Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MAHATHIR, SAR, LING dan AH LEK

Mahathir dan Dr.Ling Liong Sik(Dr.Ling) sememang tahu bahawa pengunduran salah seorang daripada mereka akan membawa padah pada parti masing2 malah BN akan berda dalam keadaan nazak. Jadi sebagai jalan keluar,kedua2 pemimpin UMNO dan MCA ini amat berhati2 bila membangkitkan isu ‘letak jawatan’

Rata2 orang tahu bahawa Mahathir akan ‘letak jawatan’ pada bulan Oktober 2003 nanti. Itupun kalau dia benar2 berbuat demikian. Jadi bagi Dr.Ling bilakah tarikh sebenar perletakkan jawatannya ? Tarikhnya adalah dari sekarang hinggalah bulan Oktober 2003 nanti.

Dr.Ling pandai kerana dia yang ungkit kes perletakan jawatannya itu adalah hasil daripada surat yang tak bertarikh yang dihantar kepada Mahathir tahun lalu. Jadi kalau Dr.Ling diberhentikan Dr.Ling akan berkata bahawa dia bukan dipecat Mahathir tapi Mahathir bertindak atas suratnya yang dihantar kepada Mahathir itu. Tengoklah macam mana Dr.Ling memperbodohkan Mahathir!

Dr.Ling memang sedar bahawa dia tidak lagi disikai oleh UMNO dibawah pimpinan Abdullah Badawi nanti. Dr.Ling juga sedar bahawa UMNO sudah meragui kepimpinannya. Dr.Ling tak mahu MCA dipimpin oleh Lim Ah Lek,tapi UMNO lebih suka Lim Ah Lek walaupun UMNO tahu bahawa Lim Ah Lek adalah lebih bahaya daripada Dr.Ling sebagai presiden MCA.

UMNO meragui MCA kerana sikap berbelah bahagi mereka terhadap isu penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik, hinggakan kerajaan dan UMNO terpaksa bertolak ansor dalam beberapa hal berkaitan dengan perlaksanaan program meninggeriskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik itu.

UMNO juga geram dengan Dr.Ling kerana kes ADUN MCA dari Pulau Pinang yang enggan mengundi menentang usul DAP berkaitan dengan penangguhan projek PORR.Walaupun UMNO mau kedua2 ADUN itu dipecat daripada BN tetapi melalui putarbelit Dr.Ling,kedua2 ADUN itu hanya digantung keahlian mereka buat suatu tempoh yang tak dipastikan.

Antara Dr.Ling dan Lim Ah Lek,kalau dihitung populariti mereka dalam MCA,Dr.Ling tetap lebih popular,tetapi dikalangan komuniti orang Cina pula Lim Ah Lek jauh lebih popular daripada Dr.Ling. Dr.Ling bergayut sebagai presiden MCA kerana sebahagian besar AJK MCA itu adalah terdiri daripada orang2nya. Dr.Ling tahu sekiranya dia letak jawatan sebagai presiden;jawatan presiden akan secara otomatik diambil alih oleh timbalannya iaitu Lim Ah Lek. Ini yang Dr.Ling tak mahu dan MCA pura2 buat tak tahu. Mahathir tidak mahu Lim Ah Lek jadi presiden MCA kerana bagi Mahathir,Lim Ah Lek adalah lebih bahaya daripada

Antara Mahathir dan Dr.Ling ada banyak persamaan ibarat kembar siam dari aspek perangai dan tingkahlaku. Kedua2 mereka ini adalah doktor perubatan dan banyak terlibat dengan skandal wang. Kedua2 mereka mempunyai kroni tertentu dan kedua2 telah menggunakan wang rakyat secara haram untuk membantu anak2 mereka. Kedua2 mereka telah menyalahgunakan kuasa masing untuk memperolehi wang bagi menyelesaikan masalah2 yang mereka hadapi.

Sebaliknya Lim Ah Lek macam Abdullah Badawi dianggap‘Mr.Clean’. Abdullah Badawi sungguhpun dikatakan ‘Mr.Clean’ tapi tak sebersih macam mana yang disangkakan kerana Abdullah Badawi juga penuh diselubungi kontraversi yang dilindungi dari pengetahuan umum oleh UMNO,kecualilah kalau kita dapat buka fail peribadinya yang disimpan Mahathir di Putrajaya. Tanyalah askar2 kita apa yang dia buat semasa menjadi Menteri Pertahanan dulu?

Lim Ah Lek sememangnya seorang tokoh politik yang gigih,berwiba dan seorang jutawan. Baginya wang tak jadi masalah. Lim Ah Lek disayangi oleh rakyat Pahang baik orang2 Cina,Melayu atau India. Di mana saja dia bertanding di Pahang Lim Ah Lek tetap akan menang. Dr.Ling tahu,Mahathir tahu dan Najib pun tahu. Inilah yang buat Mahathir pening. Mahathir juga khuatir tentang Lim Ah Lek ini kerana Lim Ah Lek amat bersimpati dengan DSAI dan apa yang terjadi terhadap beliau. Hakikat inilah yang membuat Mahathir tak suka Lim Ah Lek.

Mahathir tahu yang Dr.Ling kerap main ‘wayang cina’ dan Mahathir merestui ‘wang cina’ tersebut kerana Mahathir juga pandai bersandiwara. Mahathir sedar lagi lama ‘wayang cina’ ini dipertontonkan lagi baik bagi Mahathir dan Dr.Ling,inilah win-win situation kata orang putih!

Mahathir tak mahu Lim Ah Lek,UMNO tahu dan MCA tahu. Tapi UMNO marah kerana Dr.Ling suka main kayu tiga,UMNO tak dapat buat apa2 kerana UMNO kena kowtow kat Mahathir. Mahathir sayangkan Dr.Ling walaupun Mahathir sedar Dr.Ling akan merosakkan BN jika kesnya berlarutan. Mahathir juga terpaksa kowtow kat Dr.Ling kerana mahu sokongan orang cina kerana Dr.Ling mempunyai kenalan ramai dikalangan towkay2 cina.

Apa Dr.Ling minta Mahathir kasi. Dr.Ling minta lengah2kan pelaksanaan program menginggeriskan Sains dan Matematik,Mahathir kasi. Dr.Ling minta launching grant untuk Universiti Tengku Abdul Rahman(UNITAR) Mahathir kasi. Dr.Ling minta tanah untuk bina UNITAR,Mahathir kasi.Dr.Ling minta buka MARA untuk pelajar2 cina,Mahathir kasi.

Dr.Ling minta agar kedua2 ADUN di Pulau Pinang tidak dipecat daripada BN,Mahathir kas. Malah apa saja Dr.Ling minta Mahathir tetap kasi punya! Kerana Mahathir tahu betapa pentingnya undi orang cina bagi BN dalam pemilu yang akan datang nanti.

Sebaliknya orang2 Melayu cuba dipinggirkannya. Salah satu usaha yang dijalankan Mahathir untuk menyekat kemajuan masyarakat Melayu ialah dengan membunuh pengajaran dan pembelajaran ugama. Target utamanya ialah sekolah agama rakyat(SAR).

Tiga orang Perdana Menteri sebelum Mahathir tidak pernah usik sekolah SAR ini. Malah kerajaan British sebelum merdeka pun tak pernah kacau sekolah SAR. Tiba2 Mahathir nak tutup SAR,Mahathir tak mahu bagi bantuan pada SAR.

Kualiti pengajian di SAR memangnya cermerlang walaupun ianya ‘dihandicapped’ dengan kekurangan peralatan2,guru2 terlatih,bangunan dan bahan2 pengajaran. Sekolah2 SAR telah menghasilkan keputusan yang cermerlang sama ada diperingkat UPSR,PMR,SPM dan STPM. Malah keputusan setengah sekolah2 SAR ini adalah lebih baik daripada keputusan maktab2 MRSM dan sekolah2 berasrama penuh kerajaan.

Namun itu Mahathir dan UMNO menuduh SAR sebagai sarang latihan pengganas dan kader2 PAS. Walau bagaimanapun tuduhan2 ini tidak disokong dengan bukti2 yang konkrit. Apakah kerana seekor nyamuk habis kelambu hendak dibakar. Janganlah menganaktirikan bangsa sendiri kerana nak raih beberapa kerat undi !!

Mahathir tahu orang2 Melayu dah bencikan dia. Orang Melayu tak setuju dengan program menginggeriskan Sains dan Matematik. Tetapi Mahathir tetap kata orang Melayu setuju dengan program itu. Mereka yang cuba membangkang ditutup mulut masing dengan ugutan menggunakan ISA. Akhbar2 tempatan dipaksa melaporkan sokongan orang2 Melayu 100 peratus. Orang Melayu bukan bodoh dan tak mudah lupa! Selama mana pembohongan ini akan berterusan?

Mahathir sanggup buat apa saja untuk selamatkan Dr.Ling. Mahathir akan buat apa saja untuk raih undi orang cina.Mahathir sanggup buat apa saja untuk mematikan sekolah SAR. Mahathir akan lakukan apa saja untuk nak meyakinkan supaya orang Melayu kembali kepada UMNO.

Kalau Mahathir dan Dr.Ling boleh buat macam2 untuk menghalang Lim Ah Lek jadi presiden MCA,Mahathir juga boleh lakukan macam2 untuk menghalang orang2 Melayu memilih sekolah SAR. Sedar atau tidak hidup orang2 Melayu hari ini ibarat sebagai pendatang di dalam negerinya sendiri. Nak buat itu tak boleh.Nak buat ini tak boleh Nak belajar agama tak boleh. Nak pilih sekolah agama pun tak boleh! Apa yang boleh dalam Malaysia boleh? Tanyalah Mahathir sendiri!

ALI ALLAH DITTA

............................
Catatan : Artikal terakhir Sdr Ali Allah Ditta di laman ini ialah pada 11 Julai 2002




______________________
Terbitan : 17 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com