Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Berita Terkena 1 : Kerugian Sime Bank dikenal pasti.

Oleh : Camel Waliar

Putrajaya, 25 sept- Gabenor Bank Negara, Dato' Zeti Akhtar hari ini dilaporkan berkata, pihak mereka sudah mengenal pasti punca kerugian SIME BANK yang sehingga menyebabkan Bank tersebut diambil oleh kumpulan Rashid Hussain Berhad (RHB).

Menurut Dato' Zeti, kerugian besar yang dialami oleh Bank tersebut adalah berpunca terutamanya oleh kelemahan undang-undang Malaysia dan Intitusi Kehakiman Negara. Bank ini dikatakan menanggung kerugian akibat peminjam-peminjam utama yang terdiri dari kroni-kroni dan anak-anak Perdana Menteri tidak menjelaskan pinjaman tanpa cagaran mereka yang berjumlah berbilion ringgit. Ini adalah berpunca dari kegagalan pihak bank menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman yang ditandatangani bukan satu memorandum persefahaman (MoU). Oleh kerana perjanjian pinjaman antara mereka tidak dibawa ke Parlimen maka perjanjian tersebut dianggap hanya berstatus MoU. Ketika ditemui, pakar undang-undang rimba negara, Dr Rais Piatu berkata tidak semua perjanjian pinjaman dengan Bank berstatus MoU, cuma perjanjian yang melibatkan kroni-kroni dan orang yang terdekat dengan Perdana Menteri sahaja yang layak menerima pakai peraturan tersebut. Menurut beliau lagi ini adalah sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri yang bergaji rendah tetapi kerja 24 jam sehari.

Berkenaan dengan kerugian oleh Syarikat Perwaja, Dato' Zeti menegaskan adalah susah untuk membawa kembali wang yang disimpan diluar negeri kerana ianya milik bersama Tun Daim dan Dr Mahathir. Apabila ditanya kenapa wang tersebut dibawa keluar negeri sedangkan Tun Daim memiliki International Bank of Malaysia, beliau berkata Mahathir dan Daim tidak percaya untuk menandatangani perjanjian antara mereka berdua di Malaysia kerana ianya hanya satu MoU. Pengarah BPR Dato' Ahmad Jaki apabila ditanya tidakah wujud unsur rasuah dalam kes wang yang disimpan di Bank Pesisir luar negara tersebut, beliau berkata wang tersebut merupakan wang ehsan Tan Sri Eric Chia kepada Mahathir dan Daim-EPF


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]