Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Buat renungan keluarga Mokhtar Dugong

Aku sebagai seorang insan yang amat membenci Mokhtar Dugong, tergerak hati untuk menulis buat renungan sekelian kerabat keluarga Dugong yang masih hidup.

Dikhabarkan Si Dugong masih dalam keadaan koma sejak Julai tahun lepas sehingga ke saat ini, aku cukup bersimpati dengan keadaan beliau. Aku tahu beliau sedang mengalami sakit yang amat sangat dan sedang bertarung nyawa dalam keadaan yang perit sekali. Walaupun aku membenci beliau, dalam keadaan sebegini, aku masih ada perasaan simpati kepada beliau. Aku harap keluarga Si Dugong tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.

Sebagai seorang Islam yang bersaudara, aku MOHON kepada semua keluarga Dugong, bisikkan kan lah ke hati si Dugong agar beliau BERTAUBAT dan ingat kepada janji-janji Allah. Pintu TAUBAT masih terbuka, dan mudah-mudahan Allah ampun segala dosa-dosa Si Dugong.

Bisikkan lah ke hati Dugong, mohon maaf lah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah DIANIAYA oleh beliau. Dato Seri juga sentiasa bersedia memaafkan Si Dugong seandainya Si Dugong memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri dan dapat disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Cerita lah kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa segala tuduhan-tuduhan keatas Dato Seri adalah FITNAH semata-mata. Katalah dengan yakin bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah diFITNAH oleh Mahathir Mohammed dan konco-konconya. Sesungguhnya, disamping berdoa memohon pertolongan dari Allah, inilah InsyaAllah ikhtiar terakhir untuk keluarga Dugong menolong roh beliau yang masih tergantung.

Dugong perlu ingat, fitnah keatas Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipercayai oleh sebahagian rakyat Malaysia angkara si laknat Mahathir dan Dugong juga bersubahat dengan nya. Azab Allah di akhirat ke atas pembuat fitnah dan konco-konconya teramat berat. Sanggup kah keluarga Dugong membiarkan Dugong menghadapi azab yang sedemikian rupa?

Apa yang dialami Dugong sekarang adalah satu prolog bagi beliau, dan yakin lah bahawa Allah amat menyayangi Dugong, sebab itu Allah tangguhkan utusan malaikat maut untuk memberi peluang supaya Dugong BERTAUBAT. Dugong amat bertuah diberi peluang, malang bagi yang lain-lain yang mati sebelum sempat bertaubat.

Rentetan peristiwa keatas orang-orang yang bersubahat memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberi iktibar dan menginsafkan Dugong.

Mudah-mudahan dengan pengakuan dan taubat Dugong nanti, akan membuka hati pengkhianat dan pemfitnah yang lain untuk bertaubat. Mudah-mudahan dengan taubat Dugong juga, dapat permudahkan perjalanan Dugong menghadapi malaikat maut dan akan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Allahualam.

Mr. Architect






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com