SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dasuki ahmad lebih bijaksana Daripada Rasulullah s.a.w.?Oleh Abdullah Ngah. Hukuman berhikmah untuk orang murtad ialah tidak boleh membunuh orang yang murtad. Apakah benar ianya suatu hikmah? Mungkin ada diantara anda tidak terkejut dengan kata-kata Datuk Dasuki Ahmad mengenai hukum murtad tidak boleh dibunuh kerana bimbang orang bukan Islam takut hendak memeluk agama Islam. Sebelum ini Dr. Chandra Muzaffa pernah berkata: “tidak ada paksaan dalam Islam ” iaitu Maksud ayat Allah surah Al- Baqarah ayat 228. Maka yang murtad memang tidak boleh dibunuh. Itulah pendapat beliau. Malangnya ada orang Islam yang turut membeli saham itu. Dan marah-marah dengan sebaran yang bermaksud: untuk menjaga agama Islam mengharamkan murtad dan mewajibkan hukum mati keatas orang murtad. Ada juga yang berpendapat kita tidak bijaksana. Dan siapakah yang bijaksana berbanding dengan kita? Rasulullah SAW dan kita? Fikirlah masak-masak- takut-takut pemikiran itu diresapi oleh pemikiran kafirisme. Maklum sahajalah orang zaman ini sudah jadikan ekonomi/wang sebagai tuhan mereka. Sehubungan dengan ayat ini maka difahamkan “tidak boleh bunuh orang yang murtad”. Baru-baru ini Datuk Dasuki Haji Ahmad, setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia pula setuju dengan pandangan tersebut. Dan berkata: “ itulah hukuman berhikmah untuk orang murtad” manakala bunuh orang murtad adalah tidak berhikmah. Persoalan sekarang bagaimana pula dengan maksud hadis yang berbunyi: “sesiapa yang murtad bunuhlah dia”. Apakah yang disebut oleh Datuk Dasuki haji Ahamd lebib berhikmah berbanding dengan yang disebut oleh Rasulullah saw. Apakah kita masih lupa dengan peringatan-peringatan Allah antara lain ialah berita gembira dan berita seksa yang menakutkan. Apakah patut kita sembunyikan berita seksa dan hebuhkan berita gembira sahaja. Kalau begitulah bangaimana hendak kita bandingkan antara gembira dengan seksa yang menakutkan manusia. Kerajaan pernah menyebarkan berita yang sangat-sangat mengerunkan rakyat di negara, malah telah dijadikan undang-undang negara iaitu sesiapa yang didapati bersalah mengedar dadah melebihi daripada yang ditentu akan dikenakan hukuman mati mandotori. Kalau berita ini boleh menakutkan rakyat Malaysia sudah barang tentu orang tidak akan mengedar dadah kerana takut mati. Rupa-rupanya Mereka tidak takut juga, malah kegiatan pengedaran dadah semakin hari semakin meningkat. Walaupun sudah ramai yang dijatuhkan hukuman mati mandutori. Jadi sangat tidak patut kita sebagai manusia yang lemah dan bodoh ini mengatakan hukuman bunuh terhadap orang murtad tidak boleh dilakukan, kerana Rasulullah saw sendiri mengatakan “sesiapa yang murtad bunuhlah dia”. Mengapa harus kita rahsiakan hukuman ini. Apakah ini boleh menakutkan orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Nampaknya ini tidak menakutkan orang bukan Islam Kalau menakutkan mana mungkin semakin hari semakin ramai yang berminat memeluk Islam, kerana mereka tahu bahawa Islam ada panduan dan garis sempadannya. Bermakna hukuman bunuh keatas orang murtad merupakan suatu yang berhikmah dan tidak boleh membunuh itu merupakan suatu bujukan syaitan yang sentiasa menghasut manusia rasok akidah. Rasulullah SAW suruh kita bunuh orang murtad dan kita pula mengatakan tidak boleh bunuh orang murtad. Kita pula mengatakan hukuman kita adalah hukuman berhikmah, manakala hukuman Rasulullah saw seolah-olah tidak berhikmah.Bukankah tindakan ini telah mencabar keputusan Allah dan Rasul? Persoalan yang timbul sekarang ini appakah kita lebih tahu daripada Rasulullah saw tentang hukum hakam yang Allah turunkan. Saya masih ingat dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah lebih tahu diantara kamu semua dengan Allah”. Nampaknya manusia yang bodoh dan lagi jahat ini berindak lebih tahu daripada Rasulullah saw dan Allah. Apakah yang menyebabkan manusia bertindak lebih tahu berbanding dengan Nabi SAW, sedangkan Rasulullah berkata “aku adalah lebih tahu diantara kamu semua”. Memang Datuk Dasuki Ahamd mempunyai alasan bahawa hukuman bunuh keatas orang boleh menakutkan orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Apakah benar hukuman itu boleh menakutkan orang bukan Islam. Atau dia Cuba reka-reka kerana tidak setuju dengan hukuman tersebut? Apakah benar hukuman bunuh itu boleh menakutkan orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.Sila kumpul maklumat yang benar. Kita bimbang maklumat yang dsampaikan itu adalah maklumat palsu. Maklum sahajalah kebanyakan maklumat yang kita terima hari ini kebanyakannya maklumat palsu, hatta dari pihak kerajaan yang memerintah sendiripun. Maklumat yang betul ialah maklumat Al-Quran dan hadis sahaja. Itu sahaja yang boleh kita pakai. Yang lain semuanya palsu. Kalau hukuman bunuh boleh menakutkan orang bukan Islam memeluk agama Islam mengapa Rasulullah suruh hukumnan bunuh dilaksanakan? Bukankah Rasulullah SAW lebih tahu segala apa yang hukum hakam yang diturunkan kepadanya. Kalau hukuman bunuh itu boleh menakutkan orang bukan Islam mana mungkin Rasulullah perintah dijatuhkan hukuman bunuh keatas orang murtad. Tujuan hukuman itu dilaksanakan ialah semata-mata untuk menjaga agama seseorang (sesiapa), bukan untuk menakutkan orang bukan Islam mememeluk agama Islam, tetapi untuk menakutkan orang Islam keluar masuk agama yang pernah dinayatakan oleh Allah didalam Al-Quran sepertimana firmannya yang bermaksud: “Pagi Islam Islam, petang kafir. Petang Islam pagi kafir.” Apakah kualiti manusia ini. Maka hukuman yang paling berhikmah sekali ialah “bunuhlah dia”. Kata Rasulullah SAW. Bukan kata ulama. Manakala tidak boleh bunuh itu adalah katakata iblis yang sentiasa menghasut manusia supaya menjadi sesat sesesatnya. Kita sedar sesetengah orang Islam sudah memahami maksud ayat itu, tetapi masih ramai yang sengaja tidak memahaminya. Tetapi kita kena ingat dengan firman Allah yang bermaksud: “ Mereka bersumpah kepada kamu dengan (nama) Allah untuk mencari keredhaanmu, pada hal Allah dan Rasul itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya, jika mereka adalah orang-orang mukmin” (surah At Taubah ayat 62) “Tidakkah mereka (orang-orang manufik itu) mengetahui bahawasanya barangasiapa menentang Allah dan rasulnya, maka sesungguhnya neraka jahnamlah baginya, dia kekal didalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.” (surah At Taubah ayat 63) Apakah perasaan Datuk Dasuki Haji Ahamd apabila membaca atau terbaca ayat ini. Apakah dia takut. Kalau dia takut mana mungkin dia tergamak mengatakan orang murtad tidak boleh dibunuh, kerana Rasulullah saw sendiri yang berkata demikian. Siapakah dia Rasulullah saw berbanding dengan kita yang bodoh lagi jahiliah itu. Kita lihat firman Allah Subha Nahu Wataala yang bermaksud: “orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi didalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: teruskan ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasulnya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu. Kalau Allah sendiri yang menyatakan demikian bagaimana boleh kita yang jahat ini bertindak tidak setuju dengan apa-apa yang Rasulullah saw nyatakan? Rasulullah adalah pesuruh Allah. Apakah yang disebut oleh Rasulullah saw dianggap tidak berhikmah dan menyembunyikannya itu suatu yang berhikmah? Fikirlah wahai manusia yang jahat lagi zalim. Saya berani mengatakan bahawa Dr. Chandra Muzaffa sudah pasti tidak faham, kerana beliau saudara baru, tetapi orang seperti Datuk Dasuki Ahmad yang mempunyai MA pengajian Islam juga turut sama terperangkap dengan jerangkap samar barat. Pandangan orang bukan Islam sememangnya tidak ada kena mengena dengan Islam, kerana orang bukan Islam mempunyai agenda untuk menghancurkan Islam.Orang Islam tetap orang Islam walaupun kadang-kadang berbeza pendapat dalam perkara furuk. Dalam kes murtad orang Islam tidak harus berbeza pendapat, kerana Rasulullah SAW sendiri suruh kita bunuh. Apakah kita mempunyai hak untuk mempertikaikan hukuman yang telah ditetapkan, walaupun ia sumber hadis, tetapi dia adalah nas yang surih. Apakah kita lebih bijaksana berbanding dengan Rasulullah SAW. Kalau Rasulullah saw berkata: “bunuhlah dia” apakah hak kita untuk mengatakan orang yang murtad tidak boleh dibunuh. Jika orang bukan Islam berkata begitu tidak mengapalah, kerana mereka bukan orang Islam. Malangnya orang Islam sendiri yang berkata begitu, sedangkan Rasulullah SAW sendiri suruh kita bunuh orang yang murtad. Siapalah kita?
Abdullah Ngah.
Diterbitkan oleh : |