Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sekolah Agama Rakyat : Utusan Malaysia berbohong

SAR : UTUSAN PEMBOHONG

Tajuk utama Utusan Malaysia 30 Disember memaparkan MASALAH BESAR LEPASAN SAR

Lihat kajian ini

Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.

Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Maklumat penuh seperti dibawah

Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai trend perkembangan sekolah-sekolah agama negeri (SAN), sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah agama swasta (SAS) dari tahun 1987 hingga 1991. Kajian ini melibatkan 36 buah sekolah agama di enam buah negeri. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrumen.

Kajian mendapati

  • kebanyakan guru di SAR bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
  • Sekolah-sekolah agama memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulin.
  • Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam pengajian agama.
  • Guru menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
  • SAR mempunyai kelebihan fizikal hampir setaraf atau sama dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Kebanyakan SAR berusaha sendiri mempertingkatkan pembangunan fizikal sekolah dan asrama.
  • Kajian juga mendapati sekolah-sekolah berkenaan kekurangan kemudahan fizikal dan bantuan kewangan.
  • Pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan didapati keperluan kegiatan kokurikulum pelajar tidak seimbang dengan kegiatan akademik.
  • Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Usaha ke arah memperkemaskan lagi sistem pendidikan sekolah agama harus dipergiatkan oleh semua pihak untuk melahirkan generasi Islam yang moden, berorientasikan sains dan teknologi.

    Descriptors: Religious Education; Islamic Education; Islamic Education Teachers; Educational Facilities; Secondary Schools

    KP BPPDP 297.709595 KAJ.

    Sumber : http://www2.moe.gov.my/~bppdp/

    dari cikgu kedah






    ______________________
    Terbitan : 4 Jan 2003

    Ke atas Ke atas Home Home

  • Diterbitkan oleh :
    Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
    http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
    Email : webmaster@tranungkite.net
    atau : tranung2000@yahoo.com