SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Rakyat Kelantan Dan Trengganu Menjana Ekonomi Negaraassalamualaikum... Nyata sekali niat Mahadeq nak menawan Kelantan dengan apa cara sekali pun. Yang pasti selepas ini Mahadeq akan berkempen ke Trengganu pula. Siapakah yang akan menjadi kambing hitam demi untuk melaksanakan niat durjananya. Walaupun Kelantan dan Trengganu di bawah pemerintaha BA, rakyat kedua-dua negeri tersebut tidak semiskin dan sehina seperti yang digembar-gemburkan. Nyata kedua-dua negeri ini membawa tuah dalam pembentukan negara Malaysia yang tercinta. Jika janji-janji palsu, angan-angan pembangunan yang dimimpikan. Maka bersedialah rakyat di negeri tersebut untuk mengalami petaka yang amat buruk.. Apakah akan jadi dengan penarik beca jika negeri Kelantan / Trengganu membangun dengan pantas.. apakah masalah sosial yang akan dihadapi. Bersediakah kita menerima budaya asing seperti yang terdapat di Kuala Lumpur dicurahkan bersama dengan matlamat pembangunan palsu. Lihatlah semua bagaimana rakyat Kelantan / Trengganu menjana ekonomi negara. Bagaimana bank-bank di Malaysia mendapat faedah bila wang dimasukkan kedalam akaun untuk dihantar kepada keluraga dikampung. Mereka-mereka inilah yang menjana dan memastikan kitaran dan penggandaan nilai wang negara. Apakah akan jadi dengan Syarikat-syarikat bas ekspress milik rakyat Kelatan/Trengganu. Cuba kita lihat, terdapat lebih 50 buah bas yang bergerak setiap hari dari K. Bharu ke destinasi-destinasi seluruh Malaysia. Apakah akan berlaku, jika tiada penghijrahan. Adakah bas-bas ekspress ini mampu menarik penumpang semata-mata untuk makan angin. Jika tiada penumpang, bermakna tiada perniagaan dan akan membawa kerugian kepada syarikat-syarikat pengangkutan. Ini adalah salah satu contoh yang perlu diambil kira. Berilah peluang kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita untuk mencari nafkah. Jika negeri terlalu maju, tidak mustahil kita tidak mampu untuk mengawalnya. Bersyukurlah kepada Allah swt kerana dengan rahmatnya, kerana Kelantan dan Trengganu telah menjadi tenaga penting dalam menjana ekonomi negara. Jangan biarkan Mhadeq dan kroni-kroninya mencemarkan nilai-nilai murni yang ada. Mereka ini hanyalah penyamun yg berusaha untuk merompak kekayaan dan mencari nama yg gah buat diri mereka sahaja. Sayangilah ekonomi negara kita, biarkan ia berkisar dan berkitar sentiasa. Sekian wassalam Ambo
Diterbitkan oleh : |