Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Saranan dan rayuan kepada Ahli Parlimen BA Khasnya dan Kesemua amnya.

Tuan tuan yang Berhormat semua,

Beradanya tuan tuan di Parlimen pada masa ini adalah dengan pilihan para rakyat jelata, yang ini kamu semua harus faham betul betul !!!!!. Matlamat rakyat memilih kalian semua adalah bertujuan untuk mewakili mereka untuk menyampaikan serta menyelesaikan apa jua keperluan dan tanggungjawab kerajaan terhadap mereka.

Salah satu kemelut yang menimpa dan telah berlarutan untuk kesekian lama, ialah ketidak adil kerajaan dalam banyak isu. Pada hemat rakyat, perkara ini telah bertambah parah dan payah untuk rakyat mempercayai akan apa yang terjadi sekarang ini. Ditengah tengah rakyat yang bolih dikata kan tidak ada yang buta huruf dan ditahap pendidikan yang agak tinggi, susah, susah sekali untuk diterima kenapa dan mengapa semua ketidak adilan itu tidak dapat di perbetulkan ??.Kenapa???.

Sebenarnya itulah hikmahnya yang Allah perlihatkan untuk menunjukkan bahawa Ahli yang berhormat yang rakyat pilih selama ini, tidak bertanggungjawab dan amanah kepada janji mereka kepada rakyat. Sepatutnya merekalah yang berhak mempertikaikannya diParlimen dan mempertahankannya selama mana keadaan masih tidak berubah,berterusan memberi tekanan kepada kerajaan untuk memperbetulinya. Apa yang kita lihat, ada ketikanya memang berkobar kobar tapi sekerat jalan saja. Bila isu lain timbul, semua macam lalat pergi urung yang isu baru, yang lama tinggal begitu aja.Apa ni?. Yang berhormat cuba renung sejenak, apa peranan kalian ditengah tengah keadaan rakyat mengeluh kesah dengan keadaan kepincangan mahkamah, BPR, Isu beberapa laporan polis tentang rasuah, ketua negara melalut lalut bercakap yang bukan bukan tentang agama dan sebagainya. Apa yang kalian buat diParlimen? Setakat cakap dan Bahas sahaja? Jadi tak jadi belakang kira? Apa ni ? hah!!!!. Kami dah letih tengok gelagat kalian, cakap bukan main tapi masuk Parlimen 2x5 aja dengan tok mengampu, cuma lain sikit nada dan tempat duduk saja. Sebenarnya kami dah bosan dan meluat kepada semua Ahli ahli yang berhormat. Semua takut nak faham dan tegakkan perlembagaan, kalau faham pun buat buat tak faham. Ada yang lagi teruk, faham benar benar tapi pergi putar alam habis!! bagi menegakkan idea nyanyuk boss dia. Ini lagi tak guna punya YB. Renungi diri selalu. Lain kali fikir habis habis dulu sebelum bakar jambatan, seperti yang di ucapkan diDewan Bahasa pada tahun 86!!!.

Apa yang kalian takutkan untuk membetuli keadaan?, takut tak jadi yang berhormat lagi atau memang tuan tuan semua kaki rasuah dan ada rekod?.Orang tua tua dah berpesan, Berani kerana benar!!! takut kerana salah, jadi YB semua bangun dan tegakkan hak rakyat yang memilih kamu, kamu dan kamu semua. Sanggah dengan berlandaskan perlembagaan, tegak kan kedaulatan Parlimen tempat penentu arah tuju Negara. Sokong jika betul dan sanggah serta tentang habis habisan jika ianya menyalahi hak rakyat dan perlembagaan. Ingat sekali lagi, KALIAN adalah wakil rakyat dan bukannya tuan kepada rakyat!!!!!!. Jika tidak melaksanakan amanah itu, kami rakyat menyumpah kalian dengan sumpah yang paling 'aib sampai tujuh keturunan.

Dari:
Pensil kayu


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]