Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Sumpah Keramat II-Permatang Pauh

Petang semalam, 2 Sept 2000, aku bersama seorang teman memulakan perjalanan ke Permatang Pauh dari Subang Jaya tepat pukul 5.30 petang. Kami tidak sempat untuk menyertai konvoi yang dijadualkan bertolak dari Restoran Jejambat Sg. Buloh pada pukul 4.00 petang.

Dengan kelajuan 140km/jam, aku dan teman menyusuri PLUS Highway dengan semangat yang berkobar. Ceramah-ceramah reformasi menjadi teman perjalanan kami, berselang-seli dengan radio yang kerap kali bertukar gelombangnya.

Demi panggilan reformasi, aku bersama teman membulatkan semangat untuk tidak ketinggalan bersama-sama rakyat Permatang Pauh meraikan ulangtahun kedua gelombang reformasi yang pastinya dimulakan di situ. Tempat di mana gelombang dimuntahkan...Permatang Pauh adalah destinasi kami.

Pertama kali dalam hidup kami....kubu KeADILan akan kami lawati dalam sejam dua lagi.

Perjalanan yang tidak membosankan. Aku dan teman tidak jemu-jemu bercerita sesama sendiri. Dari kisah OSA Ezam sampai cerita Mahadead tak tahu malu pergi juga ke Chicago. Bersama kami juga kaset ceramah Ustaz Akil Hai yang membuatkan kami ketawa dengan ceramah politiknya. Bekas Mat Rock menjadi pemidato yang baik memikat pendengarnya. Menjeling juga kami disepanjang perjalanan...kot-kot terserempak dengan konvoi yang dikatakan bertolak sejam awalnya dari kami. Terima kasih untuk Polis Pencen yang sudah sampai di Permatang Pauh membuat ulasan secara langsung perkembangan di tempat Sumpah Keramat II diadakan. Semakin tak sabar rasanya untuk sampai ke destinasi yang di tuju.

Sampai di Kubang Semang lebih kurang pukul 8.30 pm!!!! Boleh tahan juga Honda Civic aku ni...emmmm!!! Terperasan sendiri. Itu pun berhenti gak untuk Asar, Maghrib dan isi minyak.....

Sepanjang jalan ke tempat ceramah setelah keluar dari Highway Kulim....kurang pula kenderaan nampaknya. Adakah tidak mendapat sambutan....bisik hati aku. Tak mungkin...!!! Sebab aku tahu...rakyat bersama-sama kami pendokong keADILan.

Menyusuri jalan berpandukan bendera KeADILan yang dipasang di tiang-tiang telefon...membuatkan aku akui sendiri...KeADILan dan api reformasi TETAP MEMBARA!!!!!

Sampai di simpang untuk ke tempat ceramah....lebih-kurang pukul 8.45pm. Petugas-petugas mengarahkan kami untuk cari tempat parking kereta yang sesuai. Tidak kelihatan pun anggota POLIS beruniform...lebih-lebih lagi ANJING MERAH FRU!!!! Tenang sekali di sini....

Aku dan teman melalui lorong sempit, yang memuatkan hanya satu kereta. Aku parking agak jauh dari tempat ceramah, walaupun aku tak pasti lagi kat mana ceramah sebenarnya...

Nampak gayanya...kurang betul kereta yang diparking di sekitarnya. Mana orang semua ni???? Ishhhksss.....

Setelah berjalan lebih 1/2 km...kami pun sampai ke tempat ceramah yang nak diadakan. Aku memerhatikan sekeliling. Satu kawasan ladang getah...agak luas, tapi tenang. Pokok pokok getah yang tinggi dan daunnya yang lebat....boleh menjadi payung kalau hujan malam ni...bisik teman aku. Orang ramai cuma memenuhi di bahagian pentas...semua duduk. Dalam lebih-kurang 200 orang....yang lain-lain masih berjalan ke kawasan sekeliling. Cuma...aku rasa kurang juga sambutannya...membuatkan aku mula rasa terkilan. Oh...bangsaku!!!

Pukul 9.20mlm lebih kurang...paluan kompang meriuhkan suasana. Semangat ku bangkit....kelihatan Sdr. Ezam diiringi ke pentas utama dari celah-celah pokok getah....laungan reformasi mula bergema. Orang-ramai mula membanjiri kawasan sekitar..apabila tuan pengerusi memulakan 'pantun alu-aluan beliau'. Aku mundar-mandir memantau keadaan....ternyata ramai yang mula membanjiri kawasan ceramah. Entah dari mana manusia datang....sekejap sahaja halaman luas dicelah celah pokok getah dipenuhi manusia...semua duduk. Aku tersenyum puas....aku bangga...semangat aku kembali bangkit.....nyatalah Permatang Pauh adalah KUBU reformasi.

Aku mencari sesuatu nak isi perut....jumpa juga MEEHOON SUP POWER!!!!Kegemaran aku walau dimana jua aku berada...Chewahhh!!!!Kali ini...sup power dari Penang...bukan Melewar! Sambil menjamah....sayup-sayup di pentas, Gobalakrisnan memulakan ucapan. Power juga bekas setiausaha agung MIC ni....bergoyang pokok getah di buatnya...aku dan teman masih lagi menikmati sup power penang...

Orang semakin ramai...ramai dan ramai....hampir 25,000 memenuhi kawasan sekitar....AKU PUAS!!! Mahadead akan terkencing lagi...apatah lagi PAK LAH yang dok di kampung sebelah.

......ceramah bermula...di pendekkan cerita...lepas Gobalakrisnan, Azmin Ali, lepas tu Ruslan Kasim, lepas tu Kak Wan...lepas tu Ezam. Juga tidak ketinggalan, upacara SUMPAH KERAMAT II PEMUDA KEADILAN diadakan. Juga, upacara penyerahan borang-borang kemasukan bekas ahli UMNO ke KeADILan....semuanya 2000 orang lebih!!!! Juga, upacara melepaskan merpati...simbolik kepada KEBEBASAN hero kita Sdr.Anwar Ibrahim...

Ezam sebagai penceramah terakhir....tepat pukul 12.00 malam ceramah juga bersurai.

Waktu meninggalkan tempat ceramah....baru aku sedari yang manusia yang datang terlalu ramai...sehingga jam jalan keluar. Nasib baik aku parking jauh dari tempat ceramah...selamat!!!! Itulah...kalau selalu sangat pegi ceramah....mesti pandai cari parking!!!

Pukul 12.35am...aku sudah berada di atas PLUS HIGHWAY untuk perjalanan pulang.....Aku puas...reformasi tidak lesu...masih membara untuk pusingan kedua. Aku yakin...dengan sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Permatang Pauh....akan menular ke seluruh negara. Pemuda Keadilan sekarang sedang menjelajah untuk SUMPAH KERAMAT II....

Kita sebagai rakyat Lembah Kelang....marilah ke SUMPAH KERAMAT II di Taman Medan nanti...dan semestinya bersama-sama semua penyokong reformasi pada 20 September 2000...di Stadium Bukit Jalil.

Aku sampai di Tol Subang pukul 3.00 pagi.....cuma aku wonder..sapa lak yang race dengan aku Merc TV 2121...hitam gelap...dan satu mpv yang bersticker reformasi...dia orang masuk ke Jejambat Sg. Buloh setelah constant speed at 160-170km/hr dari Ipoh.....

Sekian...dari hamba....maaf atas laporan yang lintang pukang...

Ucop Demo


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]