Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BN Perintah Malaysia umpama negara JAKUN

INSTITUT PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
(MILIK PENUH BUM, PEMUDA keADILan MALAYSIA)
http://www.pemuda-keadilan.org
KENYATAAN MEDIA

26 JANUARI 2003

TEKANAN DIPERHEBAT MENJELANG APRIL 2003

Pada 25 Febuari 2003 selepas satu majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Nibong Tebal saya, YB Mohamad Sabu dan 5 lagi telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya walaupun ceramah yang dihadiri kira- kira 1000 orang itu telah berakhir dengan aman tanpa kejadian tak diingini.

Saya telah diminta untuk menaiki kenderaan polis lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan untuk diambil keterangan. Setelah segala butir direkod termasuk diambil gambar dan cap ke sepuluh-sepuluh jari semua dibebaskan kecuali saya, YB Mohamad Sabu, Hj Osman (Ketua Bahagian keADILan Nibong Tebal) dan Zulkifli Ibrahim (Setiausaha Bahagian Nibong Tebal) telah dibebaskan dengan jaminan RM 2000 sehingga 10 Febuari 2003. Ternyata cubaan mempergunakan polis untuk mendapatkan maklumat dalaman parti gagal apabila kesemua kami bersepakat untuk berdiam diri dan hanya akan menjawab di mahkamah sekiranya perlu.

Di sini saya ingin menyatakan rasa kesal saya terhadap tindakan polis menahan saya dan teman-teman kerana ia dilihat bertentangan dengan semangat demokrasi dalam perlembagaan negara. Jelas sekali polis bertindak bukan sebagai menjaga kententeraman awam tetapi telah menjadi kuda tunggangan kepada rejim pemerintah. Sebagai ahli parti politik berdaftar saya menjalankan tanggungjawab saya untuk memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai kedudukan semasa negara.

Saya melihat tangkapan ini menunjukkan ketakutan rejim pemerintah menjelang pilihanraya yang bakal tiba. Ketakutan mereka apabila salah guna kuasa, rasuah dan perbagai penyelewengan rejim pemerintah tidak dapat diselindungkan lagi.Ketakutan ini lebih menyeramkan mereka apabila bulan April 2003 bakal menjelang kerana dalam bulan inilah tahanan politik reformasi- ISA akan tamat tempoh tahanan 2 tahun mereka dan lebih menakutkan lagi apabila tiada lagi alasan perundangan relevan yang boleh digunakan untuk terus menahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas 14 April 2003.

Rejim pemerintah BN dilihat memilih untuk terus memperkudakan sepenuhnya semua jentera kerajaan dan memperhebatkan tekanan menjelang April 2003. Namun akhirnya rejim ini perlu akur bahawa rakyat mula mual dan menyampah dengan tindakkan mereka seperti memerintah negara jakun yang tidak bertamadun.

Sesungguhnya segala tekanan yang diberikan akan menguatkan lagi semanta dan iltizam kami pimpinam BA untuk terus membuka mata rakyat untuk melihat kerakusan dan kezaliman rejim pemerintah zalim BN.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
EXCO PEMUDA keADILan MALAYSIA.






______________________
Terbitan : 31 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com