SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO mencari DSAI atau DSAI mencari UMNO?Kelantan berada dalam genggaman PAS sejak pilihanraya 1990. Dalam tempoh waktu yang begitu panjang UMNO telah berusaha merombak kepimpinannya partinya di Kelantan beberapa kali setiap kali menjelang pilihanraya. Namun PAS tetap memberi pukulan KO kepada UMNO. Kali ini pun UMNO telah menukar pemimpin dengan melantik beberapa tokoh baru yang dikatakan Mahathir lebih beretenaga untuk menentang PAS habis2an dalam pemilu nanti. Apakah perubahan pucuk pimpinan UMNO diperingkat bahagian dan negeri benar2 akan menyuntik nafas baru kepada UMNO? Mengikut Tuan Guru Nik Aziz,Menteri Besar Kelantan menanggap perubahan ini adalah satu gimmik politik UMNO kerana menurutnya perubahan itu hanya melibatkan orang dan bukan dasar perjuangan parti UMNO. UMNO boleh tukar ganti pemimpin2 UMNO yang ada bila2 masa pun,tetapi selagi dasar perjuangan UMNO itu masih sama,rakyat Kelantan tetap akan menolak UMNO. Apa perbedaan Anuar Musa dengan Zahid Ibrahim? Kedua2 mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri yang hendak ditonjolkan. Anuar telah diberi peluang untuk memimpin UMNO Kelantan dan juga menjadi seorang Menteri. Akhirnya apa terjadi ? Kes Anuar Musa masih belum diselesaikan sedangkan rakyat miskin tetap miskin kerana penyelewengan wang PPRT oleh kementerian di bawah Annar Musa itu. Apa yang jelas hanya seorang tokoh UMNO di Kelantan yang masih disanjungi rakyat Kelantan iaitu Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh tetap menang dalam setiap pilihanraya sama ada dia seorang ahli UMNO atau pembangkang – S46 dahulu. Ini bermakna populariti Tengku Razaleigh dikalangan rakyat Kelantan masih tinggi,PAS tahu dan UMNO tahu,tetapi Mahathir pura2 buat tak tahu. Sunggupun Tengku Razaleigh telah menjadi ahli UMNO semula tapi Mahathir tetap pinggirkannya. Hairan juga sungguhpun UMNO tahu ketokohan Tengku Razaleigh,tetapi UMNO lebih suka kepada Zahid Ibrahim. Zahid Ibrahim dihadiahkan jawatan Anuar Musa itu kerana jasanya kepada UMNO dalam menentang pelaksanaan hukum hudud kerajaan negeri Kelantan. Biasanya orang berbudi ini akan menerima habuan sewajarnya. Itulah perangai Mahathir,bukan kerana orang itu berwibawa. Lihat saja pada Aziz Shamsuddin,Tengku Mansor,K.Kayevas,Zainuddin Mydin dan lain2. Apakah mereka ini betul2 berkeliber ? Tanya Mahathir. UMNO tak pernah belajar daripada kesilapan malah UMNO akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan bukan kerana mereka ini tidak mempuyai tokoh2 berkeliber tetapi kerana mentaliti kekronian yang begitu tebal maka cantas mencantas sesama mereka adalah “order of the day” Jadi PAS tak perlu khuatir akan perubahan kepimpinan UMNO Kelantan ini kerana siapa saja UMNO letak untuk memimpin UMNO,rakyat Kelantan akan tetap pangkah bulan jua. Bagi saya perubahan kepimpinan dalam UMNO patut berlaku lama dahulu bermula dengan presiden dan ahli2 MKTnya. Tetapi demokrasi yang dilaungkan UMNO adalah demokrasi ala Mahathir. Mahathir akan mencari helah untuk menggelak pertandingan setiap kali bila nak diadakan pertandingan dalam UMNO. Jadi yang menentukan sama ada pertandingan ini bukan MKTnya,bukan perlembagaan UMNOnya,tetapi keputusan Mahathir yang akan diiakan oleh MKT tersebut. Bagaimanakah pemulihan UMNO harus berlaku? Adakah dengan cara menukar pemimpin dari masa ke semasa seperti yang berlaku di Kelantan itu ? Dan bila pula akan berlaku pada negeri2 lain,walaupun Mahathir telah mengumumkan bahawa negeri2 Kedah,Perlis,Pahang dan Terengganu akan mengalami perubahan pemimpin sebelum pemilu akan datang. Seperkara yang terlintas dalam pemikiran saya ialah apakah DSAI akan kembali ke UMNO atau UMNO kembali ke DSAI?. Satu persoalan yang perlu UMNO dan DSAI fikir masak2. UMNO perlu satu strategi untuk menyatupadakan balik orang2 Melayu,mengambil balik Kelantan dan Terengganu daripada PAS dan mereka tahu DSAI berupaya berbuat demikian. UMNO juga tahu DSAI mempunyai ramai pengikut di negeri Kelantan,Terenganu,Kedah,Pulau Pinang,Perlis dan Pahang. Berupayakah DSAI dan mahu kah DSAI menerima tawaran tersebut? Kalau DSAI balik kepada UMNO di mana UMNO akan letakkan beliau?,dan kalau UMNO balik kepada DSAI ,apakah DSAI akan dilantik Timbalan Perdana Menteri semula? Inilah persoalan sejuta RM yang sukar dicari jawapannya. Kalau DSAI balik kepada UMNO apakah UMNO akan menerima beliau semula? Kalau UMNO terima DSAI semula adakah DSAI akan diletak mengikut status quo lama sebelum DSAI dipecat. Apa yang jelas DSAI tidak keluar daripada UMNO tetapi UMNO yang menggeluarkan DSAI dengan cara yang aib sekali. Mahukah UMNO terima DSAI semula? Kalau UMNO pula kembali kepada DSAI apakah DSAI mahu menyertai parti yang menyinggirkan beliau dahulu? UMNO dalam proses hendak mencari pemimpin yang berwibawa,pemimpin yang boleh memimpin orang2 Melayu khususnya dalam era post Mahathir. Tengku Razaleigh dulu pernah bercerai dengan UMNO. Rais Yatim pernah mendapati jambatan ke UMNO sudah terbakar. Ibrahim Ali pula sanggup kencing di atas kubur Mahathir. Tetapi,akhirnya semua kembali menyembah Mahathir semula dan menjilat kata2 yang telah dilemparkan terhadap Mahathir dahulu. Sanggupkah DSAI berbuat demikian? Yang jelas faktor DSAI adalah penyakit yang besar lagi membahaya yang sedang melanda UMNO ketika ini. Sungguhpun Mahathir,timbalan presiden dan naib2 presidennya cuba menafikan bahawa DSAI sudah lagi tiada menjadi isu kepada UMNO dan orang Melayu. Namun demikian Mahathir,timbalan presiden dan naib2 presiden UMNO tahu dan sedar bahawa faktor DSAI tidak boleh diketepikan. DSAI sentiasa dan akan menghantui UMNO dan Mahathir sendiri. Mahathir boleh sekat DSAI dengan tidak membenarkan DSAI menerima rawatan seperti yang dikehendakki DSAI. Zam boleh buat tomahan tentang betapa mundurnya kawasan Parlimen Permatang Pauh (DSAI bekas MPnya) menerusi program RTM ‘antara dua darjat’nya,namun masyarakat Permatang Pauh tahu nak bezakan antara kebenaran dan penipuan. Zam gunakan ketua2 cawangan UMNO untuk disuruh buat ulasan fasal pembangunan di Permatang Pauh. Takkan orang UMNO ini nak kata kerajaan/UMNO tu tak bagus? Bila menghendaki pendapat orang ramai Zam fokus kepada pelajar2 lepasan SPM yang mengikuti kursus tertentu untuk buat komen. Mereka ini entah daftar sebagai pemilih entah tidak! Demikianlah telatah penipuan RTM dan UMNO yang ditayangkan berulang2 kali kepada rakyat. Mahathir telah menarik samannya untuk menjadikan DSAI muflis kerana DSAI tidak bayar denda yang dijatuhkan mahkamah. DSAI tidak mahu terima notis saman tersebut atas prinsip bahawa penghakiman yang tidak adil. Apakah tindakan ini akan merintis jalan kepada sesuatu agenda UMNO dan Mahathir yang tidak pernah kita duga selama ini? Boleh jadi juga Mahathir ingat duitnya dah cukup dan DSAI tak boleh buat apa2 selagi dia menjadi PM. Jadi apa guna Mahathir fikir untuk mendapatkan denda yang cuma RM 40 ribu sedangkan Mahathir boleh kaut 100 kali ganda amaun itu ! Sebagai permerhati poltik semasa kita tidak boleh elak daripada beberapa kemungkinan ini. UMNO dalam situasi yang genting akan sanggup buat apa2 saja demi mempertahankan kedudukannya. Isu2 bahasa,agama,rasuah,pecah amanah,skandal seks di kalangan pemimpin2nya telah mengoncangkan keutuhan UMNO ke akar umbinya sebagai sebuah parti orang2 Melayu yang mendokong slogan “UMNO terus martabatkan Bangsa,Ugama,Negara Dulu Kini dan Selamanya” Pendek kata UMNO sedang beradu untuk ‘survivalnya’ daripada gelombang perubahan minda di kalangan masyarakat Melayu. Kalau perubahan ini tidak dapat dibendung dan kekuatan UMNO tergugat UMNO akan buat apa saja termasuklah membawa dirinya(UMNO) kepada DSAI bagi menyelamatkannya. Apakah UMNO mencari DSAI atau DSAI mencari UMNO? “Politics is the art of impossible”,kata orang. Apa saja boleh berlaku! ALI ALLAH DITTA
Diterbitkan oleh : |