Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ghafar Baba

assalamualaikum tuan

cerita tentang ghafar baba cukup hebat dari dulu sampai kini. secara jelas saya dapat lihat suatu masa dulu betapa kuatnya ghafar baba dan kuncu2nya mengutuk anwar brahim . seolah-olah dia nampak dengan mata kepalanya apa yang telah berlaku. akhir sekali keadaan yang cukup hina berbalik kepada dirinya sendiri. orang yang dianggap kotor itu kini dilihat oleh mata rakyat sebagai putih bersih . itulah keajaiban Allah yang telah melindungkan anwar ibrahim.

tuan web master

pernahkah tuan menonton berita tv 1/3 yang menyiarkan ucapan ghafar baba di batu kikir , negeri sembilan . tak silap saya berlaku pada tahun 1987 dulu semasa anwar ibrahim nak melawan ghafar baba. tv berkenaan telah menyiarkan ucapan ghafar baba yang berbunyi antara lain " SESIAPAPUN MEMERINTAH MALAYSIA SEKARANG INI , TAK AKAN MAJU TUAN2 . KITA NAK ORANG YANG KUAT BEKERJA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA , TURUNLAH NABI MUHAMMMAD SEKALIPUN TAK AKAN MAJU MALAYSIA TUAN2 . TENGOK SAIDINA UMAR DIA BELANGKONG (pukul) ORANG2 DALAM MASJID SURUH BUAT KERJA ..KITA PERLUKAN ORANG2 YANG KUAT BEKERJA UNTUK MAJUKAN NEGARA KITA .

saya mendapatkan maklumat di atas secara jelas dan merakamkan ucapan tersebut ke dalam pita rakaman . sehingga kinipun pita tersebut masih lagi saya simpan . barangkali perkara ini dapat saya kongsikan bersama dengan sesiapa yang mendapat maklumat tersebut secara lebih jelas .

persoalannya

1. adakah ucapan ghafar baba ini logik/tidak

2. mengapakah seorang tok guru pun tak ada komen perkataannya terhadap nabi saw kita yang mulia

3. perlukah ghafar baba bertaubat kerana berkata demikian

4. adakah apa yang berlaku sekarang ini sebagai balasan terhadapnya

ingin penjelasan

sekian , wassalam

............................
Komen : Dalam agama tiada persoalan logik, sebab itu Saidina Omar telah berkata, jika agama ini di pandang daripada sudut akal nescaya orang tak akan menyampu di atas khauf.(Jika kita memakai kasut semasa sejuk atau dalam peperangan kita tak perlu buka kasut untuk basuh kaki masa ambil wuduk, hanya dengan menyampu di atas kasut. Kalau ikut logik kenapa tak basuh tapaknya, kerana tapaknya yang kotor.)

Kebanyakkan pimpinan UMNO lemah dalam persoalan agama. Mereka menyeleweng dan tak ada ulama disekitarnya yang boleh membetulkan. Ulama-ulama ini kebanyakkannya berkepintingan diri sendiri, akibatnya semua mereka menjadi binasa.

Setiap kesalahan mestilah bertaubat, dan Allah pasti mengampun semua kesalahan kecuali syirik akhbar. Kita biasa mendengar cerita seorang pemuda yang membunuh 99 yang ingin bertaubat dan akhirnya dia masuk syurga.

Balasan Allah memang sukar nak dipastikan tetapi Allah boleh membalas terus, atau membalas secara tersembunyi di mana orang yang dibalasnya tidak menyedari akan balasan Allah s.w.t. Balasan di dunia tanpa disedari ini amat ditakuti kerana orang yang dibalas tidak sedar akan hukuman Allah dan dia tidak menginsafi akan kesalahannya. Wallahualam. - Tok Penghulu




______________________
Terbitan : 17 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com