SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apakah Islam Sebenar?Kita selalu terdengar PM kita melaung-laungkan "Islam Sebenar" sejak kebelakangan ini terutama selepas Peristiwa 911. Kita terbaca Pope John Paul II juga mengatakan "Islam Sebenar" malah beliau mengatakan "Islam Sebenar yang Tulen". Kita menjadi syak yang "Islam Sebenar" BUKANLAH apa yang dianut oleh orang Muslim. Jika kita mencari diinternet dan berjumpa satu website http://www.endera.info/ dengan versi Melayunya http://malay.endera.info/ yang membincangkan "Islam Sebenar" dengan panjang lebar. Rupa-rupanya "Islam Sebenar" itu agama KAUM DAJAL! Menakutkan... Laman web End Era dimiliki oleh orang yang sesat dan tulisannya ditulis oleh penulis yg tak ubah seperti orang gila yang kerasukan syaitan. Penghinaan mereka terhadap Allah, al-Quran dan Rasulullah s.a.w. setaraf dengan yang apa dilakukan oleh Salman Rushdie. Penganut agama sesat ini juga nampaknya mabuk dengan simbul dan kod, seperti golongan Anti Hadis. Pemilik web ini juga sering menyebut dajjal berulang-ulang kali. Sama ada kita sedar ataupun tidak, bahawa mereka inilah sebenarnya dajjal-dajjal yang membawa fitnah menyesatkan manusia. Membaca artikel di web berkenaan hanya kerja sia-sia kerana tiada satupun maklumat dan ilmu berguna yang dapat diambil, malah ia mengandungi segala kesesatan. Kalimah "Islam Sebenar" ini suatu fenomena yang real kerana usaha-usaha memesongkan maksud Islam sebenar ini berlaku di zaman Rasulullah SAW, di mana ada orang yang ingin membujang hingga mati kerana ingin beribadah, ada yang ingin berjaga sepanjang malam dan tidak mahu tidur untuk beribadah dan ada yang ingin berpuasa setiap hari, sepanjang tahun. Selepas itu muncullah gerakan politik, gerakan tasawwuf, gerakan akidah dan gerakan fiqh yang memberi tafsiran tersendiri tentang Islam hinggalah Imam Syaheed Hasan Albanna tergerak untuk mendefinasikan semula Islam dan Imam Albanna mendefinasikan Islam dalam Usyul Pertama (dari 20 Usyul) pada Rukun Faham dalam Risalah Ta'alim. Inilah definasi yang paling komprehensif dan paling tepat mengenai Islam sebenar yang pernah dilakukan oleh mana-mana ulama' pada awal abad ke 20. Mengenai `Islam biasa' yang juga perlu diselaraskan dengan definasi Imam alBanna supaya definasi 'Islam biasa' itu tidak bercanggah dengan definasi Islam sebenar. Ini kerana Islam biasa di Indonesia difahami sebagai Islam Abangan. Kesedaran Islam Sebenar Firman Allah S.W.T.: “Dan manusia itu memohon (datangnya) bahaya, sebagaimana mereka memohon (datangnya) kebaikan dan manusia itu adalah tergesa-gesa." (Surah al-Isra’: ayat 11) “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”.(Surah al-Maidah: ayat 45) Kehilangan Islam dalam praktik hidup masyarakat adalah berpunca daripada penolakan umat terhadap Islam kerana akidah yang lemah. Rasa cinta kepada Islam sebagai cara hidup yang Allah diredhai sudah tiada. Dalam suasana yang Kabur, pendokong-pendokong sistem kini, yang mendaulatkan Din rekaan manusia turut menggembar-gemburkan syi’ar atau lambang Islam di waktu dan ketika tertentu. Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran? Juga ditegaskan bahawa da’i perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syarak dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap bidang. Iman kepada Allah S.W.T. adalah satu kekuatan. Quwwah Imaniyyah perlu dibina sebelum Quwwah Maddiyyah. Da’i atau murabbi perlu mencari kekuatan-kekuatan itu dan memproses dalam Manhaj Tarbiyyah agar dipandu oleh Iman kepada Allah S.W.T.. Iman yang mengarahkan setiap kekuatan itu untuk melahirkan suatu hasil yang kena pada tempat, masa dan ketika serta selaras pula dengan kehendak Allah S.W.T. atau syarak serta tuntutan Tarbiyyah Islamiyyah. Tarbiyyah Islamiyyah mempunyai konsep Mu’alajah Syamilah atau mengubati secara menyeluruh. Akidah umat yang telah diserang oleh Din bukan Islam kini mestilah diubati secara keseluruhan. Hati-hati perlu dididik agar membuang kezaliman dan kebatilan yang ada padanya serta melahirkan amalan hidup mengikut syarak. Hati-hati perlu dididik agar memahami dan menyedari makna serta peranan jihad yang berterusan. Kejayaan tercapai apabila anggota-anggota beriman hanya kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. sahaja tanpa ragu-ragu. Terbukti pula kebenaran Iman mereka dengan pengorbanan harta dan jiwa. Berjayalah anggota-anggota harakah kiranya akal mereka mengikut telunjuk taqwa. Sesungguhnya taqwa sahaja yang dapat membezakan di antara buruk dan baik. Taqwa sahaja yang dapat memperakui sesuatu itu buruk meskipun ia sangat banyak dan menarik hati. Harakah Islamiyyah berjaya bukan kerana ramai anggota dan banyak wang. Harakah Islamiyyah juga tidak kalah kerana sedikit anggota atau sedikit penyokongnya. Tetapi Harakah Islamiyyah berjaya apabila setiap anggotanya sabar dan tabah mencari redha Allah S.W.T., melaksanakan jihad menegakkan Din Allah S.W.T. atau mati syahid dalam usaha membentukkan Ummah Islamiyyah dan menegakkan Din Allah S.W.T.. "Islam adalah menyeluruh (syumul) dan mencakup semua bidang hidup (mutakaamil); Islam adalah negara dan watan (tanahair) atau pemerintah dan ummat. Islam juga adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam juga adalah peradaban (tsaqafah) dan perundangan atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Islam juga bermaksud material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan. Islam adalah Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah (pemikiran). Akhir sekali Islam adalah akidah yg benar dan ibadah yang sah." - Hasan Albanna Polimik Islam Sebenar Di sini tak ada siapa yang kata PM Dajjal. Penganut agama "Islam sebenar" itulah yang dajjal. Menggunakan nama Islam sebenar untuk menyulap orang...Pada hakikatnya, penganut "Islam sebenar" adalah penyembah dajjal dan penyembah syaitan yang dilaknat Allah. Kita tertanya-tanya dari mana mereka ambil fatwa bahawa Hasan al-Banna sesat? Kita jawab: Mereka meminta fatwa dari syaitan, Iblis dan Dajjal. Mungkin mereka tak faham apa yang dimaksudkan sembah yang sebenar. Mungkin ada antara kita yang berfikir yang sembah yang dimaksudkan adalah sembahan zahiriah sahaja. Seperti menyembah patung, matahari, pokok dll. Adanya amalan perbuatan maka itu dikira sembah. Sebab itulah orang bukan islam, bila kita bersolat mereka akan kata, kita juga seperti mereka, menyembah apa yang berada di depan kita dengan cara kita sembahyang. Itulah satu fenomena yang terjadi sekarang. Bila mereka bersolat, mereka tidak rasakan apa-apa. Sedangkan solat itu sekiranya dilakukan sebaik mungkin dan juga dirasakan kenikmatannya maka dengan cara tidak langsung segala perbuatan kita diluar sembahyang akan menjadi seperti mana kehendak Islam. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Bukan sahaja sembahyang 5 waktu cukup, bahkan sembahyang di masjid, tetapi tetap berbuat kemungkaran. Mengapa ini terjadi....? Jadi kalau inilah benda yang terjadi kepada diri kita, maka antara perkara yang kita kena semak ialah solat kita..... Berbalik kepada permasalahan 'Islam sebenar menyembah dajjal'. Kita tidak pernah mengatakan PM itu sembah dajjal. Kita cuma katakan penganut islam sebenar itu adalah penyembahnya. Tetapi adakah bila kata begitu, mereka akan menyembah syaitan dan iblis dengan cara zahirnya. Jawapannya tidak semestinya. Apabila kita termakan hasutan syaitan dan iblis, dan kita redha dan setuju akan hasutan itu, maka di situlah permulaannya. Dan sekiranya kita meneruskan apa yang dihasut secara konsisten dan kekal dalam kesesatan, maka serupalah seperti kita menyembah syaitan dan iblis Kerana kita mengikut apa yang mereka suruh. Jangan pula akan datang nanti kata kami kata mereka kafir pula Kerana memang tak pernahpun kami katakan begitu. Dalam hukum Islam, orang yang berhak megatakan seseorang itu kafir hanyalah hakim. Orang awam tidak berhak menghukum seseorang itu kafir. Dan ini jelas di dalam hadis yang sahih agar jangan kita menghukum seseorang itu kafir sesuka hati kita. Jadi, kesimpulannya, marilah kita berhujah atau berbincang secara Islam. Jangan menuduh sesiapa dan jangan juga mencaci sesiapa. Insya Allah perang akan dapat dielakkan. Mungkin masalahnya Kalau ada orang hina Allah dan Rasulullah s.a.w. kita dah tak boleh cool dah... Pasang air-cond macamanapun tak boleh jadi juga. Kalau orang Kristian, Buddha, Hindu atau lain-lain agama menghina atau merendahkan Allah dan RasulNya, sudah cukup untuk menyebabkan kita berang. Inikan pula, ada orang yang mengguna nama Islam, mengatasnamakan Islam. Malah menggunakan nama "Islam Sebenar" untuk membawa orang kepada kekufuran. Siapakah yang sanggup melakukan perkara demikian kalau bukan dajjal dan penyembah dajjal? Penganut-penganut agama lain tidak pernah terlintas untuk menggunakan nama Islam untuk tujuan itu...Sifat ghirah wajib ada dalam dada setiap umat Islam. Apakah nilai iman kita tanpa sifat ghirah/cemburu terhadap agamanya. Jika kita baca kenyataan-kenyataan sesat di web mereka. ---------------------------------------------------------------------------------------------- MENURUT HADITH (KATA-KATA PALSU RSULH MHMD) DIBUKUKAN OLEH SEORANG BANGSA BERCAHAYA (dAJAL) Imam Bukhari DLL. YANG PALING BANYAK DIKUMPULKAN PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN INI ADALAH DIALAM Sahih Muslim (Kitab Al-Fitan wa Ashrat As-Sa'ah YANG ANDA BOLEH BACA [DALAM BAHASA INGGERIS] DENGAN MENGKLIK DISINI). KAMI AKAN MEMBINCANGKAN HANYA SEDIKIT PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN ITU. ---------------------------------------------------------------------------------------------- Imam Bukhari dari bangsa dajjal?? Shahih Muslim kitab pembohong!! "Islam sebenar" menurut mereka merujuk kepada agama yang dianut oleh bangsa dajjal. Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji. Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dalam melakukan kebaikan, Islam tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Lantaran itu perintah berbuat baik tidak hanya ditujukan kepada sesama Muslim, bahkan bukan Islam. Ringkasnya, perintah melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan merentasi batas akidah seseorang. Jika kita ingin mengambil contoh orang yang memiliki akhlak mulia, maka baginda adalah contoh terbaik. Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan(keredhaan) Allah dan (balasan yang baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” – (Surah al-Ahzab, ayat 21). Ketinggian akhlak baginda disifatkan sebagai akhlak al-Quran. Bahkan, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Baginda juga menzahirkannya melalui amalan. Dengan sifat sabar yang dimiliki baginda, menyebabkan seorang wanita Yahudi yang sering mengotori baginda saban hari memeluk Islam. Baginda juga menziarahi seorang Yahudi yang dalam keadaan sakit sehingga akhirnya Yahudi itu memeluk Islam. Seorang Muslim juga diperintahkan untuk berbuat baik kepada keluarganya yang bukan Muslim. Pertalian kekeluargaan yang sedia ada harus dipertahankan kerana keIslaman seseorang bukanlah alasan untuk memutuskan segala pertalian dengan keluarga asal. Sebaliknya kita diperintahkan untuk terus menjalin hubungan yang baik. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubir katanya: “Qutailah binti Abdul Uzza yang masih musyrik datang mengunjungi anaknya, Asma’ binti Abu Bakar dengan membawa beberapa hadiah. Asma' enggan menerimanya bahkan tidak membenarkan ibunya masuk. Asma' meminta Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu. Lalu Rasulullah menyuruh Asma' supaya menerima hadiah itu dan menyuruh ibunya masuk ke dalam rumah.” – (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal). Berdasarkan hadis itu, nyatalah bahawa Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa yang bukan Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan norma Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihat engkau – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal yang salih) kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” – (Surah Lukman, ayat 15) Daripada penjelasan itu, dapatlah diambil kesimpulan bahawa menjalin hubungan yang baik dengan sesama manusia tanpa mengira agama seseorang adalah anjuran Islam. Sifat itu juga mencerminkan wajah sebenar ajaran Islam iaitu ajaran yang berlandaskan kasih sayang dan toleransi. Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan.... Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan dan ia juga merupakan risalah yang terakhir yang diturun oleh Allah s.w.t. kepada manusia sejagat. Manhaj ini datang dari Allah, sama ada Al-Quran yang diwahyukan dengan lafaz dan maknanya mahupun hadis yang diilhamkan maknanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan yang demikian ternyata bahawa manhaj ketuhanan ini ialah Al-Quranul karim dan hadis Nabi yang sah. Manhaj ini tentulah berbeza dari apa-apa manhaj dan dasar yang diciptakan oleh manusia dengan sifat-sifat berikut: Manhaj Allah sahaja yang benar (hak), tidak didatangi sebarang kebatilan. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan diamalkan. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang Arab atau Melayu sahaja. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi s.a.w. untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Sunnah Nabi s.a.w. adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan 1. Manhaj Allah sahaja yang benar (hak),tidak didatangi sebarang kebathilan. Firman Allah Swt: Maksudnya: " Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahaja yang haq." (Ar-Ra'd : 1) Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis Nabi itu sahajalah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah. Firman Allah Swt: Maksudnya: "Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta." (Ar-Ra’d: 19) Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya : "Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu Kitabullah dan Sunnahku" (Riwayat lmam Malik) 2. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu." (Al-Maidah : 3) Dalam ayat lain Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Swt itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-An’aam : 115) Firman Allah Swt lagi:
Maksudnya: Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh, mencakupi segala ruang kehidupan manusia. 3. Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan diamalkan. Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir." (Yunus : 24) Dalam ayat yang lain pula Alllah Swt berfirman: Maksudnya: "Al-Quran itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keterangan itu adalah untuk kaum yang mengetahui."(Fushshilat : 3) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah Kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman."(Al-A’raaf: 52) Dan firman Allah Swt: Maksudnya: "Begitulah seterusnya Allah menerangkan kepada kamu tanda kebesaran-Nya, moga-moga kamu berfikir." (Al-Baqarah : 242) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu." (Al-Baqarah : 99) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al-Quran) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim." (An-Nahl : 89) 4. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang Arab atau Melayu sahaja. Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang taat) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar)." (Saba’: 28) Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul kepada kamu semua." (Al-A’raaf: 158) Rasulullah S.a.w. pernah bersabda: Maksudnya: "Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jaraknya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluk kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi." (Riwayat lima Imam kecuali Abu Dawud) Dengan ini jelaslah bahawa Islam itu ialah agama bagi seluruh manusia tidak kira apa juga keturunannya, di mana juga mereka berada dan pada zaman mana pula mereka hidup, kerana ianya merupakan agama yang terakhir yang diturunkan oleh Allah Swt untuk mereka. 5. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mumin." (Al-Isra’: 82) Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Al- Quran itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman." (Fushshilat: 44) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang Kami turunkan." (At-Taghaabun : 8) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang." (An-Nisaa’: 174) Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujudkan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat. 6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi s.a.w. untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman Allah: Maksudnya: "Wahai Rasul! Sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalah-Nya" (Al-Maidah : 67) Firman Allah lagi: Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al- Quran) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka" (An-Nahl : 44) Di sini ternyata Nabi Muhammad s.a.w. diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi s.a.w. melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia. Allah berfirman: Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Quran itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh Allah kepada kamu." (An-Nisaa’: 105) Di dalam ayat yang lain pula Allah berfirman: Maksudnya: "Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu." (Al-Maidah 49) Ternyata bahawa Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Swt untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara. 7. Sunnah Nabi s.a.w. adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan. Allah Swt berfirman: Maksudnya: "Sesiapa yang mentaati Rasul, maka dia telah mentaati Allah." (An-Nisaa’: 80) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalah memberi penyampaian yang terang." (Al-Maidah : 92) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya Allah Swt tidak suka kepada orang-orang kafir." (Al ‘Imran : 32) Allah Swt berfirman lagi: Maksudnya: "Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya." (Al-Hasyr: 7) Rasulullah S.a.w bersabda: Maksudnya: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: "Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah? " Lantas Rasulullah bersabda: "Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan)." (Riwayat Bukhari) Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh Allah Swt)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Quran dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Quran merupakan asas kepada segala-galanya manakala As-Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Quran itu. Kadang-kadang As-Sunnah membentangkan beberapa penerangan secara terperinci berhubung dengan perniagaan, pertanian, politik, pemerintahan, perundangan dan perkara-perkara lain di dalam lapangan kehidupan manusia. Oleh kerana itu sekali lagi ditegaskan bahawa Al-Quran dan As Sunnah merupakan dasar kepada kehidupan manusia sama ada dalam bidang politik, ekonomi, perundangan, peribadatan, rumahtangga, budi pekerti dan lain-lain aspek kehidupan. Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah dikirakan suatu dasar yang batil, yang ditolak oleh Allah Swt dan ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah Nabi s.a.w. adalah pergerakan yang batil dan ditolak oleh Allah Swt dan Rasul-Nya.
Diterbitkan oleh : |