Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon kepada artikel RAKYAT KIAN MELUPAKAN RAJA RAJA MELAYU?

Membaca artikel RAKYAT KIAN MELUPAKAN RAJA RAJA MELAYU? di Mahazalimtwo membuat saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.

Sememangnya apalagi yang perlu kita harapkan lagi dari pada manusia yang bergelar Raja/Sultan itu? Tiada. Tak ada dan tak kan ada (harap hanya buat masa ini). Setelah dua tahun kes DSAI berlalu tiada secebis ayat pun yang kita dengar dari mereka ni. Sudah berjela-jela memorandum diutuskan kepada mereka, namun terus juga sunyi sepi, seperti rumah hantu gamaknya. Sudah puas ribuan manusia yang dilabelkan rakyat dibelasah, dihambat, didera oleh anjing-anjing Mahathir hanya untuk menyampaikan bingkisan gulana rakyat marhain namun Raja/Sultan tetap mendiamkan diri, apakah telah bisu agaknya mereka ni?

Kini … dikertas pembalut nasi lemak akan terpandang kita akan wajah ceria manusia bergelar Raja yang Agong, tersenyum simpul …. bersama rakyat catatnya. Disisi, gadis manis bergelar Permaisuri yang diberi, kedua-duanya berdarah marhain laungnya. Saban hari meronda tanah jajahan dan cuba menyelami masalah rakyat dan dilapur didada-dada akhbar namun seperti selebriti jadinya. Apakah tak terfikir oleh sang Agong untuk membatuk protes dihadapan memanda Mahathir tu, menyuarakan isi hati memorandum rakyat …. katakan … sudahlah memanda, bebaskan DSAI, berundurlah, rakyat dah jelak dengan latah berok kamu! Apakah sang Agong akan jadi seorang pemberani? Pastinya … tidak sama sekali. Tentunya jegilan Memanda akan membuatkan telor kecut sang Agong jadi tembelang. Biarlah DSAI terus dipenjara, aku tak akan hilang istana, biarkan rakyat terus bergelora asalkan aku masih boleh terus bercumbu mesra bersama sang Permaisuri yang ayu. Biarlah tubuh kerepot ini diselimuti kehangatan sang permaisuri bukan berselimutkan jerejak besi. Biar saja aku mati di istana tapi bukan dipenjara.

Bila membuka kertas pembalut belacan yang dibeli tadi, terpandang pula wajah sang Sultan dengan sidang akhbarnya. Jadi tok penghulu Persatuan Tiang Gol Malaysia katanya. Nak pakai player import ke tak nak pakai, yang penting nya permaisuri nya player import Ada burung lang membawa cerita yang tok penghulu ni suka melawat kelab tikam- tikam bila melancung hinggakan ada satu masa tu kerajaan terpaksa ‘bail out’ kalau tak nahas jadinya. Lagi seronok bila lihat lori balak keluar masuk istana. Dah tu suku sakat dapat pula jadi YB. Tok penghulu ada anak yang jadi ketua kampung di persatuan yang sama ….dengar bisik-bisik isterinya bekas orang wayang. Ada skandel juga. Pasu bunga kata ada sang Raja dari negeri Telok Belanga menghambat tok ketua, pasal melukakan hati anakndanya.

Bila buka kertas pembalut ikan kering ternampak pula wajah manusia berambut putih, Sultan Suasa tulisnya. Semua tahu Sultan Suasa bekas ketua pengadil yang ternama. Masa dipadang begitu tegas dengan wiselnya ….. habis semua pemain yang tak ikut aturan dikenakan kad kuning malahan ada yang di kad merahkan. Selepas menggantung wisel jadi pula Sultan Suasa. Bila melihat kamar pengadilnya dijadikan bilik berak memanda, ingatkan dia akan bersuara rupanya 2x5 je.

Moral cerita diatas tu apa? Tentunya kita semua dapat meneka. Apa lagi yang kita harapkan kepada Raja/Sultan di negara ini, semuanya dah duduk dalam poket Mahathir. Mereka ni semua dah dibeli dengan pokok-pokok balak. Bagi mereka yang penting bisnis …. betina ….. kasino, apa perlu dipedulikan rakyat seperti kita ni yang tak mendatangkan hasil kepada mereka. Sudahla jangan lagi kita yang ingin kan keADILan tertegak dibumi Malaysia ini berangan yang mereka ni akan bersuara. Cukup la. Tentu arahnya kita tengok je si beruk di zoo tu, sekurang-kirangnya kita pasti beruk tu sememangnya beruk bukan manusa yang keberukan. Marhain@izzahmail.zzn.com

Suara Rakyat Suara Keramat
Get your Free E-mail at http://izzahmail.zzn.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com