Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Islam menjamin penganut lain boleh hidup aman

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa orang bukan Islam boleh hidup aman dan bebas menganut agama masing-masing di negeri ini. Mereka juga mendapat faedah seperti orang Islam termasuk tidak perlu membayar tunggakan cukai pintu rumah kediaman atau rumah ibadat jika mereka masih menerimanya sehingga hari ini. Jaminan itu diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika satu rombongan terdiri dari 15 orang wakil Persatuan Malaysia bagi Agama Kristian, Buddha, Sikh dan Hindu di pejabat Menteri Besar di sini baru-baru ini.

Di majlis pertemuan itu pelbagai persoalan ditimbulkan oleh wakil-wakil berkenaan menyentuh soal boleh atau tidak orang Islam menukar agama, anak dipaksa memeluk Islam, pengabaian tanggungjawab terhadap anak selepas memeluk Islam, menghalang ibu bapa bertemu dengan anak yang sudah memeluk Islam dan lain-lain. Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan Islam menetapkan bahawa hubungan darah tidak akan terputus walaupun anak berlainan agama dengan ibu bapa mereka. Katanya, anak berkenaan sepatutnya mengizinkan ibu bapa mereka bertemu dengannya bagi menyatakan bahawa Islam tetap menjaga hubungan silaturrahim antara anak dan ibu bapa walaupun berlainan agama.

Adapun mengenai boleh atau tidak penganut agama Islam murtad (keluar dari agama Islam) Tuan Guru menjelaskan ia tidak boleh sama sekali kerana apabila seseorang itu memeluk Islam ia terikat dengan prinsip pegangan Islam (tidak boleh murtad) sampai meninggal dunia. Orang yang sudah memeluk Islam perlu bersifat baik dengan bekas isteri dan anak-anak mereka yang belum memeluk Islam.Tanggungjawab sebagai seorang bapa perlu ditunaikan terhadap anak-anakberkenaan.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]