Assalamualaikum,
Saya ingin memberi sedikit padangan saya terhadap "Surat Terbuka Kepada
Para Pemimpin PAS"
oleh sdr Muhammad Abdul. Pada keseluruhannya memang ianya baik untuk
diambil perhatian oleh pemimpin PAS tapi satu perkara yang ingin saya
perkatakan ialah tentang pakaian yang harus ditukarkan oleh para
alim-ulama seperti memakai pakaian kot serta bertali leher.
Kalau kita fikir betul-betul sebaik-baik pakaian yang harus kita pakai
ialah pakaian yang menutup aurat serta kemas. Kalau kita hanya pandang
pada pakaian yang dipakai oleh pemimpin Pas seperti berjubah serta
berserban memang sesuai dengan gelaran mereka yang bergelar ulama atau
tok guru. Jadi mengapa mesti menyuruh mereka memakai pakaian lain.
Walaupun tidak salah tapi kita harus ingat itu identiti mereka jadi
mengapa mesti takut kepada mereka yang berpakaian begitu.
Sdr Muhammad Abdul ada mengatakan " Secara peribadi, untuk Abdul Hadi
Awang datang kepada saya dengan niat menegur saya atau menyampaikan
tazkirah mungkin tidak kesampaian. Ini kerana upon seeing him with all
those jubah and sarban dan kadang-kadang dengan wajah seriusnya, I will
first run away from him. Itulah tindakan saya dan rakan-rakan lain
apabila rumah kami diketuk oleh para ‘tabligh’. Mereka gagal menarik
hati kami dengan pakaian mereka, sehinggakan apa yang nak disampaikan
tidak kesampaiaan. Mereka gagal menarik hati kami, kerana mereka amat
berbeza dengan kami dari segi pakaian."
Nampaknya sdr ini cuba menakutkan orang lain tentang mereka yang memakai
pakaian begitu.
Sungguh malang bagi kita umat islam yang masih takut dengan pakaian
jubah serta serban. Bagi mereka yang hendak menuntut ilmu mereka tidak
memandang itu semua yang penting bagi mereka ialah apa yang diajarkan
oleh mereka ini. Bila kita mahu berjaya serta mendapat ilmu yang berguna
kita kena kikiskan sikap sedemikian rupa barulah kita mudah mendapat
ilmu. Jangan pandang pada rupa seseorang itu tapi yang penting ialah
ilmu yang diajarkannya. Kalau kita hanya memandang pada pakaian serta
rupa seseorang itu sampai bila pun kita tidak mendapat ilmu.
Saya sungguh hairan, masih ada juga orang yang dianggap berpelajaran
tinggi tapi masih takut untuk berjumpa dengan orang seperti 'tabligh'
dan orang yang berjubah serta berserban.
Saya ingat mereka yang sombong serta penakut saja lari bila didatangi
oleh golongan tersebut tapi yang peliknya orang yang dianggap
berpelajaran tinggi pun lari, sungguh malangnya kita orang malaysia
kerana ada lagi orang yang bersikap begini.
Kalau pun orang yang berserban dan berjubah datang pada kita, kita
sepatutnya melayan serta menghormati mereka ni mengapa mesti lari !!!
Sedangkan orang bukan islam pun menghormati golongan yang berjubah serta
berserban, inikan pula kita orang islam. Sdr kena fikir baik-baik jangan
sdr marah serta benci dengan seseorang kita terus menuduh orang lain pun
serupa dengan mereka.
Saya harap kita mesti membuangkan sikap negetif kita untuk kita maju
serta berjaya dalam semua bidang. Jangan kita suka bertelagah sesama
sendiri yang akhirnya merugikan kita semua.
Kita kena faham bukan semua orang dapat menerima sesuatu pembaharuan
tapi lama-kelamaan mereka yang menentang ini, Insya-Allah satu hari
nanti terbuka pintu hati mereka.
Kalau ada pun sikap sesetengah kita yang tidak elok janganlah kita terus
mengutuk serta memaki mereka ini kerana bukan semua manusia lahir dengan
sikap yang sama. Ada yang degil,sombong, bongkak dan ada juga yang
sopan, baik serta lemah lembut. Jadi bukan semua manusia mempunyai
padangan yang sama. Itulah fitrah manusia dan untuk mengubah sikap
mereka perlu dengan kesabaran serta kebijaksanaan. Harap padangan saya
ini juga harus difikir secara rasional bukan untuk membela sesiapa
tetapi hanya untuk kita merenung bersama apa yang sebaik-baiknya yang
harus kita lakukan untuk semua umat manusia di dunia ini. Sekian
wassalam dan harap maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana
pihak.
Pemerhati bebas,