Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Memulihkan sokongan Melayu kepada UMNO melalui krisis Malaysia-Singapura.

Assalamualaikum,

Antara sandiwara yang mungkin dilakonkan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk memulihkan sokongan orang Melayu adalah dengan diungkit isu-isu yang sensitif yang sedia ada atau ditimbulkan isu-isu baru yang membawa kepada suasana hubungan yang tegang dengan Singapura. Lazimnya krisis dengan Singapura akan membakar api semangat nasionalisma yang penuh emosi di kalangan orang Melayu. Ini suatu formula yang sudah diuji dan berkesan untuk membangkitkan semangat Melayu dan mungkin digunakan setelah sandiwara hak keistimewaan Melayu 'back fired'.

Krisis dengan Singapura secara langsung atau tidak langsung lazimnya akan dilihat sebagai isu Melayu lawan Cina. Ini membuat rakyat Malaysia keturunan Cina serba salah tetapi akan membuat orang Melayu melupakan perbedzaan fahaman politik dan perselisehan sesama sendiri untuk bersatu dan berdiri dibelakang kerajaan UMNO-BN.

Berdasarkan hakikat tersebut maka tidaklah boleh diketepikan kemungkinan sudah pun ada perancangan oleh Dr Mahathir untuk ujudkan krisis hubungan dua hala dengan Singapura yang dikira boleh membangkitkan semangat serta menyatupadukan semula orang Melayu dibawah kepimpinan beliau dan UMNO.

Tetapi sandiwara ini perlu kerjasama Singapura. Maka timbul pertanyaan apa faedahnya kepada Singapura.

Ada pendapat kononnya Lee Kuan Yew telah ke Malaysia baru-baru ini untuk, antara lainnya, meninjau bagaimana Singapura boleh membantu UMNO-BN dalam memulihkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu. Singapura sangat bimbang dengan arus kebangkitan Islam di Malaysia dengan trend yang jelas memperlihatkan majoriti orang Melayu sudah memihak kepada BA yang ditunjang oleh PAS. Harus diingat Singapura berulangkali telah menzahirkan rasa bimbang dan terancam kerana negara kepulauan tersebut terletak di tengah-tengah “lautan Islam”. Kepimpinan Singapura pernah mengeluarkan kenyataan jika Malaysia menjadi negara Islam, Singapura tidak akan berlengah dalam melakukan serangan ketenteraan. Malah bukan sahaja Singapura tetapi negara-negara Barat turut rasa kurang senang dengan kebangkitan Islam yang semakin kuat dan memantap di Malaysia.

Untuk memastikan Malaysia tidak akan jatuh ke tangan kerajaan yang ditunjang oleh PAS yang dilihat sebagai ancaman kepada ‘a Chinese Singapore’, maka Singapura sedia membantu UMNO-BN. Begitu juga dengan kuasa-kuasa Barat. Malah Dr Mahathir sebenarnya alat kuasa-kuasa Barat. Ingat tak sejurus selepas Dato Seri Anwar Ibrahim ditangkap pada 20 September 1998 suatu rombongan pelabur dari Amerika Syarikat telah diterbangkan ke KL, dan bersama-sama syarikat-syarikat Amerika yang sudah bertapak di Malaysia secara tidak langsungnya mengisyaratkan sokongan kepada qadam mereka, Dr Mahathir. Janganlah terpedaya dengan segala rhetorik Dr Mahathir yang tak habis-habis membidas Barat itu. Buat kata Lim Kit Siang kalau benar Malaysia hendak dijajah semula oleh kuasa Barat seperti yang didakwa berulangkali oleh Dr Mahathir, kenapa Dr Mahathir teruskan lawatannya ke Amerika Syarikat (yang sedang berlangsung pada masa ini).

Ada desas desus (dari Singapura) kononnya Lee Kuan Yew telah juga menasihatkan Dr Mahathir supaya berundur sekiranya tiada jalan lain untuk menyelamatkan pengaruh dan kekuasaan UMNO. Kononnya Lee Kuan Yew secara “point blank” dan terus terang (without mincing words) menegaskan kepada Dr Mahathir bahawa dia (Dr Mahathir) “must go” kerana dia lah punca majoriti orang Melayu telah bersatu dengan eratnya dibawah panji-panji BA. Saya kurang dapat menerima maklumat ini kerana Singapura telah lama menganggap Malaysia dibawah seorang Perdana Menteri berbangsa India Muslim itu sebagai memberi keyakinan dan guarantee yang lebih dari segi pencapaian kepentingan Singapura dalam hubungannya dengan Malaysia.

Hubungan istimewa (special relations) telah terjalin sejak Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Sememangnya hubungan Malaysia-Singapura tidak kurangnya dengan detik-detik hubungan dingin, persaingan serta pendirian yang bercanggah terhadap sesetengah isu-isu regional dan dunia. Walau apa pun masalah yang timbul, kepimpinan di KL dan Singapura tetap akan mencari penyelesaian damai dan jika sesuatu masalah itu tidak dapat diusaikan kerana pendirian dan kepentingan terlalu luas jurang perbedzaannya (diametrically opposed), maka akan dipersetujui supaya pintu untuk terus berunding tetap akan terbuka.

Kerajaan UMNO-BN di KL dan kerajaan PAP di Singapura begitu kenal dan saling memahami antara satu sama lain untuk memastikan segala isu dan krisis yang timbul itu tidak terjerumus menjadi konflik ketenteraan. Malah kadangkala isu-isu yang sensitif diperalatkan (dengan persetujuan kedua pihak) untuk membantu jiran yang menghadapi masalah dalaman alihkan pandangan rakyat dari masalah yang dihadapi itu. Maka akan diungkit dan digembar-gemburkan isu-isu sensitif seperti bekalan air untuk Singapura, atau isu tanah milek Keretapi Tanah Melayu di Singapura, atau isu tuntutan persempadanan seperti Pualu Batu Putih, atau isu pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat-pesawat jet pejuang Singapura, atau isu-isu perdagangan dan lain-lain. Ada kalanya dengan tak semena-mena dan tanpa sebarang provokasi salah seorang pemimpin Singapura akan mengeluarkan kata-kata yang menghina orang Melayu di Malaysia yang akan mencetuskan rhetorik yang pedas-pedas dari kedua-dua pihak dan membangkitkan semangat Melayu yang berkobar-kobar.

Dalam hubungan antarabangsa, “predictability” itu penting terutamanya diperingkat hubungan antara negara-negara yang berjiran. Kebolehan untuk menjangka, mengamati serta memahami pendirian, ego, kepentingan, ‘eccentricities’, perangai, tingkahlaku negara jiran itu amat penting, dan dalam aspek ini UMNO-BN dan PAP begitu masak dalam memahami satu sama lain. Mereka begitu ‘familiar’ dan mudah membaca pemikiran satu sama lain dan mereka akan saling membantu untuk mempastikan mereka terus berkuasa di sebelah sempadan masing-masing.

Sama-sama kita tunggu samada sandiwara tersebut akan dipentaskan atau sebaliknya. Saya timbulkan perkara ini sebagai “preemptive move” dengan harapan sekurang-kurangnya tidaklah kita mudah terpedaya jika sandiwara itu dipentaskan.

Tarabulsi

3 September, 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]