Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Raihan Boneka UMNO/Mahathir?

Sebagai warganegara Malaysia, kami rakyat Terengganu juga tidak terlepas dari merayakan Ulangtahun Hari Kebangsaan ke 43 baru-baru ini. Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abd Hadi telah menganjurkan malam di Ambang merdeka di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. Majlis itu dipenuhi dengan sembahyang Isyak dan hajat berjemaah dan ceramah perdana oleh Tuan guru MB dan para Exco kanan. Tepat jam 12.00 malam acara menaikkan bendera, koir dan laungan merdeka dan takbir telah dijalankan.

Malangnya malam kemerdekaan yg sepatutnya melangkau batas politik itu telah dicemari oleh Umno. Umno negeri Terengganu tanpa segan silu telah membelakangkan majlis anjuran kerajaan negeri itu dengan mengadakan majlis berasingan di Batu Rakit. Majlis ini mendapat liputan meluas oleh akhbar sehari sebelum itu. Kakitangan persekutuan seperti KETENGAH telah dipaksa utk menghadiri majlis tersebut. Para hadirin pula telah diberikan sebiji songkok seorang dan dilarang daripada memakai kopiah putih.

Apa yg menarik, utk meramaikan hadirin, pihak penganjur telah menjemput kumpulan Raihan utk mengadakan persembahan selama 15 minit. Penglibatan Raihan di dalam majlis ini amatlah dikesalkan. Mengapa kumpulan nasyid ini sanggup diperalatkan oleh Umno dan membelakangkan kerajaan negeri yg berteraskan Islam? Mengapa Raihan sanggup bersekongkol dgn pihak yg ternyata zalim dan memusuhi Islam. Jika diberi alasan kerana bayaran, berapa sangatlah yg diperolehi utk persembahan 15 minit berbanding maruah ahli kumpulan itu? Sepatutnya Raihan harus mengelakkan diri daripada terlibat daripada majlis seperti itu. Mungkin mereka patut mencontohi sikap Siti Nurhaliza yg tidak lagi terbabit dgn acara-acara kontroversi setelah dikritik penampilannya di Bukit Jalil pada tahun lepas. Raihan seharusnya sedar sebahagian besar peminat mereka adalah anak-anak dan mereka yg menyokong Barisan Alternatif dan pencinta Islam. Jangan sampai kami terpaksa memboikot anda!

Sebelum ini juga Raihan pernah mencetus kontroversi dengan lagi 'Bersatu' yg seolah-olah mengikut nada PM Mahafiraun itu. Jika dilihat apa yg berlaku di Trg baru-baru Raihan sebenarnya mengajak kepada berpecah belah dgn membelakangkan kerajaan negeri pilihan rakyat dan bersekongkol dgn pembangkang (UMNO adalah pembangkang di Trg). Daripada apa yg dinyatakan saya mula beranggapan, mungkin kerana inilah (sebagai boneka Umno) maka konsert Raihan di Trg sempena maulud nabi dahulu telah dibatalkan dan diganti dgn kumpulan Hijjaz.

Oleh itu di sini saya ingin memberi amaran kepada kumpulan Raihan supaya tidak lagi terlibat dgn apa saja akitiviti Umno atau Mahathir lagi. Kami tidak teragak-agak utk melancarkan mogok kepada anda dan nantikanlah zaman malap anda di arena seni suara.

Kepada reformis dan penyokong BA mari kita sama-sama memboikot kumpulan ini jika mereka masih lagi bersekongkol dgn Umno.

Ingat Raihan, tiada belas kepada penyokong kezaliman.

Lawan Tetap Lawan.

Reformis Trg


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com