengan perjumpaan perjumpaan yang terjadual untuk mengolah polisi, tindakan dan penyelesaian masaalah bersama.Usaha usaha sedemikian merupakan perkembangan positif terhadap menyediakan BA mengambilalih pemerintahan negara.
Sabagai GERAKAN MASSA POLITIK dalam sasabuah Demokrasi,BA perlu dan wajib memiliki daya mengolah tiga fasek (facet) berikut untuk mencapai kejayaan:-
A)Meraih dan Memperluaskan Sokongan Rakyat (To ganer and widen support).
B)Mengekalkan dan Meyakinkan Sokongan Yang Diberi Rakyat (To retain and to hold on the confidence of support).
C)Mentafsirkan Sokongan Rakyat Kapada Undi DiPemilu (To translate support into votes).
Usaha usaha BA untuk meraih dan memperluaskan sokongan rakyat, secara zahirnya, nampaknya dipermudahkan dengan perbuatan dan tindakan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN yang kian hari kian rakus dan tidak rasional.Mahadead dan regim zalimnya tidak segan silu melanggar segala peradaban dan kesopanan prinsip dan nilai keadilan dan kemanusian sejagat, saperti yang dilakukan dalam peristiwa "sandiwara" perbicaraan dan penghukuman DSAI,memungkiri Perjanjian "royalti petrol" dengan rakyat Trengganu yang telah termenteri,dan berbagai pekara lagi yang,jika diteliti dengan waras,diilhamnya dari perasaan hasad,dengki dan amarahnya.Mahadead bukanlah UJUD sabagai manusia yang dikuasai akal (atau bolih menggunakan akal) yang bolih memimpin TETAPI Mahadead telah dikuasi perasaan yang sangat tercela dan sifat kebinatangan yang amat mendalam dalam segala tindakan dan keputusannya.Pemimpin dan ahli BA tidak perlu sedikit pun mengada adakan "propoganda" bagi tujuan meraih dan memperluaskan sokongan kerana bahan bahan untuk tujuan tersebut tersebar dan tertera luas dibikin olih Mahadead dan jongosan zalim UMNOB/BN.Pemimpin BA dan pejuang pejuang menegakkan keadilan dan kebenaran hanya perlu bercerita yang benar dan tulus apa yang telah,sedang dan akan berlaku dari perbuatan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN kerana rakyat tetap akan mual dan loya mengetahui KEBENARAN KEBENARAN tersebut.Sebarkan maalumat sabenarnya DAN INSYAALLAH sokongan rakyat akan mencurah kapada BA.
Sunggohpun demikian,BA perlulah mengadakan jentera untuk penyebaran maalumat maalumat tersebut kapada rakyat.Untuk tujuan ini adalah disyorkan agar BA segera menubohkan:-
i)Satu Jawatankuasa Penerangan dan Perang Saraf khususnya diperingkat Negeri dan Parlimen.
Haruslah dihayati olih kepimpinan BA bahawa maalumat terhadap perlakuan kejam dan rasuah Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN yang akan bersemadi dalam jiwa rakyat tidak memadai disampaikan dalam ceramah ceramah umum.Kehadiran diceramah ceramah diperhatikan terdiri,pada umumnya,dari penyokong penyokong yang telah pun komitted kapada perjuangan BA.Kehadiran mereka adalah untuk memperolihi maalumat maalumat terkini bagi menguatkan iltizam dari penceramah penceramah terkenal.
Yang perlu dipengarohi adalah mereka yang bersikap 'tidak ambil kisah' atau berada atas pagar atau yang hanya didedahkan kapada media perdana UMNOB/BN saja.Mereka inilah yang mesti dijadikan sasaran olih J/K Penerangan dan Perang Saraf BA,terutamanya diperingkat Parlimen (yang lebih arif terhadap keadaan dan penduduk setempat).Maalumat maalumat dari BA mestilah dihantar kapada mereka khususnya yang berada dikawasan kawasan terpencil dan pendalaman atau yang tidak senang serta liat menghadiri ceramah ceramah.
Media yang paling sesuai bagi tujuan ini adalah risalah risalah ringkas yang diedit secara sempurna olih J/K diatas serta mengandungi isu isu yang bersusaian dengan sasaran.Misalnya,ulasan terhadap perbicaraan dan penghukuman DSAI olih mahkamah "kangaroo" Mahadead yang dibuat olih saorang ulamak terkenal,Dr.Shaik Taha Jabir Al-Alwani,diedarkan kapada orang Melayu dan Islam.Disebalik itu pula artikal artikal yang mengulas tuduhan Mahadead terhadap "Suqui" sabagai komunis pula perlu diedarkan kapada orang Cina dan bukan-Melayu sabagi bukti sifat lidah bercabangnya dan perangainya saperti "anjing yang tersepit" sasudah dilepaskan olih orang Cina.Biar semua bangsa,kaum dan rakyat memahami betapa bangsatnya PENDUSTA MEGA yang berada ditengah kita ini berlakon demi mengekalkan kuasa untuk terus merompak dan menzalimi rakyat dan negara.
Peranan yang dimainkan olih J/K ini disamping memupuk dan memperluaskan sokongan kapada BA (pekara A diatas),ianya juga memenohi sabahagian dari keperluan meyakinkan dan menggekalkan sokongan rakyat terhadap BA (pekara B diatas).Untuk melengkapkan pencapaian terhadap pekara B suka juga dicadangkan agar pimpinan dan ahli BA memberi penekanan kapada pekara berikut sabagai persediaan untuk menumbangkan Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN:-
ii)Menetapkan Agihan Kawasan Kawasan Untuk Dipertandingkan Olih Parti Parti BA Sekarang Ini Juga Serta Mengenalpastikan 2-3 Calon Calon Potensi Bagi Tiap Tiap Kawasan.
Adalah diperhatikan bahawa satu kesediaan (kelebihan-selain dari penipuan dan dengan subahat rasuah SPR dan jentera kerajaan) yang ada pada BN ialah pengagihan kawasan kawasan antara parti parti komponennya memang disefahami.Semasa Pemilu,pada pokoknya, BN tidak lagi bertelingkah tentang pengagihan kawasan.Berhubong dengan calon calonnya pula BN mempunyai mereka mereka yang sudah ditentukan dan kiranya ujud pertelingkahan pekara ini terbatas kapada kawasan kawasan yang mudah dikawalseliakan olih kuasa diktator zalimnya.
Dari pengalaman Pemilu yang ke-10, kecelaruan yang amat menggoncangkan keyakinan dan semangat juang penyokong penyokong BA diatas masaalah dan pekara ini berlaku.Kecelaruan ini jelas sekali menggambarkan ketidak cekapan dan ketidak bijak pimpinan BA membuat keputusan.Adalah menjadi tanda tanya yang membinggungkan asas percaturan BA meletakkan calon DAP dikawasan yang pengundinya lebih 85% orang melayu.Disamping itu pula dikawasan pengundi kurang dari 40% orang melayu diturunkan calon melayu KeADilan dan dikawasan pengundi melayunya lebih 65% melayu dipertarohkan calon Cina dari DAP.Kiranya BA menggunakan satu lambang (pekara ini telah dicadangkan sabagai pekara 1 dalam Bahagian Pertama artikal penulis) besar kemungkinan bolih diterima atas konsep perpaduan kaum (itu pun dari segi real politic sangat menyulitkan).Kita tidak saharusnya memberi handicap tambahan kapada BN yang telah pun mempunyai handicap penipuan yang amat ketara.Adakah BA mempunyai sifat "fatalistic"?
Tindakan BA terhadap pekara (ii) iaitu mengagihkan kawasan antara parti parti BA dan mengenalpasti calon calon dari sekarang jua adalah untuk memantapkan PERSEDIAAN kita pada 2004 untuk menumpaskan Mahadead dan regim zalimnya,satu hasrat yang membolihkan rakyat Malaysia dimerdekakan dari cengkaman rasuah pimpinan,diperbodohkan olih UMNOB/BN,dan cekikkan kuku kezaliman Mahadead.Calon calon BA yang telah dikenalpasti dimestikan menyerlah dalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan dikawasan kawasan mereka agar mereka disenangi dan dikenali olih penduduk setempat.Inilah juga usaha BA untuk melengkapkan usaha bagi mencapai matlamat untuk mengekalkan dan meyakinkan penyokong penyokong yang telah diraih.Disamping itu BA tidak akan dimendungi masaalah pengagihan kawasan dan calon apabila tiba Pemilu.Persediaan ini membebaskan BA dari dikongkong perasaan tidak puashati dan benar benar dapat memberi tumpuan kapada petarungan dengan BN semasa Pemilu.Pemimpin BA harus peka terhadap situasi rakyat dan negara yang amat kritikal kini dan mestilah bertindak secara dinamik dan 'drastic' untuk menjana dan menegakkan Pemerintahan yang ADIL semoga rakyat dan negara diberkati ALLah swt.
Segala usaha usaha kita yang telah disebut diatas,jika terlaksana dan berkesan,akan menjadi sia sia jika kita tidak dapat mentafsir sokongan kapada undi semasa Pemilu.Kita tidak mahu dan tidak bolih gagal lagi pada 2004!Biarlah penderitaan rakyat yang diolah Mahadead dan regim zalim UMNOB/BN ini dibataskan semasa kita saja.Kita mesti selamatkan anak dan cucu kita dari kepedihan kerakusan dan kezaliman Mahadead dan jongosannya.Kita mesti buktikan kita bukan dayus dan tidak mempunyai kewiwabaan.Kita dipihak yang benar!Mengapa kita harus menyerah dan tidak bolih membulatkan usaha dan perjuangan untuk menumpaskan sajenis makluk yang berwajah manusia?Kita ditakrifkan menyerah jika kita dalam BA tidak bolih mencapai kata sepakat dalam menyelamatkan anak cucu kita!Kita dikatakan menyerah jika kita tidak mahu berusaha dengan sasunggohnya.Sedarlah pemimpin BA,bersedialah pemimpin BA.
Dalam mentafsirkan sokongan kapada undi penulis telah mencadangkan agar J/K Peti Undi Kekal BA diperingkat Parlimen,DUN dan Tempat Mengundi (Artikal Bah.1 atas tajuk yang sama pada 23/8/00).Pekara (3) dalam artikal tersebut telah dihuraikan betapa pentingnya J/K ini untuk memantau perkembangan pengundi dan mempastikan ruang penipuan undi olih UMNOB/BN dengan kerja-jahat SPR disempitkan,jika tidak dapat dihapuskan terus.Akan tetapi jika lautan sokongan yang bolih digembelingkan olih BA, Insyaallah, penipuan mereka akan terbantut.Sunggoh pun demikian kita tidak bolih mengenepikan usaha gigih kita.
Tiap tiap satu pekara dan kejayaan mestilah didahului dengan usaha yang gigih kerana usaha gigih itu menjaminkan kesediaan kita untuk bertarung dengan cekap dan hebatnya.Kita pastikan Kesediaan Kita ditahap yang lebih sempurna dari BN dan nescaya cita cita kita akan diMAKBULKAN ALLAH SWT.Kita digerak atas KEBENARAN DAN KEADILAN dan mempunyai SEMANGAT JUANG berpaksikan JIHAD.BN bergerak atas wang dan gelaran dan perjuangan mereka berpaksikan kebendaan.Yang mana lebih UTUH?
ALLAHUAKHBAR!
LAWAN TETAP LAWAN! WASSALLAM.