Dengar khabar Yusuff Haslam sedang sibuk dengan
pembikinan filem Gerak Khas The Movie. Filem ini sudah
tentunya menujukkan "kehebatan" PdrM. Rasanya para
reformist yg cintakan keadilan patut memboikot filem
ini.
Polis Malaysia hari ini lebih menjaga kepentingan
Mahathir dari menjaga rakyat jelata dan negara.
Lihatlah bagaimana polis begitu 'tekun' menjalankan
ketika Majlis Makan Malam sempena Memperingati
Ulangtahun ke2 Perhimpunan Agung Reformasi di Dataran
Merdeka pada 20 Sept 2000 yg lalu. Berpuluh-puluh
anggota polis berpakaian biasa di tugaskan untuk
mengawal kira-kira 1500 orang rakyat Malaysia yg hadir
hanya untuk makan malam. Mereka lebih sibuk menjaga
majlis makan malam parti pembangkang dari menjaga
keamanan negara.
Dengan penyokong pembangkang bukan main garang mereka
ini. Amat 'tekun' sekali mereka menjalankan tugas yg
'diamanahkan' oleh Pak Lah namun kegarangan mereka
hanya kepada rakyat yg tidak bersenjata. Tapi pada
masa yg sama perairan negara senang sahaja di
cerobohi.
Apakah 'menjaga' penyokong-penyokong pembangkang lebih
penting dari menjaga keselamatan negara? Apakah
penyokong-penyokong pembangkang lebih berbahaya dari
Abu Sayyaf? Apakah penyokong-penyokong BA mengancam
keselamatan dan kedaulatan negara?
Berbalik kepada Gerak Khas The Movie, rasanya jika
kita menonton filem itu adalah sama seperti kita
menyokong tidakan polis yg kejam dan zalim terhadap
rakyat Malaysia selama ini. Bukanlah kita tidak
bersimpati dgn Yusuf Haslam yg kononnya mengeluarkan
belanja hampir RM 1.3 juta untuk filem ini tetapi
setelah melihat tingkahlaku polis selama ini, wajarlah
kita menolak watak polis sebagai hero yg menjaga
keamanan kerana watak itu amat bertentangan dengan
watak polis yg kita temui hari ini.
Dan sudah terdapat banyak bukti, polis Malaysia tidak
lebih dari alat pemuas nafsu Mahathir.
Safia Ashirah
KL