Assalamua'laikum warahmatullah,
WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM
UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN,
ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?
Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar
Islam, Najeeb Rahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of
Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia
University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan)
Bacalah. Agak panjang tapi sangat menyentuh hati.
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera
keatas
Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga
mereka,
sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.
Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara
rambang
(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar
yang
mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang
Islam
yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet.
Lapuran
bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
pembunuhan-pembunuhan
tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan air mata kita. Dan
kesemuanya
ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang.
Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden
kekejaman
keatas kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa
pernah
berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh
dalam
kekejaman "cuci bersih" ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian
Serbs.
Begitu juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga
telah
"dicuci berseh", dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum
tua
yang tiada berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu
saja.
Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang
Islam
dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang
kali.
Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia?
Kita
boleh persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa
terhadap
Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau
pun
sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau
pun
operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini
SEBAB
MUSABAB YANG SEBENARNYA?
Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova,
saya
dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang
dibunuh
ditanam beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput
dan
busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam
ketakutan,
rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya
suatu
pengalaman yang kuat tamparannya.
Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama
suatu
keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail
dan
anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan
datuk
Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu
dari
perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual mengenai bala
dan
tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum
ditimpa
bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris
telah
menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan
masyarakat
Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs.
Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova
telah
lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang,
tidak
tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum
arak
(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih
ke
masjid.
Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku
pembunuhan
massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana
telah
berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang
alim
(saints) yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti
Kristian
melakukannya didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka
bukannya
menyembah "keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah
melaluinya.
Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada
"inter-mediaries"
atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam
Ismail
adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid
pembunuhan
orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.
Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara
massacre
keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut
telah
menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk
memanggil
orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka.
(Saya
percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan
benci
mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan
mengabaikan
solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).
Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam
(lelaki,
perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan
dan
diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs
dengan
senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.
Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba
sejurus
sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami
hanya
orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai
ke
masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami
yang
bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran,
seorang
pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk
dibakar
buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh
yang
demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api
buat
memanaskan rumah).
Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat
kebanyakan
pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di
kawasan
utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun
majoriti
penduduk terdiri dari orang Islam. Bukan niat saya hendak menjatuhkan
air
muka saudara-saudari Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan
kita
semua kepada pengajaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak
melakukan
kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua yang kami temui, yang
anak
lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta
kami
memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku.
Oleh
itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu.
Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok
beliau
kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya
negara
Islam, walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah
golongan
sekular yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena
mengena
langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi
kebanyakan
orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik
itu
berasingan dan tidak boleh dicampur. Golongan sekular Turkey pernah
berkata
urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar"oleh ajaran
Islam
(seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa
Islam
itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja,
dan
dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah
sekular
Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai
bagi
puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta.
Bagi
golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai
bagi
masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta,
komputer
dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke
atas
penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular
Turkey
sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan
dengan
demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada
mereka
bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUA INI
SAMA
DENGAN KEADAAN KITA?
Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha
untuk
mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan
Turkey.
Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey.
Navahi
mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat
dikenakan
'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey
untuk mengerjakan solat).
Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang
dahsyat
di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi
tersebut,
Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party)
di
apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka
mengundang
perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak
dan
berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang
anggota
pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk
dan
berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian,
lalu
seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu
sambil
mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua
ketawa
terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu
cahaya
berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan
lalu
melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus
kemudian
satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen
dengan
Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik
semacam
salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran.
Wallahu
'alam.
Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa
seorang
Yahudi pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut
dan
gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang
menunaikan
solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin
yang
menetap di dalam qariah."
Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama
mereka
sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru
cara
hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan
antara
Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang
menjaga
keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan
yang
memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran
dan
keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan
mereka,
tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda
semua
SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut.
Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): "Janganlah
kamu
jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian
kamu
kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah
mengetahui
orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan
berlindung
(kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah
Rasul
takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih." (Surah An Nuur
Ayat
63).
Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan): "Maka
tatkala
mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami
tenggelamkan
mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT
tetap
tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo,
Turkey)
telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka
telah
mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan
azab
keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha
Berkuasa
atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam
bentuk
pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak
penyakit,
ribut, taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang
telah
difirmankanNya didalam Al-Quran.
Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih,
maha
pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya
pembunuhan
massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah
SWT
tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Misalnya,
sesetengah
yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka,
telah
melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan
mati
syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu
'alam.
Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari
alam
sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka
dan
mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku
syirik
atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil
mereka
kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu
mereka
terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di
akhirat
nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan
buat
selama-lamanya.
Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua? Kalau kita
percaya
hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai
tragedi
yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat
segala-galanya
adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak
sama
sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas
dan
menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar
dan
menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi
mereka
kerana meraka adalah saudara- saudari Islam kita.
Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan
bala
dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita
dan
mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah
diturunkan
zaman ke zaman.
KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
memohon keampunan Allah SWT.
bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha illallah'
dan
bukan dibawah panji masing-masing.
berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan
PERINTAH-PERINTAH
Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.
Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak
susah,
tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari
diri
dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami
ilmu
agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan
hentikan
bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang
remeh.
Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan
lain-lain
bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman
bahawa
Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu
tidak
terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita
perlu
memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan
seperti
yang dijanjikanNya.
Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah
ke
daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam
Ismail.
Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada
berlaku
pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan
perang,
dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat
itu.
Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu
selama
8
tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita
lihat
adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu
solat
fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan
bukan
hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan
mereka
telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs
telah
ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum
arak
disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh
bom
puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman
arak.
Pelanggannya datang dari kawasan lain.
Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain.
Tidakkah
jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan
bukan
bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan
puak
Kristian Serbs. Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah",
tiada
kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah
SWT
tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat
menyerang
sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran
dan
iktibar.
Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.
Bismillahhir Rahmaanir Rahiim
Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami
kepada
Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami
dan
ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah,
kami
memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang
boleh
memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu,
dan
lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami
berlindung
dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba. Ya
Allah,
hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh
saudara-saudari
Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja
mereka
ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah
bagi
mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya
Allah,
dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk
kami
kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka
dan
tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.
Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya
Allah
kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan
salam
kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam.
Wa
billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu
allaa
ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu
'alaa
Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
CATITAN PENTING:
Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan
membaca
kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara
yang
boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti
dan
tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova,
Turkey
dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah
pun
berlaku di Malaysia dengan berleluasa?
1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan
pihak
berkuasa seolah-olah mengalakkannya.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan
ramai
orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut
shahadah.
Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.
Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali.
Dan
segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan
Kosova
sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan
rambang
untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku. Dan jangan
terperanjat
kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih
untuk
berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita
tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak
isteri
kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari
Allah
seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia
barulah
kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah? Adakah bala dari
Allah
yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia?
Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan
hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali
ke
jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah keatas Malaysia
adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan
keluarga
kita yang akan menanggungnya.
Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana
Allah SWT.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."