Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


JSR prihatin kepada fakir, anak yatim, ibu tunggal

KUALA TERENGGANU : Sikap prihatin dan mengambil cakna dikalangan anggota Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Kampung Kubang Panjang terpancang dari satu majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Ketika ditemui dimajlis tersebut Encik Abdul Razak Deraman menceritakan bahawa kewangan bagi menyediakan hamper adalah hasil daripada beberapa sumbangan yang telah diusahakan oleh JSR sendiri, termasuklah derma individu, koprat dan sebahagian lagi sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Alor Limbat, Encik Yahya Ali. Encik Alias Said dalam ucapan aluannya mewakili Pengerusi JSR menyatakan bahawa aktiviti ini adalah program tetap dwi tahunan. Ia pernah diadakan di masa yang lalu di tempat yang berlainan. Tahun 1996, sumbangan dihantar dari rumah ke rumah, tahun 1998 dibahagikan di bangunan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) dan pada tahun ini diadakan perkarangan masjid. Pada tahun 2002 akan diadakan di Balai Rakyat (balai raya), yang akan dibina tidak lama lagi.

Puan Zarani mengucapkan tahniah dan syabas kepada JSR dan pemuda yang telah mengadakan program tersebut.Katanya program seperti ini amat baik sekali kerana ia dapat mendekat rakyat dengan pemimpin mereka. beliau turut menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan pemuda dan JSR mengambil berat tiga golongan yang patut diberi pembelaan iaitu fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Yahya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjelaskan, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan mempermudahkan hal ehwal rakyat. kerajaan akan cuba membebaskan rakyat daripada belenggu masalah yang dihadapi rakyat. Kerajaan juga katanya, akan cuba meniru sifat Allah yang memberi rezeki kepada hambanya tanpa memilih anutan mereka,kerajaan juga akan melakukan sedemikian dengan menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa memilih sokongan politik.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]