Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

JALAN MUDAH JADI WARGANEGARA

Cili Api baca berita semalam (16 Januari) kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri bahawa seramai hampir 13,000 orang pelancong dan pelajar asing telah ditangkap kerana kegiatan maksiat. Di antara mereka, lebih 5,000 orang sudah dihantar pulang ke negara asal, kerana kegiatan menjadi pelacur. Kebanyakan berasal dari Indonesia, China dan Thailand. Cili Api tak tahu berapa ramai yang tidak berjaya ditangkap atau sengaja dilepaskan. Entah-entah tiga empat kali ganda, atau mungkin lebih.

Dari satu sumber, Cili Api mendapat maklumat bahawa kebanyakan mereka mula-mula memasuki negara ini secara sah sebagai pelancong. Maklum sajalah, ada Menteri yang bukan main ghairah lagi menggalakkan industri pelancongan. Tapi malangnya, lama kelamaan pelancong berubah menjadi pelacur, kerana mencari pendapatan tinggi atau tertipu sehingga tercebur ke sana. Kini industri pelancongan perlahan-lahan bertukar menjadi industri pelacuran.

Cili Api diberitahu para pelancong ini, selepas masuk ke dalam negara, biasanya tinggal di sini selama sebulan, mengikut tempoh yang dibenarkan. Kemudian mereka menyambung dengan keluar sekejap ke negara tetangga dan masuk balik, mengikut peraturan. Tetapi ada cara yang lebih mudah. Kalau mereka membayar RM1500 kepada pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan Jabatan Imigresen, mereka boleh sambung lebih lama lagi, dari sebulan ke sebulan. Akhirnya, melalui proses rasuah wang atau seks, ramai antara mereka boleh mendapat taraf warganegara.

Pucuk pimpinan pemerintah mendakwa mereka hendak bertindak tegas membenteras amalan maksiat dan rasuah. Tetapi, Cili Ali lihat, tidak ada tindakan yang berkesan setakat ini. Bahkan di bawah hidung besar pucuk pemimpin, semakin banyak penyakit sosial yang berkembang. Anehnya, PM Dr M menuduh bahawa maksiat berpunca dari Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Mengikut beliau, yang sekarang sering berlagak sebagai pakar agama pula, maksiat dalam masyarakat di negara ini berkembang kerana ajaran Islam di SAR tidak mengikut ajaran Islam yang betul. Macam mana yang betul tu Dr M? Masha Allah. Tak cukupkah dengan membuat fitnah murid-murid SAR mengkritik atau menghina beliau?

Betullah. Malaysia Boleh! Dr M Lagi Boleh!






______________________
Terbitan : 25 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com