Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


“Mencipta semula UMNO” karya Anuar Musa langkah mengulingkan Dr Mahathir?

Assalamualaikum,

Artikel “Mencipta semula UMNO" oleh Anuar Musa yang disiarkan oleh Utusan Meloya pada 20 September, 2000 menimbulkan bermacam reaksi, terutamanya di kalangan UMNO sendiri. Ada orang UMNO yang berkata ianya percubaan Anuar Musa yang semakin terpinggir dan diketepikan itu untuk menonjol-nonjolkan semula dirinya dengan artikel yang kontroversial itu. Ada pula orang UMNO percaya ‘yang ditunggu-tunggu sudah tiba’, iaitu gerakan dari dalam parti untuk mengulingkan Dr Mahathir demi untuk menyelamatkan UMNO yang sudah begitu merosot sekali sokongan terhadapnya dari orang Melayu. Di kalangan rakyat pula reaksi yang umum adalah seperti yang tepat sekali dikatakan oleh Wak Amin Sapiro, iaitu dengan sekali gus bertanya,"Apa lagi SANDIWARA Mahathir dengan budak-budak 'bangsawan'nya?"

"Uncharacteristic lah for Utusan Meloya to siarkan artikel macam artikel Nuar Musa ni, unless of course..benda ni satu lagi sandiwara," kata seorang rakan saya.

Memangnya dalam artikel “Mencipta semula UMNO”, Anuar Musa secara kiasan telah menghentam kepincangan pemerintahan Dr Mahathir. Menurut Anuar Musa, perubahan-perubahan 'ad hoc' yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap perlembagaan parti (seperti 'bonus points' dalam pemilihan parti yang semata-mata bertujuan untuk memastikan tiada pertandingan bagi kerusi Presiden) adalah antara sebab-musabab orang naik loya terhadap UMNO.

Dalam era pemerintahan kukubesi rejim kediktatoran Dr Mahathir, memanglah "uncharacteristic" (luar tabiat) di pihak media arus perdana untuk menyiarkan sebarang apa kritikan atau teguran terhadap Dr Mahathir dan UMNO. Begitu juga adalah di luar tabie, mengikut sunnah dan budaya ampu dan anggok yang diamalkan oleh UMNO, bagi mana-mana tokoh parti tersebut untuk mendedahkan pekong parti mereka.

Walau pun saya rasa ini semua suatu lagi sandiwara, tetapi saya menghubungi juga kenalan-kenalan UMNO untuk merisek sedikit sebanyak kalau-kalau ada yang terselindung di sebalik tabir.

Kenalan-kenalan UMNO tersebut memberitahu saya bahawa ramai orang UMNO sangat-sangat mengharapkan artikel Anuar Musa merupakan langkah-langkah awal suatu gerakan dari dalam parti untuk menekan dan memaksa Dr Mahathir dan konco-konconya berundur.

Saya tertarik dengan pandangan mungkin Anuar Musa sebenarnya mewakili pendapat sebahagian besar ahli-ahli UMNO yang sudah sedar bahawa Dr Mahathir dan konco-konconya adalah punca kemerosotan sokongan majoriti orang Melayu terhadap UMNO. Mereka sudah lama sedar tetapi tidak berani bersuara. Segala yang didedahkan oleh Anuar Musa sememangnya merupakan rungutan serta kegelisahan sebahagian besar ahli-ahli UMNO.

Mereka mengesahkan rata-rata dikalangan ahli-ahli UMNO sudah terlalu resah, gelisah dan frus. Mereka dihantui dengan prospek kehancuran kalau terus berada dibawah kepimpinan Dr Mahathir yang sudah tidak lagi dipercayai majoriti orang Melayu.

Anuar Musa yang berada dalam kedudukan 'nothing to lose' dikatakan dipilih untuk 'test the water'. Kalau artikel beliau berjaya mencetuskan gerakan popular (popular movement)anti Dr. Mahathir dari dalam parti, maka pendalang-pendalang yang lebih berwibawa (iaitu Menteri-Menteri dan Menteri-Menteri Besar) akan tampil ke depan untuk memimpin gerakan anti Dr Mahathir tersebut.

Beberapa kenalan seperjuangan dari BA yang maseh ‘maintain’ hubungan dengan tokoh-tokoh UMNO turut mendapat gambaran bahawa langkah Anuar Musa dianggap sebagai percubaan untuk mengerakan suatu ‘internal movement within the party to oust Dr Mahathir.”(gerakan dari dalam parti untuk menyingkir Dr Mahathir). Ada yang merumuskan, mungkin Tun Daim yang berpengaruh dari segi kewangan keatas Utusan Meloya, telah memberi ‘greenlight’ kepada Utusan Meloya untuk siarkan artikel Anuar Musa tersebut. Maknanya, Tun Daim merupakan salah seorang pendalang. Entahlah?

Hanya perkembangan selanjutnya akan dapat mengesahkan samada ini semua sandiwara atau satu gerakan dari dalam parti untuk mengulingkan Dr Mahathir.

Agak penting dikhabarkan di sini bahawa kenalan-kenalan UMNO yang dihubungi beranggapan bahawa kalau Dr Mahathir dapat dihapuskan, ramai bekas ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan UMNO akan kembali. "Fat hopes"? Entahlah.

Mereka anggap yang masuk PAS sebagai sudah hangus dan tidak mungkin kembali kepada UMNO. Tetapi bekas ahli UMNO yang berada dalam Parti Keadilan berkemungkinan besar akan kembali kepada UMNO jika Dr Mahathir dihapuskan. Golongan ‘non-party people’ (yang tidak berparti) yang telah menjadi ahli Parti Keadilan dijangka akan terus menetap dalam parti tersebut. Malah dikatakan ramai dikalangan bekas ahli UMNO dalam Parti Keadilan sudah berulangkali menghampiri rakan-rakan dalam UMNO untuk menyatakan hasrat akan kembali kepada UMNO jika Dr Mahathir digulingkan. Allah SWT sahaja yang mengetahui samada maklumat ini semata-mata propaganda atau ada kebenarannya. Berdoa’lah kita agar tidak berulang peristiwa keji lagi menjijikkan, iaitu menjilat ludah dan membina semula jambatan yang sudah dibakar seperti yang dilakukan oleh Semangat 46.

Tarabulsi
24 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]