SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Cetusan bekas ahli UMNO mengenai SARAssalamualaikum, Beberapa tindakan drastik yang diambil oleh kepimpinan BN khususnya UMno telah membuka pintu hati saya untuk mengundurkan diri dari prjuangan UMNo yang semakin pincang & nyanyuk. Pada mulanya saya mengambil tindakan dengan mengemukakan bantahan diatas tindakan kerajaan menghentikan bantuan perkapita ke atas SAR melalui proses dalam UMNO sendiri. Namun begitu pandangan & bantahan kami sekumpulan AJK dalam cawangan UMNO tidak mendapat tempat dihati Ketua Bahagian UMNO malah kami diugut dengan beberapa ugutan yang tidak manis untuk dihebahkan disini Setelah kumpulan kami bermesyuarat kami telah membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO diatas bukti jelas bahawa UMNO sebenarnya tidak memperjuangkan survival agama Islam yang menjadi teras bangsa Melayu . Sebahagian besar AJK cawangan UMNo kami mengambil tindakan ini ,atas dasar prinsip AGAMA yang kami anuti iaitu ISLAM , lantaran tidak tergamak untuk mengkhianati agama yang kami cinta ini. Saya percaya cawangan UMNO kami akan menjadi satu lagi lakaran sejarah ,yang akan lumpuh sama sekali dengan sepeninggalan kami sebagai tonggak cawangan ini. Insyaallah kami akan akan gunakan segala kemampuan yang ada untuk mewujudkan mini roadshow untuk berjumpa dengan rakan-rakan kami yang masih di dalam untuk meninggalkan UMNO @ menjatuhkan UMNo dari dalaman. Saya mempunyai beberapa bukti yang akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi betapa agenda jahat UMNO untuk melumpuhkan semua organisasi & gerakan Islam di negara ini. Walaupun saya adalah bekas AJK UMNO namun , saya tidak mudah tertipu dengan permainan kotor UMNo yang secara tidak langsung sedang memerangi Islam. Saya ingin menyeru seluruh ahli UMNo supaya sama-sama mengikuti tindakan kami untuk meninggalkan UMNO kerana habuan yang diberi didunia tidak setimpal dengan azab yang akan diterima di akhirat. Janganlah kita menjadi kaki & tangan UMNO untuk menghancurkan Islam kerana pasti kita akan menghadap Allah s.w.t didalam keadaan yang amat kesal. Wahai saudaraku didalam UMNO fikir-fikirkan lah ...hidup ini cuma sementara
Sekian Wassalam
Diterbitkan oleh : |